Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif #COVID19 dan kes kematian baharu bagi Minggu Ke-19 (9-15 Mei 2021).

🔴Kes tertinggi pada 13/5/2021 (4,855)

🔴Kes kematian harian tertinggi pada 15/5/2021 (44)

🔴Jumlah kes positif⬆️15.9% berbanding Minggu ke-18

🔴Jumlah kes kematian⬆️53.7% berbanding Minggu Ke-18
#updated_15Mei2021 SENARAI COVID-19 ASSESSMENT CENTRE (CAC) NEGERI SELANGOR.

Sekiranya anda pesakit positif COVID-19 yang menjalani rawatan di rumah dan mengalami sebarang gejala, sila hubungi nombor CAC. Team Home Monitoring akan membantu anda.

Sekiranya gejala anda bertambah teruk, sila hubungi 999 atau ke hospital terdekat dengan kenderaan sendiri.

#SihatMilikSelangor

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hari ini angka kematian tertinggi dicatatkan iaitu 44 jumlah kematian. Takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga. Semua petugas KKM telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit yang ada.

Ini video petugas kesihatan di Wad ICU Sungai Buloh yang berehat sebentar mencari tenaga baharu sebelum menyambung semula tugas harian mereka.

Perjuangan melawan COVID-19 tidak akan berhenti, mereka berhenti sekejap sahaja untuk menghilang penat dan lelah. Tugasan akan disambung semula sehingglah wabak ini diperangi sehabis mungkin.

Doakan kami semua, petugas-petugas kesihatan KKM yang sedang bertugas di seluruh negara. Doakan juga agar semua pesakit yang sedang dirawat diberi kesembuhan seperti sedia kala.

Jaga diri jaga keluarga kita.

#WeServeWithLove
44 kes kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,866. Kes kematian tertinggi adalah dari Selangor (26), diikuti Kelantan (5) dan Sarawak (4).

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dikongsikan video frontliners di Wad ICU Hospital Sungai Buloh sedang bertugas merawat seorang pesakit COVID-19.

Pesakit COVID-19 ini sedang melalui proses Endotracheal Intubation menggunakan Video Laryngoscope.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Jagalah keluarga kita, sebelum virus COVID-19 ini menjangkiti orang tersayang dalam keluarga kita.

Doakan kami semua petugas KKM, dan semua pesakit diberikan kesembuhan semula.

Terima kasih rakyat Malaysia yang tidak putus-putus berdoa, beri semangat dan prihatin dengan tugasan kami di KKM.

#WeServeWithLove
WHO has classified the Indian Variant B.1.617 as Variant of Concern (VOC)

Global overview: The number of new COVID-19 cases and deaths globally slightly decreased this week, with over 5.5 million cases and over 90 000 deaths. Case and death incidences, however, remain at the highest levels since the beginning of the pandemic. New weekly cases decreased in the regions of Europe and Eastern Mediterranean, while the South-East Asia Region continued an upward trajectory for 9 weeks and reported a further 6% increase last week.

Special focus: In this edition, special focus updates are provided on four SARS-CoV-2 variants of concern [B.1.1.7 (VOC202012/01); B.1.351 (501Y.V2); P.1; B.1.617] and six variants of interest, including the geographic distribution, and phenotypic impacts on transmissibility, vaccines, therapeutics and diagnostics.

https://www.who.int/publications/m/item/weekly-epidemiological-update-on-covid-19---11-may-2021

- KPK KKM -
PENINGKATAN UJIAN SARINGAN COVID-19 DI SELURUH NEGARA DALAM MENGHADAPI GELOMBANG KETIGA COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 8,573,873 ujian saringan COVID-19 telah dijalankan sejak 1 Januari 2021 sehingga 13 Mei 2021. Ini merangkumi sebanyak 4,747,837 ujian real-time Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan 3,826,036 ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) termasuk saringan PERKESO dan BUKAN PERKESO. Purata jumlah ujian saringan yang telah dijalankan secara harian adalah sebanyak 63,925 sampel dari 7 Mei 2021 hingga 13 Mei 2021. Manakala, purata jumlah ujian mingguan dari Minggu Epid (ME) ke-15 hingga ME ke-18 adalah sebanyak 483,518 sampel. Ini menunjukkan peningkatan jumlah saringan yang telah dijalankan berbanding bulan sebelumnya (ME ke-11 hingga ME ke-14), di mana purata jumlah ujian mingguan yang telah dijalankan adalah sebanyak 369,456 sampel (peningkatan sebanyak 23.6 peratus).

Sehingga kini, pelbagai langkah kesiapsagaan berikutan pertambahan bilangan kes COVID-19 di Malaysia telah dilaksanakan. Ini termasuklah;
• Menambah kapasiti makmal yang boleh menjalankan ujian diagnostik RT-PCR;
• Penyumberluaran ujian saringan COVID-19 ke makmal swasta;
• Penggunaan ujian RTK-Ag sebagai ujian saringan COVID-19 bagi mengesan wabak COVID-19 dengan cepat dalam jumlah yang besar; dan
• Pengujian saringan menggunakan air liur yang lebih mudah dan cepat serta boleh dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat

Masyarakat diingatkan untuk terus mengamalkan SOP yang telah digariskan khususnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. KKM ingin mengingatkan individu yang bergejala dan dari kawasan berisiko tinggi, dinasihatkan membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran. Bagi mereka yang telah menjalani ujian pengesanan COVID-19, apabila telah menerima keputusan, mereka boleh memaklumkan kepada KKM melalui aplikasi MySejahtera iaitu “self-notification”. Individu yang telah diambil sampel perlu menjalankan pengasingan kendiri sehingga keputusan ujian saringan didapati negatif.

Semua makmal yang menjalankan ujian SARS-CoV-2 samada makmal kerajaan atau swasta dikehendaki memasukkan data keputusan ujian sampel (samada negatif ataupun positif) ke dalam sistem SIMKA. Setiap pemohon (PKD atau Klinik Kesihatan) akan mengakses keputusan makmal ini secara atas talian. Keputusan dari makmal swasta juga akan dimaklumkan dengan segera kepada KKM melalui saluran sediada.

Tempoh masa PKP ini merupakan suatu tempoh yang sangat genting bagi kita untuk bersama-sama melandaikan keluk jangkitan COVID-19 di negara kita. Peningkatan kapasiti hospital dan kemunculan varian-varian baharu dalam komuniti memerlukan tindakan kesihatan awam yang efektif serta kerjasama semua lapisan masyarakat bagi memastikan usaha yang telah kita laksanakan selama ini membuahkan hasil.

- KPK KKM -