Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pada 31 Januari 2020, Rancangan Assalamualaikum dari TV Alhijrah telah membuat panggilan telefon kepada Dr. Alif Adlan Mohd Thabit bagi membincangkan mendapatkan penjelasan berkenaan penularan berita palsu berkenaan Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Kepada yang terlepas menonton rancangan tersebut, boleh tonton di sini.

https://m.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=5UeJiqQo0Xs

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan rasmi Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, situasi terkini Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.

Dua kes baharu termasuk seorang warga Malaysia disahkan positif menjadikan 10 kes, setakat ini.
Sinar harapan kepada pesakit kanser

Pesakit kanser atau penjaga kepada pesakit sudah tentunya mahukan rawatan yang terbaik bagi mengubati penyakit tersebut. KANSER merupakan satu penyakit kronik yang memerlukan pemantauan berterusan dan rawatan komprehensif daripada pengamal perubatan. Ini bermakna ia bukan boleh dirawat dengan hanya menelan 1 biji kapsul yang dibeli di media sosial. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat kanser yang terdapat di Intenet. Dapatkan rawatan segera di hospital.

Ayuh sayangi nyawa anda! Jangan dedahkan diri kepada risiko pembelian ubat online!

Sebarang iklan ubat yang berkait dengan pencegahan dan rawatan KANSER adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.

Jika sabit kesalahan, PENGIKLAN boleh dijatuhi hukuman tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali!

Jadilah penjual yang bertanggungjawab. Janganlah memberi harapan palsu kepada pembeli.

World Cancer Day 2020!

#biarbetuliklanni
#adaKKLIUbaruOK
#jualubatberdaftar

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my


Sumber👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2563142110588692&id=1796369947265916
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PESAKIT YANG DISAHKAN 2019-nCoV DI HOSPITAL SULTANAH MALIHA LANGKAWI, TELAH DIBENARKAN PULANG

Pada 29 Januari 2020, satu (1) kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara China telah dilaporkan positif bagi jangkitan 2019-nCoV dan dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Dalam tempoh rawatan dan pemantauan ini, sampel klinikal telah diambil semula sebanyak dua kali berturut-turut.

Hasil ujian pengesanan ulangan 2019-nCoV yang dijalankan ke atasnya sebanyak dua (2) kali ini, telah didapati negatif. Beliau kini berada dalam keadaan sihat dan telah dibenarkan pulang.

Kes ini menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut dilaporkan di negara China. Tanggapan ramai bahawa penyakit ini pastinya membawa maut kepada mereka yang menghidapnya adalah tidak tepat.

KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang.

(Kebenaran telah diberikan oleh keluarga untuk penerbitan)
Polio : Spread Cycle

The virus is transmitted to people mainly through contaminated water and food by faeces.

#polio
#sihatmilikku
#walkthetalk
Tangani Kusta.

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi nanti.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Situasi Terkini Jangkitan 2019-nCoV Dan Pengesanan Kes Baharu di Malaysia.

Dua lagi kes positif #novelcoronavirus2019 melibatkan rakyat Malaysia iaitu seorang lelaki berumur 41 tahun dan anaknya 9 tahun yang dibawa pulang dari Wuhan pada 4 Feb 2020.

Keseluruhan kes positif di Malaysia ialah 12 kes termasuk tiga warga Malaysia.

Rujuk kenyataan rasmi KKM.
Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
Kanser Payudara.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.30 pagi di TV 1.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Masyarakat perlu waspada dengan Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Alif Adlan Mohd Thabit.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
Senarai Hospital dan Makmal Kesihatan Awam bagi menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk