Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sehingga 18 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,440 kes (685,204 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,095 (224,344)
WPKL - 816 (70,306)
Sabah - 199 (67,177)
Johor - 592 (66,868)
Sarawak - 536 (58,570)
Negeri Sembilan - 870 (37,064)
Kelantan - 200 (33,096)
Pulau Pinang - 122 (32,766)
Perak - 357 (24,303)
Kedah - 159 (22,906)
Melaka - 223 (15,683)
Pahang - 79 (11,897)
Terengganu - 32 (10,861)
WP Labuan - 152 (6,643)
WP Putrajaya - 6 (2,150)
Perlis - 2 (570)

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
Sehingga 19 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,911 kes (691,115 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,111 (226,455)
WPKL - 483 (70,789)
Sabah - 201 (67,378)
Johor - 498 (67,366)
Sarawak - 569 (59,139)
Negeri Sembilan - 770 (37,834)
Kelantan - 223 (33,319)
Pulau Pinang - 167 (32,933)
Perak - 245 (24,548)
Kedah - 204 (23,110)
Melaka - 134 (15,817)
Pahang - 56 (11,953)
Terengganu - 62 (10,923)
WP Labuan - 185 (6,828)
WP Putrajaya - 3 (2,153)
Perlis - 0 (570)

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19 TERUS MENINGKAT DI LEMBAH KLANG

Dari 1 Januari 2021 hingga 19 Jun 2021 (Minggu Epidemiologi (ME) ke-24/2021), Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes COVID-19. Daripada jumlah tersebut sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik di mana negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah:
• Selangor - 151,725 kes (38.0 peratus);
• WP Kuala Lumpur - 44,517 kes (11.2 peratus);
• Sarawak - 40,889 kes (10.3 peratus).

Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.

Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Pada ME ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. 3 daerah tertinggi melaporkan kes COVID-10:
• Daerah Petaling - 3,905 kes;
• Daerah Hulu Langat - 2,783 kes;
• Daerah Klang - 2,482 kes.

Gambar di lampiran adalah taburan pemetaan kes sporadik (biru) dan kes kluster (merah) di kawasan Lembah Klang bagi ME ke-13 sehingga ME ke-24. Dapat dilihat dengan jelas pertambahan kes sporadic. Taburannya makin meluas dan ketara. Walaupun PKP 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 (ME ke-19) dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, namun kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara (lihat graf).

Oleh itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi. Duduklah di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar.

#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
PATUHI SARANAN “TINDAKAN KESIHATAN AWAM KENDIRI”

PKP (Lockdown) mulai 1 Jun 2021 kini telah memasuki minggu ke 3. Jumlah kes harian COVID-19 masih berada pada paras yang tinggi melebihi 4,000 kes sehari. Tambahan, kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi dan bilangan kluster kian bertambah saban hari. Semalam, KKM memaklumkan 22 kes varian baharu Variant of Concern (VOC) virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Setakat ini, Selangor dilaporkan mempunyai 45 kes varian VOC Beta (B.1.351) penularan tempatan.

Implikasi kepada perkara di atas, kawasan Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya banyak kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan dari kes-kes COVID-19 ini tidak mempunyai gejala. Dengan erti kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai COVID-19 di kalangan masyarakat. Tambahan, VOC juga jumlah VOC penularan tempatan juga semakin meningkat.

Oleh itu adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya COVID-19.

Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya SOP dan mengamalkan “Tindakan Kesihatan Awam Kendiri” sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.

Antara Tindakan Kesihatan Awam Kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;
• Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
• Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN);
• Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
• Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
• Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
• Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
• Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.

#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -