Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.66K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Awas! Ancaman Penyakit Musim Hujan.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 10.00 pagi di TV1.

Panel :
Dr. Anis Salwa Kamarudin
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#sihatmilikku
Siapakah Penerima Vaksin COVID-19.

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Noorhaire Nordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
ANDA BERISIKO DIJANGKITI COVID? 🚨

Mohon BANTU JAWAB dan FORWARD ke semua group yang ada... Tak kira group keluarga, sekolah, pejabat, taman perumahan, kampung dan sewaktu dengannya..
Tekan link dibawah untuk Jawab. Terima kasih

https://tinyurl.com/MyRISK-COVID

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Tingkhlaku Kesihatan (IPTK), sedang jalankan kajian berkaitan persepsi risiko rakyat Malaysia terhadap penyakit COVID-19.
Seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾 dijemput sertai kajian ini yang hanya akan ambil masa sekitar 3-5 minit. Kajian ini akan bantu KKM untuk kenalpasti sejauhmana rakyat Malaysia anggap COVID-19 itu sebagai ancaman kepada mereka serta langkah pencegahan yang diambil untuk elak risiko dijangkiti⛱️.

Kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾 amat DIPERLUKAN dalam menjayakan kajian ini.

🤝 AYUH RAKYAT MALAYSIA🇲🇾, BANTU KAMI UNTUK MEMBANTU ANDA🙏
Terima Kasih

#KitajagaKita
#KitaMestiMenang
#BersamaputuskanrantaianCOVID-19
#IPTKNIH
Bahayanya nyamuk Aedes ni kan...macam-macam penyakit yang dibawanya...marilah kita hapuskan Aedes ni...senang jer hanya 10 minit setiap minggu hapuskan tempat pembiakannya...

#CaridanMusnah
#10minit
#RumahkuTiadaAedes

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Management of Travellers Entering Malaysia from other countries starting 14 December 2020.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SIRI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN 2021

[WEBICARA] HEART TRANSPLANTATION: A GIFT OF LIFE

Panelis :
Dato' Dr. Mohd Nazeri b Nordin
Pengarah Klinikal,
Transplantasi Jantung & Paru-paru
Program Jantung Mekanikal
INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

Tarikh : 07 Januari 2021 (Bersamaan Hari Khamis)
Masa : 02:30 - 03:30 petang
Bersiaran Lansung di FB page : Dermaorgan
Cara pencegahan dan kawalan lalat pada musim banjir.

Sepanjang musim banjir

☑️ Pastikan tong sampah sentiasa bertutup
☑️ Tutup makanan
☑️ Lap dan bersihkan meja selepas makan
☑️ Pasang jaring atau perangkap untuk menghalang kemasukan lalat
☑️ Jangan buang sisa makanan merata-rata

Selepas musim banjir

☑️ Kenal pasti kawasan hurungan lalat dan lupuskan punca tumpuan lalat.
☑️ Lupus bangkai haiwan yang menjadi tumpuan lalat.
☑️ Tanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih.
☑️ Hubungi anggota kesihatan untuk menggunakan bahan kimia yang sesuai untuk merawat punca pembiakan.

#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Stok Darah Pusat Darah Negara
7.1.2021

Dugaan pada awal tahun 2021.

Musibah banjir yang dihadapi oleh beberapa negeri dan ditambah lagi dengan situasi COVID-19, sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti kutipan darah dan seterusnya bekalan darah semasa.

Ayuh penderma darah sekalian, hadirlah menderma darah di Pusat Darah Negara dan tabung-tabung darah yang berhampiran.

Jalankan tanggungjawab sosial anda hari ini.

#kitajagadarah
#pendermakonsisten
#patuhiSOP

Sumber: Pusat Darah Negara
Seramai 145 orang menjadi korban Denggi sepanjang tahun 2020.

Johor merekodkan kematian tertinggi dengan 43 kematian, Selangor (37), Sabah (17).

Sebanyak 90,304 kes Denggi direkodkan sepanjang tahun lalu.

Tiada rawatan khusus untuk Denggi, pencegahan langkah terbaik.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
https://www.facebook.com/dermaorgan/videos/873022296806161/

*SIRI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN 2021*

*[WEBICARA] HEART TRANSPLANTATION: A GIFT OF LIFE*

Panelis :
Dato' Dr. Mohd Nazeri b Nordin
Pengarah Klinikal,
Transplantasi Jantung & Paru-paru
Program Jantung Mekanikal
INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

Tarikh : 07 Januari 2021 (Bersamaan Hari Khamis)
Masa : 02:30 - 03:30 petang
Bersiaran Lansung di FB page : Dermaorgan
Kes positif mengikut negeri (setakat 07/01/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 07/01/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 7th. January 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Perhatian kepada kes harian Covid-19 dan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia.

Kita mesti kurangkan kebolehjangkitan Ro/Rt kepada kurang daripada satu ke 0.5. untuk memutuskan dan membendung kes penularan dalam negara.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,145 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 102,723 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Untuk pertama kalinya, pada 7 Januari 2021, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi mencecah angka tiga ribu iaitu sebanyak 3,027 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 128,465 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,221 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,021 kes. Bagi kes penularan di dalam negara,1,577 kes adalah warganegara Malaysia (52.2 peratus) dan 1,444 kes adalah bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 142 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 521 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2021/01/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-januari-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/