Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
TRAGEDI OKTOBER.

Tahukah anda?

Sepanjang bulan Oktober ini, sebanyak 35 kempen derma darah bergerak Pusat Darah Negara dengan jumlah sasaran hampir 2500 pendermaan telah DITANGGUHKAN.

Bantu kami untuk bantu mereka yang memerlukan darah.

Marilah hadir menderma darah ke Pusat Pendermaan Darah Statik PDN dan Tabung Darah yang berhampiran bagi mengelakkan stok darah MENURUN ke paras kritikal.

KHUSUSNYA kepada penderma darah A & B , stok kumpulan darah anda telah MENURUN.

KAMI PERLUKAN DARAH ANDA!

Sebarkan maklumat ini kepada keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga anda. Jika anda tidak boleh menderma darah. Sekurang-kurangnya anda boleh membantu kami untuk mendapatkan penderma darah yang lain.

#jomdermadarah
#ikutiSOP
Sayu.. Hati ini makin sayu...
BEKALAN DARAH kepada PESAKIT DIBAWAH PARAS SELAMAT hari ini.

Tolong derma darah.
Pesakit memerlukan darah setiap hari.
Tidak kira bulan Ramadan atau Syawal..
PKP atau PKPB.
Darah masih digunakan oleh pesakit.

*Jika anda tidak mampu untuk menderma darah, tolong kami dengan menyebarkan maklumat ini kepada orang lain. Terima kasih.

#jomdermadarah
#patuhiSOP

Sumber: Pusat Darah Negara KKM
Jangan lupa temujanji kita malam ini dalam sesi Webinar Khas Sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 anjuran Perkhidmatan Transfusi Negeri Sarawak dan Pusat Darah Negara dengan kerjasama
#MedTweetMy pada 8.30 malam ini.

Tarikh: 19 Jun 2021 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Aplikasi: Zoom & FB Live

Topic: Keperluan Darah & Aktiviti Sukarelawan: Apa Rakyat Malaysia Perlu Tahu Semasa COVID-19?

Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/88351334644...

Meeting ID: 883 5133 4644
Passcode: CMEMTM

#unitpemasaranpdn
#wbdd2021
#jomdermadarah
#givebloodandkeeptheworldbeating
#pendermakonsisten

Sumber: Pusat Darah Negara KKM
Pusat Darah Negara (PDN) telah menggariskan kriteria asas untuk menderma darah.
Terima kasih kerana membantu menyelamatkan nyawa! ❤️

#JomDermaDarah
Anda berhasrat untuk menderma darah

Terdapat beberapa kriteria asas untuk menderma darah yang telah digariskan oleh Pusat Darah Negara (PDN). Jom kita semak kriteria tersebut.

Terima kasih kerana membantu menyelamatkan nyawa! 💪🏻

#JomDermaDarah