Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.

PKPB akan dilaksana di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam 13 Okt hingga 26 Okt.

@IsmailSabri60
Kes positif mengikut negeri (setakat 12/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 12/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 12th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (563)

SABAH-291
-28 kes kluster sedia ada
-4 kluster Kolong (baharu)
-259 kes dari lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-69
-57 kluster sedia ada
-6 saringan kontak rapat
-1 kluster Bah Tropicana (baharu)
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-4 dari lain-lain saringan

KL-28
-10 kluster Baiduri
-8 kluseter Bah Perdana (baharu)
-4 kluster Bah Kasturi (baharu)
-2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-2 saringan kontak rapat
-1 kluster Sungei Way
-1 import WN pulang dari Indonesia

N.SEMBILAN-12
4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 saringan kontak rapat
2 kluster Buang Sayang
1 kluster Selasih
2 kes dari lain-lain saringan COVID-19

KEDAH-10
5 kluster Tembok
3 kluster Bah Ketil
2 Kluster Bah Sintok

PERAK-4
2 kluster Tembok
2 saringan kontak rapat

JOHOR-2
2 kluster Rinting (baharu)

PUTRAJAYA-2
1 kluster Bah Kasturi (baharu)
1 kluster Selasih

LABUAN-2
1 kluster Bah Bundle
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

SARAWAK-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA-1
1 saringan kontak rapat
Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian dilaporkan hari ini. Kes ke 158 adalah warganegara dan berusia 85 tahun manakala kes ke 159 pula adalah bukan warganegara berusia 48 tahun.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Pengoperasian Perkhidmatan Kerajaan semasa PKPB.

- KSN -
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
COVID-19 : PERBEZAAN ANTARA PKPB, PKPD,& PKPDB

Sumber: Berita RTM


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kesihatan Mental Milik Semua

Dengarkan di KLfm 97.2 esok pada pukul 2.30 petang bersama Puan Norhaida Asma Mohd Hashim, Pegawai Psikologi dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 109 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 11,022 kes (67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 12 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 563 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,220 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,039 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 563 kes hari ini, Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 291 kes, namun ianya rendah berbanding semalam iaitu 488 kes. Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif iaitu sebanyak 141 kes, namun kesemuanya adalah daripada Kluster Penjara Reman di mana semua kes ini sememangnya terasing daripada masyarakat iaitu di dalam penjara.

Ingin dimaklumkan daripada 563 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu (1) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Indonesia, dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara Malaysia.

Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 498 kes adalah warganegara Malaysia dan 64 kes adalah bukan warganegara. Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 10 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 363 kes.

https://kpkesihatan.com/2020/10/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 12 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Penjelasan Mengapa PKPB Dilaksanakan di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber: MKN


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
KENYATAAN MEDIA

PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI SELURUH NEGERI SABAH, SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

https://www.facebook.com/552890381416295/posts/3591665280872108/

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
PERHATIAN !!
PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN DI RUMAH

Gelang HSO adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.

Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut. Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat.

Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporkan ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan COVID-19.

Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang HSO untuk kekal berada di rumah sangat dihargai.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)