Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sambutan Kesedaran Pendermaan Organ 2020.

Objektif sambutan ini adalah

Meningkatkan kesedaran masyarakat untuk ambil cakna tentang pendermaan organ
Menggalakkan masyarakat mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ
Memperingati serta menghargai sumbangan mereka yang menjayakan program pendermaan organ kepada keluarga penderma organ, anggota-anggota kesihatan, Majistrate, Polis Diraja Malaysia, BOMBA, Tentera Udara Diraja Malaysia dan lain-lain agensi yang terlibat.

#BersamaPenuhiIkrar
#malaysiaprihatin🇲🇾
#dermaorgan
Aktiviti Sambutan Kesedaran Pendermaan Organ Tahun 2020

🗓️ : Bermula 23 - 25 Okt 2020
Link : https://www.facebook.com/Khalifah.Media.Networks

Derma Organ Dalam COVID-19 (23 Okt 2020, 🕒 : 3 - 4 p.m)
Moderator : Akhi Fairuz Al Jengkawi
Sharing is Caring (24 Okt 2020, 🕒 : 12 - 1 p.m)
Moderator: Akhi Fairuz Al Jengkawi
Derma Organ Kacamata 4 Agama (25 Okt 2020, 🕒 : 2 - 3 p.m)
Moderator : Dj Rizz

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
Derma Organ : Menangani Cabaran dalam COVID-19

Saksikan dalam FB Live Khalifah Media Networks bermula pukul 3 hingga 4 petang bersama Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dari Hospital Kuala Lumpur dan Dr. Diana Mohd Shah, Pengurus (Klinikal) dan Penyelaras Perolehan Transplan Kebangsaan dari Pusat Sumber Transplan Nasional.

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
#sihatmilikku
Sambutan Kesedaran Pendermaan Organ.

Ikuti FB Live Derma Organ di Khalifah Media Networks.

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi dalam sesi kuiz yang akan diadakan dalam setiap slot FB Live bermula 23-25 Oktober 2020.

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
#sihatmilikku
DERMA ORGAN DALAM COVID-19
-
MODERATOR: AKHI FAIRUZ AL JENGKAWI
-
PANEL 1: DR DIANA MOHD SHAH
PANEL 2: DATUK DR. ALZAMANI M. IDROSE
-
23 OKTOBER 2020, 3-4 PM
#Bersamapenuhiikrar
#malaysiaprihatin🇲🇾
#Dermaorgan

https://www.facebook.com/dermaorgan/videos/388037138903272/
Sharing Is Caring

Saksikan perkongsian keluarga penderma organ dan kisah benar perjuangan penerima organ dalam FB Live Khalifah Media Networks bermula daripada pukul 12 hingga 1 petang bersama En. Ruslan Awang dan En. Lee Cheng Ho.

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
#sihatmilikku
Derma Organ dari kacamata 4 Agama

Saksikan perkongsian ini bermula daripada pukul 2 hingga 3 petang dalam sesi FB Live Khalifah Media Networks.

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
#sihatmilikku
WELLNESS TRUCK BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KE CAC KEPONG DI DEWAN SRI DELIMA DAN KAWASAN SEKITAR.

Hari ini, team hebahan ke CAC Kepong utk menyampaikan hebahan pasal pembudayaan norma baru dan vaksin covid19.

Ini adalah salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bersama-sama masyarakat memerangi wabak ini. Semoga semuanya cepat sihat seperti sedia kala.

Kalau anda nampak Wellness Truck KKM, jangan lupa lambai tanda sokongan.

#kitajagakita
#malaysiaprihatin
HARI INI TEAM HEBAHAN KE CAC TITIWANGSA DAN KAWASAN SEKITAR SENTUL.

Walaupun dah boleh beriadah sekarang ni, jangan lupa untuk terus patuh pada SOP yang telah digariskan. Jangan lupa amalkan 3W dan elakkan 3S ketika berada di tempat awam.

Pastikan bila anda selesai sahaja beriadah, terus bersihkan diri dan mandi kerana kita mungkin pembawa virus COVID-19 ke rumah.

Lindung diri, lindung semua.
#malaysiaprihatin
#MenangBersamaMharungiCOVID-19
Kenyataan Akhbar KPK 31 Ogos 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 18,465 kes (1,461,727 kes kumulatif, 83.7%);
• Kes baharu : 20,897 kes (1,746,254 kes kumulatif);
• Kes import : 1 kes (warganegara);
• Kes tempatan : 20,896 kes [18,326 warganegara (87.7%); 2,570 bukan warganegara (12.3%)];
• Kes aktif : 267,863 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,005 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 464 kes;
• Kes kematian : 282 kes [16,664 kes kumulatif, 0.95%;
238 warganegara, 44 bukan warganegara;
98 kes BID (63 warganegara; 35 bukan warganegara)];
• Jumlah kluster : 4,731 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 3,256 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 1,475 kluster.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan besar hatinya mengucapkan Hari Kebangsaan Ke-64 kepada semua warga Malaysia. Sempena hari yang bersejarah ini juga, KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang barisan hadapan dan petugas balik tabir yang telah bertungkus lumus berjuang menentang musuh Negara yang kini sedang mengancam dunia, iaitu COVID-19. Tidak dilupakan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tetap patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP). Bersama-samalah kita sebagai satu pasukan dalam memelihara kesejahteraan ibu pertiwi kita ini dengan segera mendapatkan vaksin bagi yang layak dan mematuhi SOP. Semoga Malaysia ‘merdeka’ daripada ancaman virus ini dan dapat segera hidup seperti sediakala.

Salam kemerdekaan. #MalaysiaPrihatin

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/08/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-ogos-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/