Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kami masih bertahan demi anda!

Jangan sia-siakan pengorbanan kami.

Kita mesti jaga kita.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Selamat menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Stay home, stop smoking, keep COVID-19 away!

#CommitToQuit
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Selamat Menyambut Hari Gawai

Selamat ngintu ari Gawai Dayak,
Gaya guru gerai nyamai,
Lantang senang, nguan menoa.

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kematian warga emas berumur 60 tahun dan ke atas telah mencecah 1,710 kes.

Ibu bapa kita yang berusia menjadi mangsa COVID-19.

Lindung diri dan keluarga tersayang..

#COVID-19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Salam sejahtera,

🟢 Khas kepada perokok dewasa di Malaysia 🚬
🟢 Berumur 1️⃣8️⃣ tahun dan ke atas
🟢 Warganegara 🇲🇾
🟢 Sudi untuk meluangkan masa

Dengan rasa rendah diri 🙏🏼 kami ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai penyelidikan kebangsaan yang bertajuk *Kesediaan Berhenti Merokok Perokok Dalam Kalangan Perokok Dewasa di Malaysia*.

Pandemik Covid-19 🦠 diyakini memberi kesan kepada golongan perokok. Oleh yang demikian penglibatan tuan/puan di dalam penyelidikan ini amat bermakna dalam membantu kami untuk memahami situasi yang sedang dialami oleh golongan perokok di Malaysia 🙇🏻‍♂️

Jika tuan/puan berminat untuk menyertai penyelidikan ini, sila klik pada link yang telah disediakan di bawah ✍🏼:

Untuk *Bahasa Malaysia* anda boleh klik link disini:
https://forms.gle/Nq2c8ASK3PfARhF8A
Untuk *Bahasa Inggeris* anda boleh klik link disini:
https://forms.gle/Y4eCTr9gaqxzLXVA6

Penyelidikan ini juga dijalankan bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2021 🚭 bertemakan _Commit to Quit_ atau *Berkomitmen untuk Berhenti*

Kesudian dan kerjasama tuan/puan untuk terlibat di dalam penyelidikan ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih, 💐

Kerjasama antara penyelidik daripada Universiti Malaysia Sabah dengan Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5561242170615530&id=591214790951651&sfnsn=mo

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2021 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

"TEKAD UNTUK BERHENTI"
("COMMIT TO QUIT")
Sehingga 31 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,824 kes (572,357 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,111 (186,926)
Sabah - 207 (62,244)
WPKL - 387 (58,654)
Johor - 489 (58,383)
Sarawak - 654 (47,329)
Pulau Pinang - 328 (28,626)
Kelantan - 695 (27,788)
Negeri Sembilan - 253 (26,305)
Perak - 255 (20,634)
Kedah - 464 (18,909)
Melaka - 352 (12,086)
Pahang - 219 (9,577)
Terengganu - 204 (8,771)
WP Labuan - 166 (3,722)
WP Putrajaya - 28 (1,892)
Perlis - 12 (511)

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
Risau Diri dan Keluarga Anda dijangkiti Covid-19!

Dalam situasi wabak Covid-19 yang semakin serius ini, Banyak Tips2, Saranan2 dan Maklumat2 PALSU yang disebarkan oleh Pihak-Pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menangguk di air keruh dan mengaut keuntungan daripada ANDA.

Jangan biarkan diri Anda menjadi mangsa. Semak kesahihan dan status iklan-iklan yang disiarkan. Sekiranya tiada nombor kelulusan LIU, ABAIKAN sahaja iklan-iklan tersebut. Ingat! Produk berasaskan makanan tidak boleh membuat tuntutan seolah-olah ianya ubat.

Jadilah Pengguna Yang Bijak!

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
https://fb.watch/5QgHTRaw29/

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2021 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

"TEKAD UNTUK BERHENTI"
("COMMIT TO QUIT")

Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

📌 Tarikh : 31 Mei 2021 (Isnin)
Masa : 3.00 petang
📍 Perasmi : YBhg. Dato' Dr. Asmayani binti Khalib
📱 Medium : Laman Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang & Unit Promosi Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Bebaskan diri anda dari ketagihan merokok dan vape!

Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2021, dapatkan perkhidmatan berhenti merokok mQuit melalui laman sesawang serba baharu mQuit:
👉www.jomquit.com

Jangan lupa untuk beri galakan kepada pasangan, keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda untuk berhenti merokok 😉

#jknpenang
#ncdjknpenang
#sambutanharitanpatembakausedunia2021
#WorldNoTobaccoDay2021
#smokefreepenang
#penbar
#CommitToQuit
Kes positif mengikut negeri (setakat 31/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 31/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 31st. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 31 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 31 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,251 kes (490,038 kes kumulatif, 85.6%);
• Kes baharu : 6,824 kes (572,357 kes kumulatif);
• Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 6,821 kes [6,239 warganegara (91.5%); 582 bukan warganegara (8.5%)];
• Kes aktif : 79,523 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 851 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 422 kes;
• Kes kematian : 67 kes (2,796 kes kumulatif, 0.49%; 64 warganegara, 3 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,188 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 25 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,533 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 655 kluster.

Sebanyak 67 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 12 kes di Johor, lapan (8) kes di Sarawak, enam (6) kes di Kedah, masing-masing lima (5) kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat (4) kes di Pahang, masing-masing tiga (3) kes di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Melaka, dua (2) kes di Sabah, serta satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
PENINGKATAN KADAR KEMATIAN COVID-19 DI MALAYSIA: APAKAH PUNCANYA?
(Tarikh kemaskini: 31 Mei 2021)

Sehingga kini, dunia masih bergelut memerangi pandemik COVID-19. Pelbagai usaha dilaksanakan di peringkat global mahupun Malaysia untuk memenangi peperangan ini. Kerjasama yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi SOP dan juga pengorbanan besar petugas barisan hadapan yang sanggup berdepan dengan kes jangkitan COVID-19 serta petugas belakang tabir (backliners) adalah dihargai.

Setakat 30 Mei 2021, dunia mencatatkan jumlah kumulatif kes positif mencecah hampir 171 juta dengan kadar sembuh sebanyak 90%. Di Malaysia pula, jumlah kumulatif kes positif mencecah 565,533 kes dengan kadar sembuh sebanyak 86%. Bagi kadar kematian keseluruhan dunia adalah 2.1% manakala kadar kematian di Malaysia sehingga 30 Mei 2021 adalah 0.48%.

Peningkatan drastik kes COVID-19 di Malaysia jelas dilihat iaitu dari 67,169 kes pada 1 Disember 2020 kepada 565,533 kumulatif kes iaitu peningkatan sebanyak 88%. Jumlah kematian yang disebabkan COVID-19 turut meningkat sebanyak 2,729 berbanding 363 kematian pada 1 Disember 2020.

Jika dilihat perbandingan berdasarkan data antarabangsa misalnya melalui Worldometer.info, kematian COVID-19 bagi setiap 1 juta penduduk di dunia adalah 456.3, di Amerika Syarikat (1,832), United Kingdom (1,873), Indonesia (183) dan Filipina (188). Manakala, kematian di Malaysia pula adalah 83 kematian bagi setiap 1 juta penduduk berbanding kadar kematian pada November 2020 iaitu 9 bagi 1 juta penduduk.

Kebelakangan ini, data klinikal menunjukkan beberapa faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan kadar kematian di Malaysia iaitu:
• Lebih ramai pesakit kategori 3,4 atau 5 ketika mula mendapatkan rawatan di hospital dan telah mempunyai komplikasi akibat jangkitan COVID-19 berbanding pada awal pandemik.
• Jangkitan virus yang lebih agresif dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan berbanding pada awal pandemik.
• Keadaan ‘happy hypoxia’ di mana pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah kekurangan oksigen. Pesakit hanya sedar apabila keadaan kesihatan mereka telah serius dan terjejas teruk dan menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan awal dan seterusnya meningkatkan kes kematian.
• Fenomena kelesuan pandemik (pandemic fatigue) menyebabkan masyarakat didapati mulai lalai dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
• Pembawa COVID-19 yang tidak bergejala dan membawa jangkitan kepada golongan berisiko dan rentan di kalangan ahli keluarga mereka.
• Individu yang bergejala, namun tidak hadir untuk menjalani ujian saringan COVID-19, dan pada masa yang sama tidak menjalani kuarantin kendiri.
• Pesakit yang tidak memaklumkan sejarah kontak rapat dengan pesakit COVID-19 serta sejarah penyakit sedia ada mereka seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Bagi mengelakkan kejadian yang menyukarkan pengawalan wabak dan rawatan kepada pesakit, masyarakat perlu tampil menjalani ujian saringan apabila bergejala atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19, berlaku jujur dalam memberi sejarah kontak rapat dan penyakit sedia ada.

Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Sila bawa bersama keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri berkenaan untuk penilaian lanjut.

Masyarakat juga disarankan agar mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi membantu negara mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

KKM sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan kadar sembuh dan mengurangkan kadar kematian COVID-19 selain terus meningkatkan tahap penyampaian kesihatan kepada semua pesakit sama ada pesakit COVID-19 atau pesakit bukan COVID-19.
KKM akan terus memastikan kesiapsiagaan fasiliti hospital termasuk kelengkapan Unit Rawatan Rapi dan alat bantuan pernafasan (ventilator), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), kesiapsiagaan makmal, pengagihan PPE dan konsumabels serta mobilisasi anggota kesihatan turut berada pada tahap yang optimum.

CPRC Perkhidmatan Hospital
Program Perubatan KKM
31 Mei 2021
Kembali melihat ketepatan dan analisa unjuran kes harian Covid-19 dan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt ketika itu pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia. Dua unjuran ini dimaklumkan awal lagi pada 2hb Januari 2021

- KPK KKM -