Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Imunisasi Kebangsaan : Peranan Doktor

Dengarkan di asyikfm esok bersama Dr. Nor Syakirah Awai dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM pada pukul 11.30 pagi.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan vaksin bertanggungjawab menyelamatkan 2-3 juta nyawa setiap tahun, dan sekurang-kurangnya 10 juta nyawa dari 2010-2015. Tidak dinafikan jumlah ini adalah lebih tinggi apabila mengambil kira tahun-tahun sebelumnya, dan juga vaksin-vaksin COVID-19 yang sedang digunapakai sekarang ini.

Vaksin yang ada sekarang ini memberi pelindungan terhadap:
1. Cacar air/cengkering (chickenpox)
2. COVID-19
3. Difteria
4. Influenza
5. Hepatitis
6. Penyakit Hib (Haemophilus influenzae type b)
7. HPV (Human papillomavirus)
8. Demam campak, beguk, rubella (gabungan vaksin MMR)
9. Penyakit Meningokokus
10. Penyakit Pneumokokal
11. Polio
12. Rabies
13. Rotavirus
14. Kayap
15. Cacar (Smallpox)
16. Tetanus
17. Batuk kokol (sebahagian daripada gabungan vaksin DTaP)
18. Demam kuning

Terdapat juga vaksin-vaksin yang sedang dibangunkan yang berada di pelbagai tahap penghasilan/penggunaan:
1. Kanser
2. Ebola
3. Gonore
4. HIV
5. Malaria
6. Norovirus
7. Universal selesema
8. Zika

Sumber: JK JAV
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb April 2021 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Dah hampir separuh perjalanan kita berpuasa di Bulan Ramadan ini...
Harap masih terus istiqamah makan secara sihat, ok! 😎

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM
Antara senaman yang boleh dilakukan oleh penghidap Hipertensi adalah Yoga, berbasikal dan lompat tali.

#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anda boleh mendaftar dan mengurus tanggungan tambahan di aplikasi MySejahtera.

Pastikan tanggungan anda didaftarkan melalui 1 akaun.

Jawab soalan penilaian untuk pengesahan pendaftaran.

Pendaftaran berjaya! Tarikh janji temu tanggungan anda akan dimaklumkan melalui aplikasi ini.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
The National Immunisation Programme.

Click https://bit.ly/3gLcR87 to download.

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SELAMATKAN NYAWA BANTU MEREKA TERSENYUM SEMULA...... Bantuan anda amat diperlukan. Tampil ke hadapan menderma darah atau membawa individu yang layak menderma darah.

📌 One Utama Shopping Centre @Basement 2 (New Wing)

🗓 28 - 30 April 2021 (Rabu - Jumaat)
10.00 pagi - 9.00 malam

🗓 01 - 02 Mei 2021 (Sabtu - Ahad)
1.00 petang - 9.00 malam

Jom bantu kami capai sasaran beg darah sehari di lokasi ini dalam usaha meningkatkan bekalan DARAH secara berterusan.

Sumber: Pusat Darah Negara, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pemilik restoran perlu tegas dalam menjadikan premis mereka bebas asap rokok.

#speakout
#PengalamanPeribadiBerhentiMerokok
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pembangunan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi atau MyUBAT telah berjaya dilaksanakan dan diperluaskan penggunaannya di seluruh fasiliti Kesihatan KKM bermula 15 April 2021.

Pembekalan ubat di fasiliti farmasi KKM adalah bergantung kepada kestabilan status pesakit dan ketersediaan bekalan stok ubat-ubatan di fasiliti-fasiliti KKM. Bagi pesakit berpenyakit kronik, pembekalan ubat adalah sama ada untuk tempoh sebulan atau dua bulan untuk menjamin kualiti ubat yang disimpan di rumah, memudahkan pemantauan kejadian kesan sampingan yang tidak diingini, memastikan kepatuhan pesakit terhadap pengambilan ubat, mengelakkan pembaziran serta mengurangkan risiko berlakunya kesilapan pengubatan akibat stok ubat berlebihan yang boleh disalahguna oleh bukan pesakit.

Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services, VAS) yang dijalankan oleh KKM melalui Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu (Drive-Through Pharmacy), sistem temujanji melalui kad temujanji, telefon dan aplikasi komunikasi telefon pintar bagi pengambilan ubat, Ubat Melalui Pos (UMP) dan perkhidmatan ‘Locker4U’ telah sedia ditawarkan secara berperingkat oleh fasiliti KKM sejak tahun 2003. Pelaksanaan VAS ini telah dipertingkatkan sepanjang tempoh pandemik berlaku dengan objektif utama adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 terutamanya golongan-golongan rentan disamping menjamin kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan, mengatasi kesesakan serta waktu menunggu lama di farmasi, beban kos pengangkutan serta kesuntukan masa bagi pesakit terlibat.

Baca kenyataan penuh di http://kpkesihatan.com/2021/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2021-perluasan-sistem-pengurusan-pembekalan-ubat-bagi-perkhidmatan-nilai-tambah-farmasi-myubat/
Sehingga 28 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,142 kes

Pecahan setiap negeri:
Selangor : 1,019 kes
Sabah : 87 kes
Johor : 194 kes
WP KL : 440 kes
Sarawak : 416 kes
Pulau Pinang : 98 kes
Negeri Sembilan : 61 kes
Perak : 69 kes
Kelantan : 523 kes
Kedah : 120 kes
Melaka : 42 kes
Pahang : 15 kes
Terengganu : 40 kes
WP Labuan : 4 kes
WP Putrajaya : 13 kes
Perlis : 1 kes

- KPK KKM -