Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.

Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.

*29 Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia

#WorldStrokeDay2021
#Precioustime
#KeluargaMalaysia
Kenyataan Media berkaitan Pelaksanaan Pemeriksaan Suhu Badan Sebelum Masuk Ke Premis Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

#SekolahkuSejahtera
#KPMPrihatin
#KeluargaMalaysia
Salam Keluarga Malaysia

Jelajah Aspirasi #KeluargaMalaysia kini ke negeri Johor Darul Ta'zim. Bertempat di Dataran Angsana, Johor Bahru bermula pada 3 hingga 5 Mac 2022, 9.00 pagi - 8.00 malam

Yuk hadir! Daftar awal di bit.ly/JAKMJohor. Patuhi SOP & lakukan ujian RTK kendiri sebelum hadir.

https://www.youtube.com/watch?v=tBW56F8d9Fo

#KeluargaMalaysia

Sumber: Keluarga Malaysia
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
🧠Kematian Otak
❤️Kematian Jantung Terhenti

Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti pula adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Ayuh #KeluargaMalaysia bersama-sama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku