Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
🧠Kematian Otak
❤️Kematian Jantung Terhenti

Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti pula adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Ayuh #KeluargaMalaysia bersama-sama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Ayuh serlahkan bakat kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan TikTok Kesedaran Pendermaan Organ.

Imbas kod QR disediakan atau layari pautan ini https://bit.ly/pertandingantiktokdermaorgan untuk syarat pertandingan dan borang penyertaan.

Tarikh tutup penyertaan adalah 23 Jun 2022.

🎁Hadiah wang tunai menanti pemenang
🥇RM400
🥈RM300
🥉RM200
🏅RM200

Layari TikTok Derma Organ https://vt.tiktok.com/ZSdstF9By/

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknadermaorgan
#dermaorgandeminyawa
#tiktokdermaorgan
#OrganDonation
#organdonationawareness
#sihatmilikku
𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 & 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐃𝐔𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Pasti ramai tertanya-tanya apakah prosedur pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan di Malaysia.

Ayuh lihat infografik yang disediakan untuk mengetahui secara asas berkaitan prosedur yang dijalankan untuk pendermaan organ selepas kematian.

Pendermaan organ selepas kematian akan dijalankan dengan penuh hormat setelah mendapat kebenaran waris.

Maklumkan hasrat murni kita berikrar sebagai penderma organ selepas kematian supaya mereka mengetahui hasrat kita apabila tiba masanya kelak.

Kepada yang belum mendaftar, ayuh daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

'DERMA ORGAN ANUGERAH KEHIDUPAN'

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknadermaorgan
#OrganDonation
#organdonationawareness
#sihatmilikku
🔊𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Negeri Perak

📆 16 & 17 Julai 2022
7.30 pagi hingga 6.00 petang
📍 Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku