Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI DALAM TEMPOH PKP BAGI MEMBENDUNG SEGERA WABAK COVID-19

Penularan varian-varian baharu virus SARS-CoV-2 di dalam komuniti terutamanya beberapa Variant of Concern (VOC) di Malaysia kebelakangan ini adalah amat membimbangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di luar negara. Ini adalah kerana varian-varian VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.

Selain daripada meningkatkan kapasiti sistem perkhidmatan kesihatan negara, KKM ingin menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara kita. Ianya bermula dengan diri kita sendiri. Kawalan pergerakan kendiri ini boleh dilakukan dengan duduk sahaja di rumah, tidak keluar dari rumah jika tiada keperluan penting dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama sekiranya perlu keluar rumah atas apa-apa urusan penting. Majikan juga digalakkan untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.

Orang ramai boleh melakukan kawalan pergerakan kendiri ini dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut;

1. Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
2. Sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, dan kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer;
3. Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti yang berisiko untuk terdedah dengan orang ramai;
4. Elakkan daripada menerima tetamu di rumah;
5. Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
6. Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
7. Rancang pergerakan anda bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam sekiranya perlu keluar dari rumah;
8. Masak makanan sendiri untuk khasiat yang lebih baik dan seterusnya mengelakkan daripada risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19;
9. Lakukan aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;

10. Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya:
a. telah dikenal pasti di aplikasi MySejahtera sebagai kontak kasual, Person Under Surveillance (PUS), kes suspek, atau confirmed case;
b. setelah menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga keputusan ujian diketahui;
c. telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan masih menunggu panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); dan
d. Sekiranya telah dikesan positif COVID-19 dan sedang menunggu panggilan PKD, sila kekal tinggal di rumah melainkan memerlukan rawatan perubatan kecemasan.

Negara masih kekal merekodkan kes harian COVID-19 melebihi empat digit dengan kes aktif ketika ini sudah melebihi 40 ribu kes. Kebanyakan hospital kerajaan mahupun swasta, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara juga telah hampir mencecah kapasiti maksimum. Lebih membimbangkan, didapati terdapat semakin banyak kes positif yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sokongan alat bantuan pernafasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pada masa yang sama juga, jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan makin meningkat saban hari.

Peningkatan kes-kes secara mendadak ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Rakyat Malaysia adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!

Tan Sri Dato' Seri Noor Hisham Abdullah
18 Mei 2021
Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia, Minggu 19 (9 Mei-15 Mei 2021)

🔴 Kes baharu ⬆️ 15.9%

🔴 Kes kematian harian ⬆️ 53.7%

🔴 Kes ICU ⬆️ 30.4%

🔴 Penggunaan bantuan alat pernafasan ⬆️ 25.0%

🔴 Kadar positif ⬆️ 1.2 %

Sumber National Institutes of Health Malaysia

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia bagi kluster-kluster, Minggu 19 (9 Mei-15 Mei 2021)

Jumlah kluster baharu ⬇️ 4.7%

Jumlah kluster aktif ⬆️ 8.6%

Jumlah kes baharu berkaitan kluster ⬆️ 4.6%

Pertambahan kluster keagamaan dan berisiko.

Pengurangan kluster komuniti, pendidikan dan pusat tahanan.

Sumber National Institutes of Health Malaysia

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Negara sekali lagi merekodkan angka tertinggi kes kematian harian dengan 47 kes termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,994.

Selangor masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 18 kes dengan 5 daripadanya adalah kes ‘brough in dead’ (BID). Malah, hari ini sahaja 8 kes BID direkodkan dan untuk bulan Mei ini sahaja, 45 kes BID telah dikesan.

Kes kematian tertua pada hari ini berusia 94 tahun dan kes kematian termuda berusia 33 tahun. Hanya 2 kes kematian hari ini tidak mempunyai sejarah penyakit kronik. Majoriti kes kematian adalah di kalangan warga emas iaitu 32 kes dan di kalangan lelaki iaitu 26 kes. Kebanyakan kes kematian mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
An SMS containing your NRIC/Passport number and appointment date will arrive 14 days before your vaccination appointment.

This will be followed by an phone call with information about your vaccination appointment.

If you are a MySejahtera user, your status will also be reflected in the app.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber : JK JAV
Pentingnya Jaga SOP

Dengarkan di Gegarfm esok bersama Dr.Vickneshwaran Muthu, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM pada pukul 7.30 pagi

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Juadah Raya Biar Berpada

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Puan Nur Amalina Muhammad, Pegawai Pemakanan dari Bahagian Pemakanan, KKM

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.08. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -