Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Semasa lapar, kita cenderung untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.

Mulakan berbuka puasa dengan makanan ringkas seperti 3 biji kurma dan segelas air kosong.

Ambil makanan dengan sukatan #sukusukuseparuh dan jangan makan berlebihan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Halu haluuuu🥰🥰

Alamak lambat pulak Kak Min bersiaran kali ni. Ada yang dah ternanti-nanti ke?

Ok gais..sampai masa untuk cabaran bagi bulan ogos iaitu #SukuSukuSeparuh Challenge 😍😍

Haa..apa yang perlu adik-adik buat untuk #SukuSukuSeparuh Challenge ni? Senang je..boleh refer pada gambar yang Kak Min sertakan kat bawah.

Template tu sebagai panduan maklumat apa yang perlu disertakan bagi penyertaan dalam #SukuSukuSeparuh Challenge ni..haa senang je kan?

So jangan lepaskan peluang..jom sertai tau..ajak kawan-kawan sekali 😘😘

Daaa~~

#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI

https://www.facebook.com/134375926676526/posts/3130162230431199/
Halu haluuuuuu 😍😍

Siapakah pemenang bertuah bagi pertandingan ayat teguran Speak Out paling kreatif?

Let's chekidauttt 🥳🥳🥳

Terima kasih kepada semua yang mengikuti sesi FB Live yang lepas.

Tahniah diucapkan kepada pemenang 😘😘. Jangan lupa utk inbox Kak Min maklumat berikut; Nama, Alamat, No Telefon, Email untuk tujuan penghantaran hadiah 🎁🎁🎁

Bagi yang tak berjaya jgn susah hati. Skrg sedang berlangsung sesi #SukuSukuSeparuh Challenge dan sesi FB Live Kak Long bersama Mama Ain pada 24 Ogos 2020. So stay tune gaisss...

#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI

https://www.facebook.com/134375926676526/posts/3148452821935473/
Bagaimana membantu anak remaja yang sangat menyukai MAKANAN MANIS?🍿🍦🍭🍫🍩🍰🥤🍹

Adakah makanan manis menjadi makanan terlarang di rumah anda? Ada sesetengah ibu bapa sangat mengambil perhatian tentang pengambilan makanan tinggi gula di kalangan anak remaja mereka. Tiada hidangan manis di dalam rumah dan mereka berharap anak remaja mereka akan mengamalkan pengambilan makanan sihat namun kebanyakan anak remaja yang meningkat dewasa mereka sukar untuk menerima sesuatu yang dipaksa-paksa dan sesetengahnya akan mengambil makanan manis secara berlebihan apabila ibu bapa berjauhan daripada mereka.

Hidangan manis kebiasaanya dikenali sebagai makanan yang menyeronokkan kerana ia sentiasa ada di kebanyakan majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis perpisahan, majlis meraikan sesuatu kejayaan atau dikira sebagai makanan untuk bersantai atau semasa perjumpaan teman rapat.

Berikut merupakan kaedah yang sesuai untuk membantu anak remaja membuat pilihan sihat dengan bijak.

Memahami mengenai makanan yang bernutrisi yang mematuhi pinggan sihat Malaysia #sukusukuseparuh sebagai panduan untuk merancang hidangan utama dan snek remaja ada.

Bincangkan bersama anak remaja anda mengenai makanan yang dikategorikan sebagai "makanan gembira" yang digemarinya serta senaraikan makanan tersebut.

Berikan kebebasan kepada anak remaja untuk merancang dietnya dengan membantu mereka merangka pemakanan yang seimbang.

Cadangkan kepada anak remaja untuk membuat pilihan makanannya sebagai contoh terdapat 2 majlis di hujung minggu, sepotong kek di majlis harijadi teman rapat dan sebatang ais krim di majlis perkahwinan ibu saudara di sebelah malam. Ini memberikan tindakbalas kepada anak remaja bahawa mereka boleh mempertimbangkan pengambilan makanan manis di dalam dietnya.

Menjadi contoh terbaik kepada anak remaja dengan mengambil makanan manis secara sihat – makan dengan porsi yang betul, dan menikmati makanan dengan penuh kesedaran.

Apa yang kita mahukan adalah remaja yang mampu membuat keputusan dan pilihan makanan yang sihat. Mampu membuat pilihan mengenai pengambilan makanan manis dan memahami konsep pengambilan diet yang bernutrisi tinggi.

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Psss..Pinggan viral ni jangan dilupakan..

Jom tengok, ingat, dannnn...amalkann tauu..

Betul, Pinggan Sihat Malaysia #sukusukuseparuh

Jom dengar lagu RARA #Sukusukuseparuh ni.

Sumber: Nutritionist KKM
Diabetes merupakan sejenis penyakit yang boleh menjejaskan seluruh tubuh badan sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

1️⃣ daripada 5️⃣ rakyat dewasa di 🇲🇾 merupakan penghidap diabetes.

Pencegahan amatlah disarankan, terutamanya dalam golongan yang berisiko.

Ketahui langkah-langkah pencegahan bagi mencegah penyakit kronik ini.

📌 Amalkan makan secara sihat melalui konsep Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh dalam setiap hidangan utama.

📌 Lakukan aktiviti fizikal rutin untuk membantu mengawal berat badan, paras gula dalam darah dan tekanan darah.

📌 Mengawal berat badan dengan mengekalkan berat badan yang sihat.

📌 Perokok berisiko tinggi menghidap diabetes. Dapatkan bantuan perkhidmatan berhenti merokok dengan melayari laman sesawang JomQuit - https://jomquit.com

📌 Elakkan pengambilan alkohol.

📌 Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya pengesanan dan langkah pencegahan awal dapat dilakukan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mari kita amalkan pemakanan yang sihat dengan makan suku-suku separuh! Suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayuran serta buah-buahan.

Barulah badan kita boleh jadi sihat dan kuat!

#SihatMilikku
#UpinIpin #SukuSukuSeparuh
Murid: Selamat pagi cikgu. 😃
Cikgu: Selamat pagi. Siapa ambil sarapan pagi tadi

Pastikan anak anda mengambil sarapan pagi setiap hari.
Ianya bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya, tetapi juga untuk mereka kekal cergas dan aktif. 💪

Pupuk amalan makan secara sihat sejak anak kecil lagi.
Berikan anak anda makanan yang berkhasiat mengikut saranan Pinggan Sihat Malaysia

#SukuSukuSeparuh

Sumber: Nutritionist KKM