Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Lakukan saringan kesihatan dan periksa tekanan darah secara berkala kerana penyakit hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala.

#HariHipertensiSedunia2021
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
WEBICARA DERMA ORGAN

🔹Topik : DERMA ORGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

🔹Panelis:
En. Mohamamad Mustaqim Malek
Pegawai Sains
Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS),
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

🔹Tarikh: 20 Mei 2021 (Khamis)

🔹Masa: 2.30 petang

🔹Bersiaran Langsung menerusi Facebook page: Derma Organ
Hari Hipertensi Sedunia pada tahun ini disambut pada 20 Mei 2021 dengan tema Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera (Measure Your Blood Pressure Accurately, Control It, Live Longer) yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi) di kalangan masyarakat Malaysia. Hipertensi merupakan penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular, strok, kegagalan buah pinggang dan seterusnya kematian pramatang di seluruh dunia. Hipertensi juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” (silent killer) kerana ia sering tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala, dan ramai yang masih tidak menyedari mereka menghidapi hipertensi.

Kawalan tekanan darah yang baik juga adalah sangat penting terutamanya ketika pandemik COVID-19. Ini adalah kerana pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah untuk mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit COVID-19. Analisis kepada data pesakit kritikal yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menunjukkan bahawa sebanyak 58.3% pesakit yang dirujuk kepada rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit hipertensi dan hampir separuh (49.4%) daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa prevalen hipertensi di kalangan penduduk Malaysia dewasa berumur 18 tahun dan ke atas adalah 30.0% atau kira-kira 6.4 juta orang dewasa. Amat membimbangkan juga, daripada jumlah tersebut adalah dianggarkan 50% tidak mengetahui diri mereka menghidap penyakit hipertensi di mana ini mungkin disebabkan mereka tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan.

Baca kenyataan penuh di https://kpkesihatan.com/2021/05/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-mei-2021-hari-hipertensi-sedunia-2021/
Beginilah suasana di MAEPS Serdang yang dipenuhi pesakit-pesakit #COVID19 yang kian bertambah setiap hari.

Jaga diri dan jaga keluarga. Patuhi SOP sepenuhnya. Duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

#StayHome
Jangkitan dikesan lebih agresif

Berhati-hati lah kita semua. Jaga diri, jaga keluarga dan jaga komuniti kita dari virus maut COVID-19 ini.
Sehingga 20 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,806 kes (492,302 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,277 (161,584)
Sabah - 245 (59,909)
Johor - 615 (52,531)
WPKL - 655 (51,897)
Sarawak - 608 (40,259)
Pulau Pinang - 362 (24,702)
Negeri Sembilan - 291 (21,504)
Kelantan - 426 (20,840)
Perak - 248 (17,612)
Kedah - 417 (14,187)
Melaka - 212 (9,212)
Pahang - 157 (7,121)
Terengganu - 233 (6,377)
WP Labuan - 17 (2,554)
WP Putrajaya - 35 (1,606)
Perlis - 8 (407)

- KPK KKM -
Malaysia kini berada pada titik genting dan penularan varian baharu harus disekat!

Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kes positif mengikut negeri (setakat 20/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 20/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 20th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 20 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 20 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,916 kes (440,032 kes kumulatif, 89.4%);
• Kes baharu : 6,806 kes (492,302 kes kumulatif);
• Kes import : 2 kes (2 warganegara);
• Kes tempatan : 6,804 kes [6,122 warganegara (90.0%); 682 bukan warganegara (10.0%)];
• Kes aktif : 50,171 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 587 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 330 kes;
• Kes kematian : 59 kes (2,099 kes kumulatif, 0.43%; 58 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 1,966 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 24 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,438 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 528 kluster.

Sebanyak 59 kes kematian dari seluruh negara telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian seluruh negara adalah sebanyak 2,099 kes. Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 14 kes di Johor, 10 kes di Selangor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam (6) kes di Kelantan, masing-masing empat (4) kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Kedah, Perak, dan Terengganu, dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Pulau Pinang.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
59 kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia; 2,099.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.