Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sekarang adalah masa yang amat genting bagi penghidap penyakit hematologi untuk mendapatkan vaksinasi kerana mereka tergolong dalam golongan berisiko tinggi, seterusnya, diberi keutamaan untuk vaksin COVID-19.

Jika anda tidak pasti tentang kesesuaian anda sebagai penerima vaksin COVID-19, sila rujuk doktor anda untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat sebarang keputusan.

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Vaccines are safe for cancer patients who are still undergoing treatment. That being said, it is recommended to consult the doctor overseeing your treatment for a pre-vaccination evaluation.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Kes positif mengikut negeri (setakat 14/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 14/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 14th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 14 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 14 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 4,190 kes (418,897 kes kumulatif, 90.6%);
• Kes baharu : 4,113 kes (462,190 kes kumulatif);
• Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,112 kes [3,791 warganegara (92.2%); 321 bukan warganegara (7.8%)];
• Kes aktif : 41,471 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 482 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 250 kes;
• Kes kematian : 34 kes (1,822 kes kumulatif, 0.39%; 34 warganegara);
• Jumlah kluster : 1,861 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,400 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 461 kluster.

Terdapat 34 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kes di Kelantan, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak, Perak, dan Terengganu.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
34 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini dan menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,822. Kes kematian tertinggi adalah dari Selangor (8), Johor (6), K.Lumpur (6) dan Kelantan (4) manakala terdapat 2 kes kematian ‘brought in death’ (BID) yang dilaporkan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome