Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 11 April 2020.

Keseluruhan kes positif 4,530 dengan 44.04.% telah sembuh bersamaan 1,995 pesakit dan 1.61% atau 73 kematian.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 11 April 2020 adalah seramai 3 orang.
Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 73 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 11th April 2020, 12 pm

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Statistik terbaru COVID-19 di seluruh dunia.

Kematian terus meningkat di US, Itali dan Sepanyol.

Di rantau Asean, Indonesia, Filipina dan Malaysia rekod kematian tertinggi.

Namun, kadar kematian di negara kita antara terendah 1.6% dan kesembuhan antara tertinggi 44%.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan tinjauan berkaitan faktor-faktor yang menyumbang kepada pematuhan terhadap langkah pencegahan di kalangan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19.

Kerjasama dan Jasa baik anda amat kami hargai. Hanya *5-7minit* diperlukan untuk menjawab soal selidik ini.

Mohon jasa baik untuk panjangkan kepada kepada semua kaum keluarga, saudara mara, kawan kawan dan semua kenalan untuk mengisi soal selidik.

http://tiny.cc/KAJIANTPBCOVID-19

Terima kasih semua.

#dudukrumah
#KitaMestiMenang
#BreakTheChain
#StayAtHome
Jumlah pecahan kes mengikut Negeri dan Daerah sehingga jam 12 pm, 11 April 2020

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang
Alhamdulillah, pada hari ini 12 April 2020 (Ahad), seramai 41 pesakit positif COVID-19 daripada kalangan pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah selamat sembuh dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Mereka merupakan sebahagian daripada pesakit positif COVID 19 daripada kluster tabligh yang sebelum ini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April 2020. Para pelajar terbabit adalah pelajar lelaki berumur dari 14 hingga 29 tahun. Mereka telah terdedah kepada COVID -19 samada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac 2020 dan juga daripada persekitran masjid selepas perhimpunan.

Kesemua mereka tidak mengalami sebarang simptom dan 2 ujian swab saringan awal pada pertengahan Mac dan pada 24 Mac adalah negatif. Mereka telah dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan pada 2 April, keputusan ujian swab ke 3 yang di ambil pada 30 Mac adalah positif COVID-19. Para pelajar seterusnya dimasukkan ke HCTM bagi rawatan lanjut. Rawatan di HCTM berjalan lancar dan hanya seorang daripada mereka mengalami simpton batuk pada 5 April 2020 dan diberikan rawatan Hydrochloroquine. Kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada hari ini 12 April 2020.

​ Daripada aspek perubatan, saringan untuk diagnosis dan rawatan awal amatlah penting bagi memastikan pesakit positif COVID 19 berpeluang sembuh sepenuhnya. Kumpulan pelajar ini merupakan pesakit pada usia muda. Justeru proses penyembuhan dan prognosis mereka adalah lebih baik berbanding pesakit yang berusia ataupun yang menghidap penyakit kronik lain seperti hipertensi atau kencing manis. Walau bagaimanapun, mendapatkan rawatan di peringkat awal semasa di tahap 1 sehingga 3 adalah amat penting. Daripada aspek kawalan COVID-19, proses kuarantin awal dan isolasi di wad bagi kesemua 41 pelajar ini selepas didapati positif merupakan langkah yang amat penting. Di dalam kes ini, kesemua 41 mereka tidak mengalami sebarang simptom tetapi mampu untuk menjangkiti dan menyebarkan COVID-19 kepada masyarakat sekeliling tanpa menyedari mereka telah dijangkiti. Justeru, keperluan kepada proses pengesanan, kuarantin, isolasi dan rawatan awal merupakan langkah tepat membantu proses penyembuhan, menyekat penyebaran dan memutuskan rantaian jangkitan COVID -19, mengambil contoh pengurusan kesemua 41 pelajar tahfiz ini.

- KPK KKM -
Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 12 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 153 orang.
Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,683 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai 113 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,108 kes

Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 66 orang dan 37 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 3 orang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 76 kes.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Status #COVID19Malaysia sehingga jam 5 petang pada 12 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 4,683 kes dengan 45.01% telah sembuh bersamaan 2,108 pesakit dan 1.62% atau 76 kematian.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
TERKINI #COVID19Malaysia, 12 April 2020.
Bilangan kes pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah sebanyak 153 kes
Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 2,108 kes bersamaan dengan 45.01% kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua!

#StayatHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 12 April 2020 adalah seramai 3 orang.
Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah seramai 76 orang.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 12th April 2020, 12 pm

#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
#KitaTeguhKitaMenang