Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.99. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Chair Exercise

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Alor Setar esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Akram dan Coach Anis.

#kekalaktif
#sihatmilikku
Adakah Denyutan Jantung Anda Normal?

Dengarkan di sinarfm esok pada pukul 2.30 petang bersama Dr. Iskandar Mirza Amran, Felo Cardiologi & Pakar Perubatan Dalaman dari Institut Jantung Negara.

#sihatmilikku
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) telah mengenalpasti sebanyak 44 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) telah mengenalpasti sebanyak 59 kes yang kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,324 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,304 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, 4 kes varian Kappa, dan 3 kes varian Eta.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti dilampirkan.

- KPK KKM -
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, memandangkan dh lama kita dok dekat qumah, Jom sama-sama kita melakukan senaman "Chair Exercise". Senaman ni mudah sahaja, semua orang bole buat aihh!! Jangan dok bagi alasan sangat...Pulas Telinga stg kot!!

https://www.facebook.com/PromosiKesihatanPKDKS/videos/184194330410978/

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar
SELEPAS SRI SERDANG, KAMI BERGERAK PULA KE APARTMENT VISTA PINGGIRAN DAN KAWASAN SEKITAR DI SERI KEMBANGAN

Bermula hari ini, Selangor, Kuala Lumpur dah Putrajaya telah bergerak ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Mesti ramai yang dah rancang untuk ke sana sini kan? Peringatan mesra, ke mana pun destinasi anda, jangan lupa terus patuh pada SOP walaupun anda sudah lengkap divaksinasi.

Nak dengar Pesanan Makcik Kiah tentang Dine In di Premis Makanan? Klik link https://www.infosihat.gov.my/multimedia/video/item/pesanan-makcik-kiah-dine-in-di-premis-makanan-dalam-fasa-ppn.html

Lindung diri. Lindung semua.
Sehingga 11 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,550 kes (1,960,500 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,416 (639,286)
WPKL - 555 (179,692)
Sabah - 2,163 (172,146)
Johor - 2,282 (162,111)
Sarawak - 3,743 (151,507)
Kedah - 1,390 (116,671)
Pulau Pinang - 1,865 (106,953)
Negeri Sembilan - 198 (94,184)
Kelantan - 1,320 (92,299)
Perak - 1,354 (81,537)
Melaka - 490 (52,903)
Pahang - 722 (51,043)
Terengganu - 953 (41,871)
WP Labuan - 2 (9,873)
WP Putrajaya - 24 (5,700)
Perlis - 73 (2,724)

- KPK KKM -