Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pada 13 Jun 2021 (Ahad), Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat telah mengadakan sesi hebahan di sekitar Bandar Tasik Kesuma, Mukim Beranang Selangor. Aktiviti dilaksanakan di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar dan taman-taman awam. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu masyarakat mendapat maklumat yang tepat berkenaan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti: Sesi Hebahan Awam, Edaran Poster, Pematuhan SOP dan Tunjuk Cara Pendaftaran Vaksin COVID-19 di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.

Tarikh: 14 Jun 2021 (Isnin)
Lokasi: Perumahan Taman Ikan Emas dan PPR Taman Mulia, Daerah Cheras
Agensi terlibat: PK Cheras, HECC & IPTK

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Dalam mengharungi pandemik COVID-19, Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM telah menggerakkan Wellness Truck bagi mengadakan sesi hebahan di presint 5 & 6 Putrajaya. Aktiviti ini dijalankan agar masyarakat mendapat maklumat secara langsung di samping mempromosikan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Semoga usaha ini dapat membantu dalam memutuskan rantaian COVID-19.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Makcik Kiah tanya.. semua dah daftar vaksin ke? Vaksin yang masuk negara kita ni sah selamat & berkesan. Jangan dengar khabar angin dan jangan sebarkan berita palsu.. tidak pasti jangan kongsi. Dapatkan vaksinasi untuk diri anda. Lindung diri, lindung semua.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Petugas barisan hadapan kekal bertahan mendepani pandemik COVID-19, berkorban siang dan malam tanpa mengenal waktu demi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka.

Di PKRCS 2.0 MAEPS, komitmen petugas dalam memenuhi tanggungjawab untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di sini.

Kalau bukan mereka, siapa lagi?

Ikuti dokumentari bersiri khas, ‘Gelombang Kembali’ siri ketiga bertajuk ‘Kalau Bukan Kami, Siapa Lagi?’ di BERNAMA TV pada hari Jumaat; 18 Jun 2021, pukul 8.30 malam.

#kitamestimenang
#patuhSOP

Sumber: BERNAMA TV
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Semasa PKP ni, ramai yang bekerja dari rumah kan? Jangan salah guna kelebihan yang diberi dengan berjalan ke sana ke sini tanpa sebab yang kukuh dan tanpa pengetahuan majikan. Dah melanggar etika tu.. Kekal duduk di rumah dan keluar bila perlu sahaja.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anda pesakit positif COVID-19 yang kuarantin di rumah?

Ketahuilah... anda boleh mengalami emosi dan impak psikologi seperti rasa bersalah, sedih, bimbang dan gangguan tidur.

Anda boleh lakukan perkara-perkara ini untuk mengatasi perasaan tersebut.

Berhubung dengan orang yang anda sayangi
Amalkan pemakanan seimbang dan tidur yang mencukupi
Dapatkan maklumat COVID-19 dari sumber sahih
Teruskan aktiviti-aktiviti yang anda gemari
Belajar kemahiran baru
Amalkan teknik relaksasi
Hadkan masa melayari media sosial

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
PROGRAM VAKSINASI COVID-19@WILAYAH PRIHATIN ini merupakan kerjasama strategik Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Program tersebut merupakan antara tujuh inisiatif Wilayah Cakna 5.0 untuk memastikan 80% warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selesai divaksinasi pada penghujung bulan Ogos 2021.

Aktiviti : Vaksinasi COVID -19 @ Wilayah Prihatin

Lokasi: Dewan PPR Pekan Kepong, Kepong, Kuala Lumpur

Tarikh : 22 Jun 2021 (Selasa)

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
Maklumat vaksin COVID-19 bagi penerima vaksin Astrazeneca
.
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
3 Faktor utama yang mempengaruhi risiko jangkitan COVID-19.

➡️ Penjarakan fizikal
➡️ Tempoh masa
➡️ Pengudaraan

Elakkan 3S dan patuh dengan SOP seperti kekalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan kerap membasuh tangan atau gunakan hand sanitizer.

Bersama-sama kita putuskan rantaian penularan COVID-19.

https://www.youtube.com/watch?v=5VVq44zfUiw&ab_channel=MyHEALTHKKM

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
PKP, PKPB, PKPD ... Apa Khabar Anda

Dengarkan di selangorfm pada pukul 3.15 petang bersama Puan Ainul Izzah Abdul Manan, Pegawai Psikologi (Klinikal) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Pasukan Petugas Khas Greater Klang Valley

Saksikan dalam rancangan Bicara Pengguna di TV1.

Tarikh : 16 Ogos 2021
Masa : 9.00 malam

Panel :
Prof Dr. Rosmawati Mohamed
Ketua Kluster Komunikasi Strategik
Greater Klang Valley, KKM

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
ADA KAWAN-KAWAN AREA TMN TANMING JAYA, BALAKONG YANG DENGAR HEBAHAN WELLNESS TRUCK KKM SEMALAM?

Penduduk Taman Tanming Jaya dan kawasan sekitar berpeluang untuk dengar hebahan daripada Wellness Truck kami.

Walaupun hujan lebat semalam, hebahan ini tak lain tak bukan, bertindak sebagai pesanan santai untuk mengingatkan dan menggalakkan semua rakyat Malaysia sama-sama mencegah penularan wabak COVID-19.

Tidak kira anda di tempat kerja atau tempat awam, pastikan anda patuh pada SOP ya. Jangan lupa amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka.
#kitamestimenang
#sihatmilikku
HARI INI TEAM HEBAHAN KE CAC CHERAS DI KOMPLEKS SUKAN BANDAR TUN RAZAK

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang disahkan positif wabak COVID-19 di sini.
Tingkatkan perlindungan diri anda.

Anda disarankan untuk mengamalkan pemakaian pelitup muka berganda.

Bahan-bahannya, pelitup muka (3 lapis), pelitup muka (fabrik) dan face shield.

Bersama kita memutuskan rantaian COVID-19.
#kitamestimenang
[31 Ogos 2021] Agen Kesihatan Komuniti (AKK) Perjiranan 9 Taman Air Biru, Pasir Gudang mengadakan pemantaun pematuhan SOP dan hebahan awam di kawasan kediaman dan premis perniagaan berhampiran. AKK Perjiranan 9 terus komited membantu kerajaan bagi melandaikan penularan COVID-19 di kalangan masyarakat. Sesiapa sahaja warga Malaysia boleh memainkan peranan ini. Syabas dan terima kasih kepada semua. Salam Merdeka !

#KitaMestiMenang
#KitaJagaKita
Inisiatif Pemimpin Advokasi COVID-19 (I-PAC) merupakan program di bawah Kerajaan Negeri Johor dengan memberi fokus kepada pemerkasaan komuniti khususnya penglibatan para pemimpin atau ketua-ketua masyarakat seperti Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Majlis dan lain-lain termasuk Sukarelawan Kesihatan yang sedia ada. Langkah strategik ini bertujuan menggerakkan para pemimpin untuk bertindak sebagai ‘watcher’ dan membantu kerajaan menangani wabak COVID-19 di negeri Johor.

#KitaMestiMenang
#KitaJagaKita
COVID-19 : Gelembung Pelancongan

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Tarikh : 16 September 2021
Masa : 8.30 pagi

Panel :
YBhg. Dr. Othman Warijo
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
COVID-19 : Persediaan Vaksinasi Remaja

Dengarkan di Gegarfm pada pukul 7.30 pagi esok bersama Dr. Don Ismail Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku