Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Seorang lagi pesakit penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) telah sembuh dan discaj dari Hospital Permai, Johor pada 15 Feb 2020.

Pesakit adalah wanita warganegara China berusia 59 tahun dan merupakan pesakit bagi kes ke-15.

Terima kasih dan syabas kepada pasukan perubatan KKM.

Patient 15 have been recovered and discharged, bringing the total 8.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
ISTIMEWA SIARAN MAJALAH 3 MALAM INI

Terima kasih kepada pihak TV3 yang akan menyiarkan topik vaksinasi di negara ini, dalam Majalah 3, yang akan bersiaran malam ini.

Anda boleh mengikuti pandangan Dato' Dr Musa Nordin, Pakar Perunding Kanak-kanak yang tersohor berkenaan isu vaksinasi. Ada juga perkongsian daripada NPRA, sebagai pihak yang memantau keselamatan vaksinasi.

Tapi yang paling meruntun hati, ialah kisah seorang ibu yang mengalami kematian anak bongsunya akibat difteria.

Boleh juga ikuti pengalaman Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga dari KKM yang berpengalaman berdepan dengan golongan antivaksin di klinik mahupun di media sosial.

Jadi, jangan lupa, malam ini,
Majalah 3, jam 9 malam, di TV3.
Status terkini pada jam 10.00 pagi, Isnin, 17 Februari 2020 bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes dan 8 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 10.00 am Monday (Feb 17, 2020)

Worldwide current cases and death statistics by WHO.

In Malaysia, there are 22 cases of COVID-19 including 8 who have been cured and discharged.
Seorang lagi pesakit bagi penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) telah pulih sepenuhnya dan discaj dari Hospital Sungai Buloh pada 17 Februari 2020.

Pesakit adalah lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun (kes ke-9).

Terima kasih dan syabas kepada pasukan perubatan KKM.

One (1) patient has been cured and discharged from Sungai Buloh Hospital on 17th Februari 2020. He was the first Malaysian (Case no. 9) to be tested positive of COVID-19 on 4th February 2020.
Rakyat tempatan pertama yang positif #COVIDー19 telah sembuh sepenuhnya dan discaj dari Hospital Sungai Buloh, hari ini, 17 Februari 2020.

Lelaki kes ke-9 berumur 41 tahun itu disahkan positif pada 4 Februari 2020.

Ini menjadikan 9 pesakit telah sembuh dan discaj setakat ini.
Rakyat pertama Malaysia yang telah dijangkiti COVID-19, telah sembuh dan discaj dari Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh sebanyak 9 orang.

Status terkini pada jam 6 petang , 17 Februari 2020 (Isnin) bagi kes COVID-19 diseluruh dunia.

Kes COVID-19 di Malaysia masih kekal 22 kes.

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes COVID-19 dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as at 6 pm, Monday (Feb 17, 2020)

Worldwide current cases and death statistics by WHO.

In Malaysia, there are 22 cases of COVID-19 including 9 who have been cured and discharged.
Kes COVID-19 yang disahkan di Malaysia (18 Februari 2020).
Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia (18 February 2020)
SIRI 1 : LANGKAH PENCEGAHAN KECEDERAAN KANAK-KANAK BERUSIA 1-6 TAHUN

Tahukah anda, pada ketika usia kanak-kanak 1 hingga 6 tahun, risiko mendapat kecederaan adalah tinggi kerana tahap kebolehan mereka pada waktu tersebut.

Sebelum kita kenal pasti apa langkah pencegahan yang boleh diambil, ketahui dulu kebolehan anak-anak anda pada usia tersebut.

Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
SIRI AKHIR : LANGKAH PENCEGAHAN KECEDERAAN KANAK-KANAK BERUSIA 1-6 TAHUN

Hai semua, semalam dah tahu kan apa kebolehan anak-anak pada usia 1-6 tahun?

Hari ini admin bagi pula risiko yang mungkin boleh berlaku dan langkah pencegahannya..

Jom check!

Sumber: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga