Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan garis panduan bagi Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) untuk membantu pengurusan sekolah di bawah KPM.

Mengambil kira status semasa penularan Covid-19 di Malaysia yang telah memasuki gelombang ke-2 ini ,dan selaras dengan lockdown di Denmark diputuskan;

1.Sekatan perjalanan sepenuhnya kesemua rakyat Denmark dan warganegara asing lain yang datang dari negara tersebut daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana pintu masuk.

2.Rakyat Malaysia adalah dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Denmark sekiranya perjalanan berkenaan tidak mendesak atas faktor risiko mendapat jangkitan semasa berada dinegara terbabit.

3. Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Denmark akan dikenakan perintah 'home quarantine' 14 hari.

Kesemua perintah ini berkuatkuasa 14 Mac 2020.
Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia - 13 Mac 2020

Penangguhan Program Sukan dan Aktiviti KoKurikulum Berikutan Penularan Jangkitan Novel COVID-19
#COVID19 Statistik terkini WHO dikemaskini jam 8am 13 Mac 2020.

Kematian di Itali melebihi 1,000 org manakala di Sepanyol (84) kematian melebihi Korea Selatan (61).

Di ASEAN, tiga negara catat kematian - Filipina, Thailand dan Indonesia.

#COVID19 adalah #pandemic
Nasihat kepada Ibu Bapa semasa Cuti Sekolah.

Tangguhkan percutian ke negara-negara berwabak COVID-19
Sekiranya bergejala, elakkan tempat tumpuan orang ramai dan berehat di rumah.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kontak Rapat ialah individu yang mempunyai kontak secara langsung kepada pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.

Pihak petugas KKM akan menghubungi anda sekiranya anda adalah KONTAK RAPAT kepada pesakit yang disahkan positif COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Adik-adik jangan terlalu happy tau cuti sekolah ni...cuti ni manfaatkan masa terluang duduk di rumah je sambil mengulangkaji pelajaran dan siapkan kerja rumah yang cikgu bagi...bukan apa keadaan COVID-19 sekarang sangat membimbangkan kita...apa kata setiap petang ajak mak ayah laksanakan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes di dalam dan luar rumah kita...kan bermanfaat tu...kita risau COVID-19 boleh membawa maut sedangkan AEDES tu tggu masa je nak ragut nyawa kita...TAK TAKUT KE NGAN AEDES TU????

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CaridanMusnah
Pesanan kepada peserta Ijtimak Tabligh yang diadakan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Channel name was changed to «Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia»
Satu perutusan khas mengenai #COVID-19 akan disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 9.00 malam, 13 Mac 2020.

Siaran ini boleh ditonton di saluran Astro Awani, Bernama TV, RTM dan TV3.
Teks Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia berkaitan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia.

https://www.facebook.com/112183975526837/posts/2847823028629571/
Kenapa kami menekankan utk hubungi kami terlebih dahulu? ini kerana kami tidak mau semua orang berpusu-pusu ke hospital dan mengakibatkan kesesakkan yang tidak sepatutnya di dalam kawasan hospital. kami juga tidak mau pendedahan penyakit kepada pesakit dan orang awam yang lain.

Sila beri kerjasama untuk menghubungi kami terlebih dahulu utk sebarang pertanyaan dan konsultasi berkaitan Covid-19.

Kepada mana-mana individu yang baru pulang dari luar negara, sila hubungi kami utk konsultasi.

Kami sedia membantu.

Atau hubungi CPRC Negeri Sabah: 088-219455 / 088-512531 / 088-512533 di luar waktu operasi.
Bermula hari ini, rakyat dari Iran, Itali dan Republik Korea tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Warganegara lain yg datang dari tiga negara itu juga tidak dibenarkan masuk dan tidak dibenarkan transit di pintu masuk antarabangsa.

Sekatan yang telah diumumkan sebelum ini, kekal.
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 13 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 39 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya.

Dengan pertambahan 39 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 197 kes. Daripada kes baharu ini, sebanyak 38 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19 dan satu (1) kes dari kalangan kontak rapat. Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes telah dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi. Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral.

https://kpkesihatan.com/2020/03/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Langkah pencegahan COVID-19 di pusat beli-belah dan kenderaan awam.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk