Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pecahan kes baharu (2,027)

Selangor
19 kluster sedia ada
90 kluster baharu (Jalan Playar, Sri Suria, Tapak Bina Bukit Semenyih dan Bukit Angkat)
229 saringan kontak rapat
171 lain-lain saringan

Johor
256 kluster sedia ada
41 kluster baharu (Parit Jamil)
76 saringan kontak rapat
46 lain-lain saringan
9 import

Sabah
20 kluster sedia ada
12 kluster baharu (Tombovo)
248 saringan kontak rapat
103 lain-lain saringan

KL
27 kluster sedia ada
117 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Desa & Jalan Raja)
112 saringan kontak rapat
51 lain-lain saringan
6 import

N.Sembilan
63 kluster sedia ada
23 saringan kontak rapat
12 lain-lain saringan

P.Pinang
38 kluster sedia ada
13 saringan kontak rapat
9 lain-lain saringan

Kedah
24 kluster sedi ada
16 saringan kontak rapat
7 lain-lain saringan

Kelantan
12 kluster sedia ada
27 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Labuan
27 saringan kontak rapat
10 lain-lain saringan

Perak
8 kluster sedia ada
12 saringan kontak rapat
5 lain-lain saringan

Pahang
4 kluster sedia ada
6 kluster baharu (Langit Selatan)
12 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Melaka
18 saringan kontak
3 lain-lain saringan

Sarawak
2 kluster sedia ada
1 kluster baharu (Bah Sayap)
10 lain-lain saringan
1 import

Terengganu
2 kluster sedia ada
1 kluster baharu (Mengkuang)
6 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

Putrajaya
3 kluster sedia ada
8 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan
8 kes kematian dilaporkan termasuk 1 bukan warganegara.

Jumlah kematian kini 509.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 5 Januari 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kepentingan Vaksin COVID-19.

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Mohd Hanif Zailani dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Penyakit Bawaan Air.

Dengarkan di asyikfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Ahmad Riadz Mazeli dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#sihatmilikku
Penerima Vaksin COVID-19

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Panel :
Dr. Noorhairie Sumarli Nordin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Orang ramai yang mengalami gejala sistem pernafasan dan ingin mendapatkan rawatan, sila maklumkan kepada petugas kesihatan di klinik atau hospital yang dikunjungi sekiranya anda

Merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19
Datang dari Zon Merah
Terlibat dalam kluster COVID-19

Kita lindungi petugas kesihatan dan komuniti.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sekiranya anda diminta berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir, sila bawa UBAT bersama semasa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara.

Kita juga perlu terus amalkan norma baharu untuk mencegah penularan wabak COVID-19

Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer
Kekalkan penjarakan sosial
Pakai pelitup muka

⛔️ Jangan bersembang dekat antara satu sama lain
⛔️ Jangan bersalaman atau bersentuhan
⛔️ Jangan berkongsi peralatan persendirian

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
*SIRI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN 2021*

[WEBICARA] *PENDERMAAN ORGAN : PENJAGAAN KESIHATAN PARU-PARU*

Panelis :
Puan Siti Hajar binti Suraji
Pegawai Pendidikan Kesihatan
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) , Klang.

Tarikh : 06 Januari 2021
Masa : 02:30 - 03:30 petang
Bersiaran Lansung di FB page : Dermaorgan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=929770144224195&id=198935443464197
Salah seorang penduduk di kejiranan anda telah disahkan positif COVID-19 dan anda risau anda turut dijangkiti.

Dalam hal ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengenal pasti siapa kontak rapat kepada pesakit tersebut berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan.

Kontak rapat merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan sama ada individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19.

Individu yang turut dikira sebagai kontak rapat termasuk

👉 Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes positif COVID-19 TANPA memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
👉 Individu yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19
👉 Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 misalnya di pejabat atau di dalam kelas
👉 Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan dan menghubungi kontak rapat untuk pengambilan ujian saringan COVID-19.

Home Surveillance Order (HSO) akan diberikan kepada

👨🏻👩🏻 Individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Patient Under Investigation (PUI)

atau

👨🏻👩🏻 Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti COVID-19 iaitu Person Under Surveillance (PUS)

Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO atau pemakaian gelang.

Walau bagaimanapun individu ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self quarantine) dan memantau status kesihatan masing-masing sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kontak Rapat ialah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Pihak petugas KKM akan menghubungi anda sekiranya anda adalah KONTAK RAPAT kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kes positif mengikut negeri (setakat 06/01/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 06/01/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)