Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 24th February 2020, 3 pm
AlhamdulilLah!

2 lg kes COVID-19 pulih sepenuhnya & discaj hari ini. TIADA kes +ve baru.Palms up together

Kes-14 & Kes-19 sblm ini dirawat di HKL.
Jumlah yg tlh pulih sepenuhnya & discaj hingga hari ini 20 org.

2 masih dirawat di wad dan stabil.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan Malaysia
24 Februari 2020
TERJEMAHAN TEMU BUAL DENGAN KES 14 DAN KES 19 COVID-19 DI MALAYSIA SETELAH DIDISCAJ DARIPADA WAD ISOLASI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) PADA 24/2/2020

1) Apakah perasaan anda apabila doktor memaklumkan anda pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19?

Kes 14 :
Saya berasa sangat gembira. Saya berasa sangat bertuah kerana keadaan hospital sangat selesa berbanding dengan hospital di China yang sangat sesak dengan pesakit- pesakit.

Kes 19:
Saya berasa terkejut kali ini kerana selalunya mendapat berita yang keputusannya adalah positif


2) Bagaimana pula perasaan anda sebelum ini apabila anda disahkan positif jangkitan COVID-19?

Kes 14:
Saya sudah menjangkakan yang saya akan menjadi positif kerana demam saya berpanjangan sejak tiba di Malaysia. Saya berasa sangat takut kerana terdapat kawan saya di China yang telah didapati positif dan ada juga daripada mereka yang perlu bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Kes 19:
Saya tidak terkejut kerana kawan saya (Kes 14) sudah didapati positif. Dia sudah menjangkakan yang dia juga akan positif untuk COVID-19.


3) Bagaimanakah layanan pihak hospital kepada anda semasa menerima rawatan di wad?

Kes 14:
Layanan staf HKL adalah baik. Saya merasakan Malaysia amat maju berbanding dengan sesetengah negara yang lain.

Kes 19:
Layanan staf HKL adalah sangat baik dan memuaskan


4) Apakah nasihat anda kepada orang ramai berkaitan dengan penyakit COVID-19?

Pesakit-pesakit hendaklah mendengar nasihat doktor supaya penyakit ini tidak tersebar, contohnya jikalau ada gejala, hendaklah mengelak daripada keluar ke kawasan awam dan hendaklah sentiasa memakai topeng muka.


5) Apakah yang anda ingin ucapan kepada Kerajaan Malaysia?

Kami berterima kasih dengan staf HKL dan kerajaan Malaysia kerana layanan sangat baik dan tidak ada perasaan stigma terhadap kami.

https://www.facebook.com/170501559668050/posts/3097655716952605/

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Telur nyamuk boleh tahan kekeringan tanpa air selama 6 bulan!

#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sekolahku bebas jentik-jentik.

Ayuh cari dan musnahkan tempat pembiakan Aedes segera!

#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik terkini COVID-19 seluruh dunia (kemaskini 6 petang, 24 Februari 2020)

Korea Selatan menjadi negara pertama di luar China yang mencatat lebih 800 kes jangkitan COVID-19 dan merekodkan 7 kematian.

Itali turut catat kenaikan mendadak dari segi jumlah kes dengan 157 kes dan merekodkan 3 kematian.

Statistik KKM adalah mengikut statistik dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.
Pesakit kes ke-20 yang telah sembuh dari COVID-19 telah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana telah menjaga dan merawat beliau hingga sembuh.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Ketagih Jeruk.

Saksikan dalam rancangan Mingguan Wanita di Astro Prima pada pukul 12.00 tengah hari bersama Pn. Nurul Zaiza Zainuddin.

#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Tip pengendalian emosi untuk petugas kesihatan / frontline.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik terkini COVID-19 seluruh dunia (kemaskini 8 pagi, 25 Februari 2020)

Jangkitan ini telah menular ke lima (5) lagi negara baru iaitu Iraq, Kuwait, Bahrain, Afghanistan dan Oman. Kesemua kes ini dijangkiti dari Iran.

Di China, enam (6) wilayah telah menurunkan tahap amaran daripada tahap 3 (amaran) kepada tahap dua atau satu.

Statistik KKM adalah mengikut statistik dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (25 Februari 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (25 February 2020, 3 pm).

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia ... Numbers at a glance as of 25th February 2020, 3 pm

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Jantung Terhenti.

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Jayakhanthan Kolanthaivelu, Pakar Kardiologi dari institut Jantung Negara.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik terkini COVID-19 seluruh dunia (kemaskini 6 petang, 25 Februari 2020)

Statistik KKM adalah mengikut statistik dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.
Pertambahan negara baru bagi wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) iaitu negara Austria 2 kes, manakala 1 kes bagi negara Algeria, Croatia dan Switzerland.
Ini menjadikan jumlah negara yang dijangkiti berjumlah 38 negara pada masa kini.

Statistik terkini COVID-19 seluruh dunia (kemaskini 8 pagi, 26 Februari 2020)

Statistik KKM adalah mengikut statistik dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Austria, Croatia, Algeria, and Switzerland are the latest countries to be reported of having new cases of COVID-19 infection. Austria have 2 cases while the remaining three recorded their first case each.

Worldwide current statistics of COVID-19 (updated at 8 am, 26th Feb 2020)