Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🧠🧠 Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin bertambah dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar penderma selepas kematian masih sedikit.

Program Jom Ikrar Derma Organ diperkenalkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat berkaitan pendermaan organ selepas kematian sejak 1999 oleh Pusat Sumber Transplan Nasional.

Kini orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera.

Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ.

#JomIkrar
#DermaOrgan