Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Cara penggunaan penutup mulut dan hidung dengan betul.

Ambil langkah berjaga-jaga dan tingkatkan kebersihan diri bagi menangani Coronavirus (2019-n-CoV).

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia mengenai Situasi Terkini Jangkitan 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
Penggantungan sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya.

Ikuti Kenyataan Akhbar Pejabat Perdana Menteri Malaysia.
Kejadian kluster jangkitan 2019-novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sehubungan itu, tatacara pengendalian kes-kes disyaki yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah pun dikeluarkan sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV.

Salah satu daripada langkah kesiapsagaan tersebut adalah mengenalpasti sebanyak 26 buah hospital KKM di seluruh negara bagi mengendalikan kes-kes disyaki yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSA JB) merupakan hospital rujukan bagi kes-kes yang disyaki dan disahkan positif 2019-nCoV bagi negeri Johor.

Bagi memastikan penggunaan fasiliti KKM sedia ada yang optimum, kes-kes yang disyaki atau disahkan positif 2019-nCoV dan berada dalam keadaan stabil akan dirawat dan dipantau oleh Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit HSA JB di wad isolasi Hospital Permai, JB. Hospital Permai mempunyai kemudahan fasiliti yang amat baik serta dikawal rapi oleh polis bantuan bagi memastikan tiada pencerobohan oleh mana-mana pihak yang tidak berkenaan. Namun sekiranya terdapat kes-kes yang kritikal dan memerlukan rawatan dan pemantauan rapi, satu wad isolasi khas telah pun dikenalpasti untuk digunakan di HSA JB.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan

Bacaan penuh disini>>
https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3027766567247211/?d=n
DG of Health Newsflash

Pada pagi ini YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Menteri Besar Negeri Johor telah diberikan taklimat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengenai langkah-langkah kesiapsagaan dan respons pihak kesihatan di peringkat negeri bagi menghadapi kluster jangkitan 2019-novel coronavirus (2019-nCoV).

Tatacara mengendalikan kes-kes disyaki yang melibatkan fasiliti kesihatan awam dan swasta telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai rujukan kepada semua anggota kesihatan di lapangan bagi mengesan, mengendali dan menguruskan individu yang disyaki dijangkiti 2019-nCoV.

Di antara perkara yang dibincangkan sebentar tadi termasuk mengenai pengendalian kes yang disyaki dan disahkan positif 2019-nCoV, pelaksanaan Perintah Pemantauan dan Pengasingan kontak rapat kes yang positif 2019-nCoV, keperluan aset dan sumber manusia, serta kerjasama rapat KKM dengan Kerajaan Negeri Johor dan agensi-agensi yang berkaitan termasuk pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.

Mengambil kira situasi semasa, KKM terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit 2109-nCoV ini. Kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital KKM yang telah dikenalpasti untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes. Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China. Ini adalah selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Orang ramai diminta untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari pihak berkuasa dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan masyarakat. Sila beri kerjasama bagi memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan dengan berkesan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
KP Kesihatan

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3027732430583958/?d=n
Bagi yang mendengar Radio Era dalam perjalanan ke pejabat esok, Geng Johara Pagi Era akan berhubung dengan Dr. Nor Arisah bt. Misnan, Pakar Perubatan dan Penyakit Berjangkit dari Hospital Sungai Buloh pada pukul 7.10 pagi.

Dengarkan esok untuk mengetahui keadaan terkini di hospital dan langkah pencegahan Novel Coronavirus (2019-nCoV).

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Video mengenai penyediaan sampel klinikal 2019-nCoV bagi penghantaran ke Makmal Kesihatan Awam dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
Saksikan rancangan Sinar Live dalam tajuk Coronavirus: Perlu ke Panik? bersama Dr Wan Nuraini Wan Mohamed Noor dari Bahagian Kawalan Penyakit pada 28 Januari 2020, Selasa jam 6 petang.
Do you know Coronavirus (2019-nCoV) is a new virus with no available vaccine or medicine?

Here are 3 simple ways to prevent transmitting virus to others.

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kenyataan akhbar pada 28 Januari 2020 oleh Menteri Kesihatan Malaysia berkenaan Situasi Semasa Jangkitan 2019-nCoV di Malaysia dan Kesiapsiagaan KKM menghadapi penularannya.
Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Kepada yang terlepas untuk menonton sesi perkongsian ini semalam dalam rancangan Mingguan Wanita, boleh tonton di sini.

https://www.facebook.com/myhealthkkm/videos/479062616072930/

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Perlukah barang yang saya terima dari negara China melalui proses 'sanitizing' selepas terjadinya wabak Novel Coronavirus?
Status terkini jumlah kes jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Novel Coronavirus.

Sehingga kini berdasarkan siasatan WHO dan juga pihak-pihak yang terlibat, cara jangkitan virus ini kepada manusia masih belum dikenal pasti!

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sambil berhibur dan bergosip.. isu kesihatan tidak dilupakan.

Dr. Siti Aisah Mokhtar akan berkongsi tentang isu Novel Coronavirus (2019-nCoV) dalam rancangan Meletop di saluran 104 Astro Ria pada pukul 9.00 malam nanti. Jangan ketinggalan!

#coronavirus
#2019nCoV
#sihatmilikku
#walkthetalk