Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Status terkini pada jam 4 petang, 8 Februari 2020 bagi kes Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
1. Kes ke-4 sedang menunggu keputusan ujian ulangan ketiga selepas ujian pertama dan kedua adalah negatif.

2. Enam kes iaitu kes pertama, ke-3, ke-5, ke-7, ke-8 dan ke-10 telah jalani ujian pertama dan didapati negatif.

3. Empat kes iaitu kes ke-2, ke-14, ke-15 dan ke-16 masih dirawat di wad sehingga ujian ulangan negatif sebanyak dua kali.

Semua kes berada dlm keadaan stabil.

Empat warga Malaysia akan jalani ujian ulangan dalam tempoh terdekat.

#WuhanVirus
#novelcoronavirus2019
Status terkini pada jam 8 pagi, 9 Februari 2020 bagi kes Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
Status terkini pada jam 4.30 petang, 9 Februari 2020 bagi kes Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
Pendengar setia radio GegarFm..

Dr. Azah Abdul Samad akan berkongsi mengenai Novel Coronavirus (2019-nCoV) pada pukul 8.00 pagi esok.

Jangan lupa ya!

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Saksikan dalam rancangan Assalamualaikum di TV Alhijrah esok pada pukul 8.00 pagi.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Status terkini pada jam 8 pagi, 10 Februari 2020 bagi kes Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
Tiga (3) kes positif jangkitan 2019-nCoV pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Dua daripada pesakit pulih sepenuhnya dengan diberikan rawatan simptomatik manakala seorang lagi pesakit pulih selepas diberikan rawatan ubat antiviral Kaletra.

Terdapat satu kes baharu (kes ke-18) yang dimaklumkan awal tadi. Kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan sedang mendapatkan rawatan.

Baca kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia dilampiran.