Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
22 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,722. Kes kematian termuda hari ini berusia 31 tahun yang mempunyai komorbiditi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
39 kes kematian termasuk 2 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,761. Ini merupakan rekod tertinggi kes kematian baharu harian iaitu lonjakan 77.3% berbanding semalam. Kes kematian tertinggi adalah dari Johor (10), diikuti Kuala Lumpur (8) dan Selangor (5) manakala terdapat 3 kes kematian ‘brought in death’ (BID) yang dilaporkan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
27 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,788. Kes kematian tertinggi adalah dari Selangor (8), Johor (5) dan Kelantan (3) manakala terdapat 3 kes kematian ‘brought in death’ (BID) yang dilaporkan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
34 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini dan menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,822. Kes kematian tertinggi adalah dari Selangor (8), Johor (6), K.Lumpur (6) dan Kelantan (4) manakala terdapat 2 kes kematian ‘brought in death’ (BID) yang dilaporkan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
44 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,866. Kes kematian tertinggi adalah dari Selangor (26), diikuti Kelantan (5) dan Sarawak (4).

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
36 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,902. Kes kematian tertinggi adalah dari Selangor (8), diikuti P.Pinang (6) dan masing-masing 5 kes di Sarawak dan Kedah.

Kes kematian tertua pada hari ini berusia 93 tahun manakala kes kematian termuda berusia 29 tahun. Kesemua kes mempunyai komorbiditi. Malah, 25 (69.4%) kes kematian hari ini merupakan warga emas.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
45 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,947. Ini merupakan kes kematian harian tertinggi sejak pandemik ini melanda negara.

Selangor masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 20 kes atau 44% daripada keseluruhan kes kematian hari ini.

Kes kematian tertua pada hari ini berusia 90 tahun dan kes kematian termuda berusia 36 tahun. 3 kes kematian hari ini tidak mempunyai sejarah penyakit kronik manakala 3 kes ‘brought in dead’ dilaporkan. Majoriti kes kematian adalah di kalangan warga emas iaitu 35 kes.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia, Minggu 19 (9 Mei-15 Mei 2021)

🔴 Kes baharu ⬆️ 15.9%

🔴 Kes kematian harian ⬆️ 53.7%

🔴 Kes ICU ⬆️ 30.4%

🔴 Penggunaan bantuan alat pernafasan ⬆️ 25.0%

🔴 Kadar positif ⬆️ 1.2 %

Sumber National Institutes of Health Malaysia

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia bagi kluster-kluster, Minggu 19 (9 Mei-15 Mei 2021)

Jumlah kluster baharu ⬇️ 4.7%

Jumlah kluster aktif ⬆️ 8.6%

Jumlah kes baharu berkaitan kluster ⬆️ 4.6%

Pertambahan kluster keagamaan dan berisiko.

Pengurangan kluster komuniti, pendidikan dan pusat tahanan.

Sumber National Institutes of Health Malaysia

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Negara sekali lagi merekodkan angka tertinggi kes kematian harian dengan 47 kes termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,994.

Selangor masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 18 kes dengan 5 daripadanya adalah kes ‘brough in dead’ (BID). Malah, hari ini sahaja 8 kes BID direkodkan dan untuk bulan Mei ini sahaja, 45 kes BID telah dikesan.

Kes kematian tertua pada hari ini berusia 94 tahun dan kes kematian termuda berusia 33 tahun. Hanya 2 kes kematian hari ini tidak mempunyai sejarah penyakit kronik. Majoriti kes kematian adalah di kalangan warga emas iaitu 32 kes dan di kalangan lelaki iaitu 26 kes. Kebanyakan kes kematian mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
46 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 2,040.

Kes kematian tertinggi di Selangor (19), Sarawak (7) dan Johor (6). 4 kes BID turut dilaporkan iaitu di KL (2), Johor (1) dan Sarawak (1) manakala 5 kes kematian tidak mempunyai latar belakang penyakit.

Dari segi demografi kes kematian hari ini, kes kematian termuda berusia 17 dan mempunyai komorbiti manakala kes kematian tertua berusia 91 tahun dan turut mempunyai komorbiditi. Kes kematian di kalangan lelaki adalah 26 kes dan perempuan adalah 20 kes. 21 kes kematian pula berumur 60-79 tahun manakala 15 kes berumur bawah 60 tahun dan 10 kes berumur lebih 80 tahun.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Beginilah suasana di MAEPS Serdang yang dipenuhi pesakit-pesakit #COVID19 yang kian bertambah setiap hari.

Jaga diri dan jaga keluarga. Patuhi SOP sepenuhnya. Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

#StayHome
61 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan, sekaligus kematian harian tertinggi setakat ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian; 2,309.

4 negeri merekodkan kes kematian tertinggi hari ini iaitu Selangor (16), Johor (11), Melaka (6) dan Pulau Pinang (6). Malah, terdapat 6 kes ‘brought in dead’ (BID). 47 daripada kes kematian hari ini adalah dalam kalangan warga emas dengan kematian tertua berusia 98 tahun tanpa mempunyai komorbiditi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome