Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif mengikut negeri (setakat 29/06/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 29/06/2021, 12 pm)

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 29th. June 2021, 12 pm

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 29 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

* Kes sembuh : 5,298 kes (677,751 kes kumulatif, 90.9%);
* Kes baharu : 6,437 kes (745,703 kes kumulatif);
* Kes import : 14 kes (3 warganegara, 11 bukan warganegara);
* Kes tempatan : 6,423 kes [4,672 warganegara (72.7%); 1,751 bukan warganegara (27.3%)];
* Kes aktif : 62,844 kes;
* Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
* Kes memerlukan bantuan pernafasan : 455 kes;
* Kes kematian : 107 kes (5,108 kes kumulatif, 0.68%; 99 warganegara, 8 bukan warganegara);
* Jumlah kluster : 2,821 kluster;
* Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
* Jumlah kluster yang telah tamat : 1,934 kluster; dan
* Jumlah kluster aktif : 887 kluster.

Sebanyak 107 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 43 kes di Selangor, 16 kes di Negeri Sembilan, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,masing-masing tujuh (7) kes di Kedah, dan Melaka, enam (6) kes di Johor, masing-masing empat (4) kes di Sabah, Kelantan, dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Pahang, serta satu (1) kes di Terengganu.

baca lanjut di https://kpkesihatan.com/2021/06/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-jun-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 29 Jun 2021.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ringkasan kes kematian baharu #COVID19, 29 Jun 2021.

107 kes kematian dilaporkan termasuk 14 Brought-In-Dead (BID).

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Senarai 107 kematian akibat jangkitan COVID19 dilaporkan menjadikan kes kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia 5,108 orang.

14 kes brought-in-dead (BID)

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
COVID-19 : Talian Psikososial

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Encik Mohd Mustaza Muhammad Zin, Pegawai Psikologi Kanan dari Bahagian Khidmat Pengurusan, KKM

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL
KETIKA PANDEMIK COVID-19

Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada
kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak
terkecuali rakyat Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi
untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk
kemurungan terutama ketiba berada di dalam keadaan stress
yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan

keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal
dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia mendapati, terdapat
peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun
2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun
2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri telah
dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti;

1. Perubahan tingkah laku kepada individu:
• Sentiasa kelihatan sedih dan murung;
• Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;
• Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa;
• Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakanrakan;
• Mengalami gangguan tidur dan selera makan;
• Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri
sendiri dan orang sekeliling; dan
• Menyalahguna alkohol dan dadah.

2. Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga.

3. Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.

Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu dinasihatkan agar mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti:
1. Mengambil serius tentang masalah yang dialami;
2. Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;
3. Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;
4. Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi
individu tersebut;
5. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut;
6. Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan; dan
7. Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan
rawatan profesional.

Pihak media juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat tepat dan mematuhi Garis Panduan Pelaporan Media Yang Bertanggungjawab (Guidelines for Media Reporting on Suicide) yang dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit KKM tentang tingkah laku bunuh diri.

Masyarakat juga diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa dengan tidak merekodkan video ataupun
mengedarkan gambar di media sosial tentang individu yang
membunuh diri. Bunuh diri boleh dicegah, namun, tindakan viral
di media sosial boleh mengundang ‘copycat suicide’ bagi
mereka yang berisiko.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan
sokongan yang diwujudkan seperti;
1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
2. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di
019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah
seperti penderaan);
3. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214
4. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Sehubungan dengan itu juga, KKM menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia berkenaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang akan membantu rakyat dalam menghadapi kesan sosio-ekonomi pandemik COVID-19 ini. Sumbangan makanan daripada penduduk setempat kepada yang memerlukan amatlah dialu-alukan.
Bagi individu-individu dan isi rumah yang berkelayakan, bantuan
kewangan serta pelbagai bantuan lain termasuk berbentuk
moratorium pinjaman daripada institusi-institusi berkaitan seperti
yang diumumkan YAB Perdana Menteri semalam perlulah
dimanfaatkan sebaik, dan perlulah dimohon sekiranya
diperlukan.

Budaya peka dan peduli kepada keluarga sendiri, sahabat
handai dan masyarakat sekeliling perlu diterapkan dan sesiapa
yang menghadapi masalah dan terkesan dengan pandemik agar mendapatkan pertolongan dan tidak menghadapinya seorang diri. Setiap individu perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga kesihatan mental diri, keluarga, dan komuniti bagi
menghadapi pandemik COVID-19 ini.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb Jun 2021 untuk seluruh negara adalah 1.04. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -