Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
WHO has supported the goverment in setting the stages for the vaccine roll out by providing guidance, training, planning and monitoring tools as well as advocacy materials to build demand and trust for vaccines among the population.

WHO will continue to stand in solidarity and support the government in safeguarding the health and lives of all people in Malaysia.

** Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4404435266274637 untuk edisi penuh.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui inisiatifnya telah memobilisasikan 13 pegawai Pendidikan Kesihatan (HEO) bagi membantu menangani Pandemik COVID-19 di beberapa lokasi yang terlibat khususya di Kuala Lumpur (Lembah Pantai, Cheras & Kepong) dan Selangor (Daerah Hulu Langat & Hospital Serdang). Mobilisasi pegawai ini telah bermula dari 1 hingga 30 Jun 2021.

Pegawai ini merancang dan membantu dalam melaksanakan aktiviti promosi kesihatan berkaitan COVID-19 dan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Kebangsaan:

• Hebahan awam;
• Nasihat individu;
• Ujian saringan kesihatan COVID-19;
• Pemeriksaan rumah ke rumah;
• Edaran poster, risalah; dan
• Tunjuk cara.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Operasi Pangea XIV yang bermula pada 18 Mei sehingga 25 Mei 2021 yang lalu merupakan penyertaan Malaysia kali ke 9 semenjak Operasi Pangea ini dimulakan. Operasi Pangea XIV ini memberi tumpuan kepada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan yang berbahaya termasuk peranti perubatan. Pada tahun ini, tumpuan diberikan terhadap penjualan ubat-ubatan dan peranti perubatan yang disalahgunakan bagi tujuan rawatan COVID-19.

Di Malaysia, operasi ini melibatkan kerjasama antara beberapa agensi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dan jugaagensi lain seperti National Central Bureau (NCB)/ Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pos Malaysia, dan CyberSecurity Malaysia. Sebanyak 2600 laman sesawang termasuk Dark Web dikesan menjual produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan telah dipantau, disiasat dan diambil tindakan. Operasi Pangea XIV juga menunjukkan bahawa penjual yang tidak bertanggungjawab terus menerus mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual produk perlindungan untuk wabak COVID-19. Buktinya, ubat-ubatan terkawal yang dikatakan untuk rawatan COVID-19, pelitup muka (face mask), thermometer, sarung tangan, gaun pembedahan, test-kit untuk COVID-19, nasal aspirator dan swab beralkohol yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan banyak dijual di dalam talian. Selain itu, terdapat trend peningkatan penjualan bahan psikotropik oleh penjual yang tidak bertauliah di platform yang sama.

Baca kenyataan penuh di http://kpkesihatan.com/2021/06/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-jun-2021-operasi-pangea-xiv-2021-2600-pautan-di-laman-sesawang-disekat-akses-serta-ubat-ubatan-tidak-berdaftar-bernilai-lebih-rm-2-2-juta-dirampas-di-seluruh-malaysia/
Vaksin sudah menjadi sebahagian daripada budaya kesihatan di Malaysia sejak awal 1950-an. Adalah penting untuk kita capai imuniti kelompok secepat mungkin untuk kembalikan norma kehidupan.

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

Vaccines have been a part of the Malaysian health culture since the early 1950s. It is important that we attain herd immunity as soon as possible to return some semblance of normalcy.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Sesetengah janji temu yang dijadualkan pada tarikh-tarikh ini di HCO A di MITEC akan ditunda. Sila semak janji temu anda atau tanggungan anda untuk memastikan jika terdapat perubahan pada tarikh janji temu.

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

Some appointments on these dates scheduled at HCO A at MITEC may be rescheduled. Please check your or your dependents’ appointment to see if the date is affected.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Sehingga 13 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,304 kes (657,508 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,973 (214,958)
WPKL - 462 (67,216)
Sabah - 335 (66,043)
Johor - 363 (64,639)
Sarawak - 544 (55,443)
Negeri Sembilan - 331 (33,782)
Pulau Pinang - 256 (32,110)
Kelantan - 179 (32,053)
Perak - 121 (23,646)
Kedah - 301 (21,871)
Melaka - 145 (14,850)
Pahang - 78 (11,614)
Terengganu - 46 (10,567)
WP Labuan - 158 (6,042)
WP Putrajaya - 7 (2,116)
Perlis - 5 (558)

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti : Operasi Bersepadu "Pematuhan SOP" di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.
Tarikh : 12 Jun 2021 (Sabtu)
Agensi: Jabatan Penerangan Malaysia, PDRM & KKM (PKD Cheras & HECC).
Lokasi : PPR Pudu Hulu, Flat Sri Melaka & Taman Tenaga, Cheras.

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Semoga segala urusan rawatan Covid-19 dipermudahkan. Terkini kita tidak ada lagi katil ICU yang mencukupi.

Bantulah kita untuk membantu anda sekeluarga. Sila duduk di rumah dan patuhi SOP.

- KPK KKM -

Sumber: Buletin TV3
Kes positif mengikut negeri (setakat 13/06/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 13/06/2021, 12 pm)

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 13th. June 2021, 12 pm

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 13 Jun 2021.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 8,163 kes (580,276 kes kumulatif, 88.3%);
Kes baharu : 5,304 kes (657,508 kes kumulatif);
Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
Kes tempatan : 5,299 kes [4,146 warganegara (78.2%); 1,153 bukan warganegara (21.8%)];
Kes aktif : 73,324 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 917 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 452 kes;
Kes kematian : 64 kes (3,908 kes kumulatif, 0.60%; 61 warganegara, 3 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 2,477 kluster;
Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,711 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 766 kluster.

Sebanyak 64 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Johor, enam (6) kes di Kedah, masing-masing lima (5) kes di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Terengganu.

https://kpkesihatan.com/2021/06/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-jun-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Individu yang sihat tubuh badan, sihat minda dan fizikal, tiada kecacatan, tiada masalah kesihatan adalah golongan yang paling berisiko untuk mendapat masalah Happy Hypoxia.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Ringkasan kes kematian baharu #COVID19, 13 Jun 2021.

64 kes kematian termasuk 3 bukan warganegara akibat jangkitan COVID19 dilaporkan hari ini
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb Jun 2021 untuk seluruh negara adalah 0.91.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -