Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Perkhidmatan Farmasi KKM dengan kerjasama pihak Bernama TV akan mengadakan satu sesi wawancara berkaitan isu penggunaan ubat-ubatan. Dimaklumkan bahawa ketetapan slot wawancara tersebut adalah seperti berikut:

Topik : Rawatan HIV Memberi Sinar Baharu Kepada Pesakit
Slot :
Bernama TV (Saluran : Astro 502, Unifi TV 631, iflix, MyTV 121, FB Live Bernama News Channel)
Tarikh : 28 November 2019 (Khamis)
Masa : 9.30 malam
Tetamu :
1. Dr. Noralfazita bt An@ Amran (Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh)
2. Encik Mohd Farizh Bin Che Pa (Pegawai Farmasi UF52, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban)

Selamat Menonton!
MARI KITA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 PADA 1hb DISEMBER 2019 di KINTA RIVER WALK, IPOH!

Majlis akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Lee Boon Chye. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program tersebut seperti:

- Red Ribbon Run 2019
- Red Ribbon Explorace
- Red Ribbon Aerodance & Zumba Challenge
- Tayangan Video Aktiviti HIV Awareness
- Persembahan artis jemputan
- Pameran
- Red Ribbon Film Screening
- DLL

JUMPA ANDA SEMUA DI SANA!

#sambutanhariaidssedunia2019 #komunitimembawaperubahan #KKM #HIVAIDS #JKNPerak #MAC
BISKUT OATS SIHAT KE

Dengar macam sihat tapi boleh juga jadi TAK SIHAT😳
Tapi di bahagian ramuan tiada tertera kandungan GULA

Jangan mudah tertipu, kebanyakan produk makanan dan minuman kini tidak menggunakan "GULA" tapi menggunakan nama pengganti gula yang lain.

Jadi, buat pilihan bijak dengan baca label dan pandai2 adjust sendiri, ok!

Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM
Anak-anak anda ketagihan skrin?

Saksikan di rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.30 pagi.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
SUSU PISANG adalah minuman susu berperisa pisang je🧐
& Bukanya UBAT untuk merawat sebarang penyakit seperti dinyatakan dalam iklan produk susu pisang ini seperti dapat kurangkan obesiti & membantu merendahkan tekanan darah tinggi, mengawalselia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen😱
Selain itu, daripada senarai ramuan pula didapati tidak ada kandungan pisang langsung dalam produk ini.

Sebagai pengguna anda perlu berwaspada dan jangan tertipu dengan iklan-iklan produk makanan seperti ini.

Seksyen 17(1) (b), Akta Makanan 1983 menyatakan apa-apa perkara yang dilarang pada label makanan juga dilarang dalam IKLAN makanan. Peraturan-peraturan makanan 1985 yang terlibat adalah peraturan 18, 18A,18B,18C,18D18E & 26.

ANTARA AKUAN YANG TIDAK DIBENARKAN PADA LABEL MAKANAN:

1.Akuan tentang kesesuaian sesuatu makanan untuk kegunaan dalam pencegahan, pengurangan,perawatan atau penyembuhan penyakit,gangguan atau keadaan fisiologi tertentu.

2.Membuat sebarang akuan yang tidak dapat disahkan seperti produk ABC boleh menawar segala penyakit.

3.Mengaitkan makanan itu dengan perkataan ''berubat'',''tonik'' atau''kesihatan''.

4.Akuan yang membayangkan bahawa sesuatu diet yang seimbang atau gabungan pelbagai jenis makanan tidak dapat membekalkan jumlah yang mencukupi bagi semua nutrien.

5.Mengaitkan makanan itu dengan perkataan menunjukkan penggredan, kualiti atau kelebihan.

6.Membuat akuan yang menyebabkan pengguna ragu akan keselamatan makanan yang serupa.

7.Menyatakan bahawa mana-mana makanan tertentu akan membekalkan sumber yang mencukupi bagi semua nutrien.

8.mempunyai tuntutan mengenai ketiadaan apa-apa bahan aditif makanan atau nutrien tambahan yang dilarang.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan atau Jabatan Kesihatan Negeri atau layari fsq.moh.gov.my
Kredit :@bkkmmelaka
Negara kini mengalami gelombang banjir yang kedua terutamanya melibatkan negeri-negeri pantai timur semenanjung. Setiap orang disarankan mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan dan mencegah penyakit.

Penyakit berjangkit semasa banjir kerap berlaku. Diantaranya adalah demam kepialu. Demam kepialu atau Tifoid ini menjangkiti pesakit melalui makanan/minuman tercemar dan persekitaran yang tidak bersih.

Pastikan keluarga anda minum air yang bersih dan dimasak, elak makan makanan mentah, dan larang anak-anak anda bermain air banjir.
Jadual Kempen Derma Darah
3 Disember 2019 (Selasa)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
Rabun jauh boleh sampai buta?

Betul ke?

Kenapa doktor-doktor Pakar Mata sepakat tak galakkan anak-anak kecil guna gajet lebih 2 jam seminggu?

Betulkah kalau rabun jauh "power" tinggi, saraf mata boleh tercabut?

Saya kongsikan info bagaimana rabun jauh terjadi akibat terlalu banyak menggunakan mata untuk kerja jarak dekat, dan bagaimana rabun jauh menyebabkan kebutaan kekal.

Mari kita "berkenalan" dengan keadaan yang dinamakan "Myopic Maculopathy" ini.

Jemput tonton dan kongsikan ilmu ini ya. Semoga lebih ramai dapat manfaat darinya in shaa Allah.

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata
Medical Mythbusters Malaysia
Pengurusan Ubat Ketika Banjir.
Apakah tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas banjir?

Panduan-panduan ini dapat membantu anda.
Jangan lupa untuk kongsikan informasi ini kepada rakan-rakan anda yang lain.

#kenaliubatanda
#ahlifarmasirakanubatanda
Dengarkan sesi wawancara "Rawatan HIV Memberi Sinar Baharu Kepada Pesakit" di Radio Asyik Fm sebentar lagi jam 11. 30 pagi, 102.5fm (Lembah Klang) atau secara online menerusi applikasi "RTM Mobile" . Saudara Mohd Hafizh Bin Che Pa (Pegawai Farmasi) sebagai panel dalam wawancara ini. Semoga bermanfaat buat semua

#kenaliubatanda
Hari AIDS Sedunia 2019. Dengarkan di ikimfm pada pukul 8.30 pagi esok.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Malaysia telah berdepan wabak HIV/AIDS selama 33 tahun sejak kes pertama dikesan di HKL pada 1986. Pada mulanya, HIV/AiDS di Malaysia merebak menerusi perkongsian jarum suntikan dalan kalangan penagih dadah.

Selepas tahun 2000, trend mula berubah apabila hubungan seks tidak selamat menjadi punca utama HIV/AIDS. Namun, Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dalam mencegah wabak HIV/AIDS daripada terus merebak.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Kempen Derma Darah
4 Disember 2019 (Rabu)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
KENAPA PERLU TAKUT GUNA INSULIN?

Berikut adalah penerangan saya berkaitan penggunaan "Pen Insulin" dan sedikit tips penjagaan Insulin kepada anda semua. Semoga bermanfaat menonton video ini.

Selepas ini usah takut lagi untuk menggunakan Insulin. Jarumnya pendek sahaja dan halus. Memang tidak sakit ketika suntik ke tubuh badan kita.

Untuk jarum insulin tersebut, saranan terbaik adalah pakai buang (sekali pakai terus buang). Walau bagaimanapun atas faktor harga jarum, boleh guna 2-3x sebelum ia diganti dengan jarum yang baru.

Usah guna lebih daripada 3x kerana takut jarum telah tersumbat atau jarum menjadi tumpul. cucuk ke tubuh badan dengan jarum yang tumpul memang akan sakit. Jarum yang tersumbat pula ditakuti tidak menyampaikan dos yang sepatutnya ke dalam tubuh.

Jarum yang telah digunakan pula usah dibuang merata-rata. kumpul dalam bekas tin/botol bertutup dan bawa ke klinik atau hospital ketika temujanji doktor dan mohon jururawat atau petugas kesihatan di klinik/hospital tersebut bantu untuk membuang dengan cara yang betul jarum-jarum yang telah digunakan itu.

Atau boleh juga melupuskan jarum-jarum ini dengan cara menanam terus ke dalam tanah bersama-sama bekas tin/botol yang bertutup.

Elakkan membuang jarum-jarum ini ke dalam sampah domestik untuk mengelakkan petugas yang mengambil sampah tercedera ketika mengambil sampah atau mungkin boleh digunakan oleh individu lain yang terjumpa jarum yang telah digunakan ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi pusat panggilan farmasi kebangsaan di talian 1-800-88-6722 (Talian bebas tol, Isnin-Jumaat : 8am-5pm).

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia
#kenaliubatanda
#medicalmythbustersmalaysia
#Insulin
#PenInsulin