Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8am, 16 Mac 2020.

Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang.

Filipina, walaupun jumlah kes 140, kematian agak tinggi (11) dgn kadar kematian 7.9%.
Amalkan 7 langkah mencuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

1. Basahkan tangan dan ratakan sabun
2. Gosok kedua-dua tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok dengan kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
7. Keringkan tangan dengan tisu

Anda mampu untuk mengubahnya.
Hadapi jangkitan COVID-19 dengan tenang.
Jangan panik. Sentiasa patuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bersama mencegah penularan COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
COVIDー19 Ringkasan situasi terkini di Malaysia, 16 Mac 2020.

KKM telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia. - Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato' Sri Dr Adham Baba
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH MANGSA COVID-19

Setelah mendapat titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, maka saya mengumumkan bahawa:

Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, mesyuarat telah mengambil ketetapan berikut:

a. Semua aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan bermula 17- 26 Mac 2020. Jawatankuasa masjid dan surau disarankan untuk membuat operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan. Tempoh sepuluh (10) hari berkenaan adalah tertakluk kepada nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

b. Sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia. Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah. Jenazah boleh diuruskan melalui prosedur tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang membalut jenazah tersebut.

c. Bagi pelaksanaan perihal (a) dan (b), Muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

Dengan titah perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, pelaksanaan perihal (a) dan (b) juga adalah terpakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Sekian.

SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
16 MAC 2020
COVID-19.

Selain dari menghubungi talian CPRC Kebangsaan, anda juga boleh menghubungi CPRC di Jabatan Kesihatan Negeri.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 16th March 2020, 5 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
TERKINI: 125 lagi kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia, 16 Mac 2020.

95 drpd 125 kes ini berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

Keseluruhan 553 kes setakat ini:
1. 511 sedang dirawat (12 ICU)
2. 42 telah sembuh

KKM telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia.

#COVIDー19 Lebih 800 jururawat baru akan diambil oleh KKM sebagai persediaan menghadapi kemungkinan penularan jangkitan menjadi lebih serius.

Jururawat secara lantikan kontrak dua tahun ini adalah lepasan institut latihan KKM.

KKM mempunyai 926 unit ventilator di ICU, non-invasive 152 unit, transport ventilator 142 unit, manakala sektor swasta ada 450 unit. KKM juga sedang dapatkan 800 unit ventilator baru.
Sebanyak 553 kes COVID-19 di Malaysia setakat 16 Mac 2020 termasuk 42 kes yang telah sembuh.

Kebanyakan kes gelombang kedua ini adalah dari kes kluster yang sama iaitu kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Tugas pengesanan peserta dan kontak rapat kepada peserta yang disah positif masih berjalan bagi membendung daripada terus merebak.
Saksikan YB Dato’ Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia yang akan menjadi tetamu undangan Rancangan Agenda Awani di TV Astro Awani bagi membicarakan topik Perkembangan Semasa Gejala COVID-19 jam 9 malam, hari ini 16 Mac 2020. Jangan lupa untuk menonton rancangan ini.
Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenai situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia pada jam 10, malam ini (Isnin, 16 Mac 2020).

Pengumuman ini akan disiarkan secara langsung di semua stesen tv.
KKM menggesa agar:

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

2. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. KKM menasihatkan Orang ramai tidak melancong keluar negara terutamanya negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

Amalkan langkah-langkah pencegahan dan jaga kebersihan diri.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2760016174117817&id=100003283858364

- KPK KKM -
Di Malaysia, didapati terdapat pertambahan kes COVID-19 yang ketara sepanjang minggu lepas. Mengambil kira situasi terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa KKM telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu late containment. Dalam tahap pembendungan akhir, ia bertujuan untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih serius di Malaysia.

4 PHASE

Dalam masa yang sama, KKM juga dalam persediaan untuk memasuki tahap mitigasi kelak. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:

i. Menjadikan Hospital Sungai Buloh sebagai “admitting hospital” khusus untuk kes positif COVID-19;
ii. Meningkatkan kapasiti dan kapabiliti makmal untuk menjalankan pengesanan jangkitan COVID-19;
iii. Mengenal pasti pusat-pusat kuarantin di seluruh negara; dan
iv. Bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan fasiliti swasta dalam pengurusan kes COVID-19.

https://kpkesihatan.com/2020/03/16/kenyataan-akhbar-ybmk-16-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN ISU-ISU BERHUBUNG PENULARAN JANGKITAN WABAK COVID-19 DI PREMIS KERAJAAN

🔴Garis Panduan pengendalian isu-isu berhubung penularan jangkitan wabak covid-19 di premis kerajaan berserta soalan lazim yang boleh dicapai di pautan berikut:-
https://www.jpa.gov.my/pengumuman/1192-surat-edaran-jpa-800-1-6-4-2

🔴Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Ketua Jabatan dan pegawai dalam usaha mengawal penularan jangkitan wabak COVID-19.

🔴Garis Panduan ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu kesejahteraan pegawai, pengendalian kebersihan di premis Kerajaan dan pengurusan pelanggan.

-JABATAN PERKHIDMATAN AWAM-
16 Mac 2020