Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 16,814 kes (1,880,736 kes kumulatif, 89.0%);
Kes baharu : 14,345 kes (2,112,175 kes kumulatif);
Kes import : 43 kes (27 warganegara; 16 bukan warganegara);
Kes tempatan : 14,302 kes [13,072 warganegara (91.4%); 1,230 bukan warganegara (8.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,167 kes (906 kes COVID-19; 261 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 636 kes (407 kes COVID-19; 229 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,305 kluster;
Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,970 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,335 kluster.

Daripada 14,345 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,
212 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
14,133 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA)

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan dan YB Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) dalam program “Kick-Off” Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) pada hari ini, KKM menyasarkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah dengan selamat.

Usaha ini bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah;

Statistik menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak (0-18 tahun) di Malaysia adalah membimbangkan.
Turut membimbangkan adalah statistik kematian di mana 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak telah dilaporkan pada tahun 2021 (sehingga 19 September 2021) berbanding enam (6) kematian pada tahun 2020.
Justeru, KKM menyasarkan supaya;

60% daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu (1) dos vaksin menjelang bulan November 2021; dan
80% daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun DAN ke atas untuk divaksinasi. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing DAN melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

Institusi-institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar institusi masing-masing melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk kanak-kanak yang berada di institusi masing-masing oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Bagi kanak-kanak di luar institusi, pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera adalah diperlukan.

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan-kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan danpulih dalam masa yang singkat (self-limiting). Walau bagaimanapun,KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 tersebut.

Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian kepada kanak-kanak selepas mendapat suntikan vaksin COVID-19;

Kemungkinan sakit dan bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil, dan demam;
Radang jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) adalah kesan yang sangat jarang berlaku, di mana;
Kebiasaannya berlaku selepas menerima dos kedua;
Kebiasaannya berlaku beberapa hari selepas divaksinasi;
Lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki;
Walau bagaimanapun, risiko myocarditis dan pericarditis ini adalah lebih rendah berbanding risiko untuk berlaku radang jantung yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, di mana ianya adalah 37 kali ganda lebih tinggi;
Ibu bapa perlu mengawasi gejala-gejala awal seperti sakit dada, kesukaran bernafas, dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan dan rawatan; dan
Pengawasan perlu dilakukan supaya kanak-kanak tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi.
Sekiranya ibu bapa dan penjaga terdapat sebarang pertanyaan tentang program vaksin COVID-19 ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan kanak-kanak atau pegawai perubatan yang bertauliah bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PICK Remaja ini, KKM juga memohon kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pertahanan Malaysia (ATM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan lmigresen Malaysia (JIM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam melancarkan proses pemberian vaksin
COVID-19 di institusi dan populasi di bawah jagaan mereka.

Kejayaan negara dalam memerangi pandemik COVID-19 ini bergantung bukan sahaja kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, namun ianya juga memerlukan sokongan serta kerjasama padu daripada seluruh lapisan masyarakat. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Walaupun dengan liputan vaksinasi yang menyeluruh kelak, masyarakat perlulah sentiasa mematuhi SOP sedia ada dan mengamalkan norma-norma baharu agar seluruh sektor ekonomi dan sosial di negara ini dapat dibuka dengan selamat.

- KPK KKM -
Fully vaccinated travellers now have the option to quarantine at home when they arrive in Malaysia. Please visit moh.gov.my from 21 September at 8AM to apply.

Travellers arriving from 28 September are also required to apply through the new portal.
COVID-19 : Persediaan Vaksinasi Remaja

Dengarkan di Gegarfm pada pukul 7.30 pagi esok bersama Dr. Don Ismail Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
The Clock is Ticking! It's Time to End TB.

Tune in to Traxxfm at 10.15 am with Dr. Wan Muhammad Zainol Zakaria, Principal Assistant Director from Disease Control Division, MOH.

#sihatmilikku
Kenali Penyakit Tibi

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 11.15 pagi bersama Dr. Asmah Razali, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 20 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.93. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Fully vaccinated travellers who wish to request for home quarantine after arriving in Malaysia from overseas, can make your application 7-10 days before arrival here.
Dapatkan rehat yang secukupnya, perhatikan kesan sampingan dan elakkan aktiviti fizikal berat selama seminggu selepas vaksinasi.

Get ample rest, monitor side effects and avoid strenuous physical activities for a week after vaccination.

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JKJAV
Hentikan penularan COVID-19 di tempat kerja.

Amalkan norma baharu dan patuh SOP yang ditetapkan.

Jangan ke tempat kerja jika anda mengalami gejala COVID-19 atau ahli keluarga anda disyaki kes COVID-19 dan menunggu keputusan ujian.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4695437437174417

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)