Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Novel Coronavirus atau 2019-nCoV tiada vaksin. Amalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi mengelak diri anda dan orang lain dijangkiti.
26 Jan 2020
Selamat Pagi Malaysia
Call Out: Waspada Novel Coronavirus

Pagi tadi, rancangan Selamat Pagi Malaysia telah membuat panggilan kepada Dr. Wan Noraini Wan Mohamed untuk bercakap berkenaan langkah pencegahan yang dilakukan oleh KKM dalam menangani Coronavirus.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk

https://youtu.be/3i7lkgntpYE
Lokasi therma scanner yang di tempatkan di semua pintu masuk Antarabangsa

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Statistik kematian dan kes 2019-nCoV setakat jam 9.00 malam ini.
Saksikan perkongsian mengenai Coronavirus (2019-nCoV) : Pelan Kesiapsiagaan Tangani Penularan bersama Dr. Wan Noraini Wan Mohamed dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 8.17 pagi.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Call Out - Coronavirus (2019-nCov)

Rancangan Assalamualaikum dari Tv Alhijrah akan berhubung dengan Dr. Siti Aisah bt. Mokhtar pada pukul 8.00 pagi

dan

Pada pukul 8.15 pagi pula, Dr. Arinah Wah Deh Sze akan dihubungi oleh rancangan Malaysia Hari ini.

Saksikan rancangan-rancangan ini untuk mengetahui pelan kesiapsiagaan dalam menangani Coronovirus (2019-nCoV).

#coronavirus
#2019nCov
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
2019-NCOV | Ketahui Simptom, Kesan & Langkah Pencegahan

Fahami simptom, kesan dan langkah pencegahan 2019 Novel Coronavirus atau 2019-nCoV.

Laporan disediakan oleh Ezreena Amir Hamzah, TV3
Saksikan sejarah negara mengendalikan pelbagai wabak dan penyakit berjangkit merbahaya menerusi kawalan kesihatan awam.

https://www.facebook.com/251231382408768/posts/526855758179661/

Sumber: Public Health Malaysia TV
Status terkini kes jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) di seluruh dunia.
Video ringkas langkah-langkah Hand Hygiene (Handrub) dan pemakaian Personal Protective Equipment, PPE (Donning and doffing)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2659239420862160&id=100003283858364
Cara penggunaan penutup mulut dan hidung dengan betul.

Ambil langkah berjaga-jaga dan tingkatkan kebersihan diri bagi menangani Coronavirus (2019-n-CoV).

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia mengenai Situasi Terkini Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
Penggantungan sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya.

Ikuti Kenyataan Akhbar Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
Kejadian kluster jangkitan 2019-novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan itu, tatacara pengendalian kes-kes disyaki yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah pun dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV.

Salah satu daripada langkah kesiapsagaan tersebut adalah mengenalpasti sebanyak 26 buah hospital KKM di seluruh negara bagi mengendalikan kes-kes disyaki yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSA JB) merupakan hospital rujukan bagi kes-kes yang disyaki dan disahkan positif 2019-nCoV bagi negeri Johor.

Bagi memastikan penggunaan fasiliti KKM sedia ada yang optimum, kes-kes yang disyaki atau disahkan positif 2019-nCoV dan berada dalam keadaan stabil akan dirawat dan dipantau oleh Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit HSA JB di wad isolasi Hospital Permai, JB. Hospital Permai mempunyai kemudahan fasiliti yang amat baik serta dikawal rapi oleh polis bantuan bagi memastikan tiada pencerobohan oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Namun sekiranya terdapat kes-kes yang kritikal dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi, satu wad isolasi khas telah pun dikenalpasti untuk digunakan di HSA JB.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan

Bacaan penuh disini>>
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3027766567247211/?d=n
DG of Health Newsflash

Pada pagi ini YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Menteri Besar Negeri Johor telah diberikan taklimat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengenai langkah-langkah kesiapsagaan dan respons pihak kesihatan di peringkat negeri bagi menghadapi kluster jangkitan 2019-novel coronavirus (2019-nCoV).

Tatacara mengendalikan kes-kes disyaki yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV.

Di antara perkara yang dibincangkan sebentar tadi termasuk mengenai pengendalian kes yang disyaki dan disahkan positif 2019-nCoV, pelaksanaan Perintah Pemantauan dan Pengasingan kontak rapat kes yang positif 2019-nCoV, keperluan aset dan sumber manusia, serta kerjasama rapat KKM dengan Kerajaan Negeri Johor dan agensi-agensi yang berkaitan termasuk pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.

Mengambil kira situasi semasa, KKM terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit 2109-nCoV ini. Kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital KKM yang telah dikenalpasti untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes. Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China. Ini adalah selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari pihak berkuasa dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan masyarakat. Sila beri kerjasama bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan dengan berkesan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3027732430583958/?d=n