Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Maklumat vaksin COVID-19 Comirnaty (Pfizer-Biontech) bagi penerima vaksin.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Kes positif mengikut negeri (setakat 19/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 19/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 19th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 19 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 19 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,516 kes (436,116 kes kumulatif, 89.8%);
• Kes baharu : 6,075 kes (485,496 kes kumulatif);
• Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 6,072 kes [5,452 warganegara (89.8%); 620 bukan warganegara (10.2%)];
• Kes aktif : 47,340 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 559 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 303 kes;
• Kes kematian : 46 kes (2,040 kes kumulatif, 0.42%; 45 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 1,942 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,426 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 516 kluster.

Pada hari ini, Malaysia mencatatkan jumlah kes harian baharu tertinggi sejak pandemik COVID-19 dilaporkan di Malaysia iaitu sebanyak 6,075 kes. Jumlah kes harian COVID-19 tertinggi yang pernah dilaporkan di Malaysia sebelum ini adalah sebanyak 5,728 kes iaitu pada 30 Januari 2021.

Jumlah kluster baharu harian juga turut mencatatkan bilangan tertinggi yang pernah dilaporkan iaitu sebanyak 22 kluster. Bilangan kes kritikal yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan pada hari ini juga adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 559 kes. Selain itu, kumulatif kes kematian seluruh negara pula telah mencecah lebih 2,000 kes kematian iaitu sebanyak 2,040 kes.

Selangor telah melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,251 kes (37.1 peratus daripada jumlah keseluruhan). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,481 kes (65.8 peratus) adalah daripada saringan kontak rapat, 467 kes (20.7 peratus) adalah daripada lain-lain saringan, 302 kes (13.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster, dan satu (1) kes import dari luar negara.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/19/kenyataan-akhbar-kpk-19-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
46 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 2,040.

Kes kematian tertinggi di Selangor (19), Sarawak (7) dan Johor (6). 4 kes BID turut dilaporkan iaitu di KL (2), Johor (1) dan Sarawak (1) manakala 5 kes kematian tidak mempunyai latar belakang penyakit.

Dari segi demografi kes kematian hari ini, kes kematian termuda berusia 17 dan mempunyai komorbiti manakala kes kematian tertua berusia 91 tahun dan turut mempunyai komorbiditi. Kes kematian di kalangan lelaki adalah 26 kes dan perempuan adalah 20 kes. 21 kes kematian pula berumur 60-79 tahun manakala 15 kes berumur bawah 60 tahun dan 10 kes berumur lebih 80 tahun.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Tahniah kepada penyampai RTM Mohan Chinnasamy dengan dokumentari kontena jenazah di Hospital Sg Buloh. Semoga dapat membangkitkan kesedaran dan keinsafan kita kepada kematian dan kembali kepada Allah SWT.

(كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ)
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati"

https://youtu.be/tQJ5sqVLROc

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 19 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.10. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -