Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
TAHNIAH!!!!!!🥳🥳🥳🥳
COMBI…….EJEN KESIHATAN KOMUNITI TERBAIKKKK!!!!!👍👍👍👍
Satu lagi Ejen Kesihatan Komuniti (EKK) COMBI Kampung Sungai Kayu Ara turut membantu Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan program berikut :

Program : Program Pemberian Vaksinasi COVID-19
Tempat : Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Kayu Ara, Selangor
Penglibatan : Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD PJ)/ Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) / Pejabat Adun Bandar Utama /MPKK-COMBI Kampung Kayu Ara Daerah Petaling
Tarikh : 4 hingga 5 September 2021

Seramai lebih kurang 1,000 orang komuniti telah hadir mendapatkan vaksinasi dos pertama dengan bantuan sukarelawan COMBI Kampung Kayu Ara. Sukarelawan sangat komited memberi bantuan dan memantau laluan pintu utama masuk dewan supaya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan sepenuhnya oleh setiap penerima vaksin yang hadir. Tanggungjawab merekod pendaftaran penerima vaksin juga diberikan kepada sukarelawan COMBI. Bagi melancarkan proses mendapatkan vaksin, sukarelawan juga ditugaskan sebagai penunjuk arahSecara keseluruhanya, program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh PKD Daerah Petaling dengan bantuan sukarelawan COMBI yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepenuhnya dalam program ini.

#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku
Untuk makluman, aplikasi MyUBAT hanya boleh digunakan untuk pengambilan ubat di hospital atau klinik kesihatan KKM.

Sila layari pautan berikut untuk menyemak senarai fasiliti KKM yang menyediakan perkhidmatan MyUBAT:

https://www.pharmacy.gov.my/myubat/
Maklum Balas Mengenai Kenyataan dan Video Yang Ditularkan Di Dalam Media Sosial Facebook Berkenaan Isu Pesakit COVID-19 Dimasukkan Di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang
Sehingga 13 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 16,073 kes (1,995,771 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,947 (643,580)
WPKL - 398 (180,466)
Sabah - 1,649 (175,512)
Johor - 2,030 (166,251)
Sarawak - 3,522 (160,320)
Kedah - 1,191 (119,118)
Pulau Pinang - 1,243 (109,505)
Kelantan - 1,070 (94,804)
Negeri Sembilan - 156 (94,623)
Perak - 1,011 (83,666)
Melaka - 206 (53,449)
Pahang - 878 (52,505)
Terengganu - 704 (43,505)
WP Labuan - 11 (9,887)
WP Putrajaya - 16 (5,748)
Perlis - 41 (2,832)

- KPK KKM -
Status terkini Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19, Pemberian Vaksin & Kes Baharu Sehingga 13 September 2021:

1) Kapasiti & Penggunaan Katil COVID-19 (Sehingga 12 September 2021, 5pm)
• Penggunaan katil Bukan ICU 75%
• Penggunaan katil ICU 83%

2) Peratus Kumulatif Pemberian Dos Vaksin COVID-19 (Sehingga 12 September 2021, 11:59pm)
• % Populasi Keseluruhan - 1 dos 65.4%
• % Populasi Keseluruhan - lengkap 52.6%
• % Populasi Dewasa - 1 dos 91.3%
• % Populasi Dewasa - lengkap 73.4%

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 13 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu 16,073 kes
• Bilangan kes kumulatif 1,995,771 kes

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 24,813 kes (1,746,526 kes kumulatif, 87.5%);
Kes baharu : 16,073 kes (1,995,771 kes kumulatif);
Kes import : 21 kes (8 warganegara; 13 bukan warganegara);
Kes tempatan : 16,052 kes [14,352 warganegara (89.4%); 1,700 bukan warganegara (10.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,312 kes (967 kes COVID-19; 345 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 698 kes (444 kes COVID-19; 254 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,153 kluster;
Jumlah kluster baharu : 32 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,709 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,444 kluster.

Daripada 16,073 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

233 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
15,840 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

https://kpkesihatan.com/2021/09/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-september-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Sepsis berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap jangkitan tetapi kegagalan mendapatkan rawatan secara berkala menyebabkan kerosakan pada tisu, kegagalan organ dan seterusnya kematian. Jangkitan yang berlaku berpunca daripada bakteria, virus, parasit mahupun kulat (fungi).

Setiap orang terdedah kepada sepsis terutamanya individu yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit kronik (diabetes) dan penghidap HIV.

Sempena Hari Sepsis Sedunia yang disambut pada 13 September setiap tahun, kenali sepsis dan amalkan langkah pencegahan untuk menghindarinya.
Today is World Sepsis Day.

Sepsis is a life-threatening medical emergency. It occurs when a person has an infection, and the body’s response causes injury to its own tissues and organs.

Anyone with an infection can develop sepsis, but some people are more at risk than others:
🔸Pregnant women
🔸Newborns
🔸The elderly
🔸People with chronic diseases or immunosuppression
🔸Hospitalized patients

Sources: WHO
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Whether you are vaccinated against #COVID19 or are still waiting, keep following these precautions to protect yourself and others:

Keep physical distance.
Avoid crowds.
🪟 Open windows when possible.

😷#WearAMask
👐🏽#WashYourHands

Sources: WHO Western Pacific Region
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti sebanyak 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Institute for Medical Research (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 38 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu
• 36 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
• Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,385 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,365 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,141 kes varian Delta, 211 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. Manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti dilampirkan.

- KPK KKM -