Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 31 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 31 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,251 kes (490,038 kes kumulatif, 85.6%);
• Kes baharu : 6,824 kes (572,357 kes kumulatif);
• Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 6,821 kes [6,239 warganegara (91.5%); 582 bukan warganegara (8.5%)];
• Kes aktif : 79,523 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 851 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 422 kes;
• Kes kematian : 67 kes (2,796 kes kumulatif, 0.49%; 64 warganegara, 3 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,188 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 25 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,533 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 655 kluster.

Sebanyak 67 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 15 kes di Selangor, 12 kes di Johor, lapan (8) kes di Sarawak, enam (6) kes di Kedah, masing-masing lima (5) kes di Negeri Sembilan dan Kelantan, empat (4) kes di Pahang, masing-masing tiga (3) kes di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Melaka, dua (2) kes di Sabah, serta satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/31/kenyataan-akhbar-kpk-31-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
PENINGKATAN KADAR KEMATIAN COVID-19 DI MALAYSIA: APAKAH PUNCANYA?
(Tarikh kemaskini: 31 Mei 2021)

Sehingga kini, dunia masih bergelut memerangi pandemik COVID-19. Pelbagai usaha dilaksanakan di peringkat global mahupun Malaysia untuk memenangi peperangan ini. Kerjasama yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi SOP dan juga pengorbanan besar petugas barisan hadapan yang sanggup berdepan dengan kes jangkitan COVID-19 serta petugas belakang tabir (backliners) adalah dihargai.

Setakat 30 Mei 2021, dunia mencatatkan jumlah kumulatif kes positif mencecah hampir 171 juta dengan kadar sembuh sebanyak 90%. Di Malaysia pula, jumlah kumulatif kes positif mencecah 565,533 kes dengan kadar sembuh sebanyak 86%. Bagi kadar kematian keseluruhan dunia adalah 2.1% manakala kadar kematian di Malaysia sehingga 30 Mei 2021 adalah 0.48%.

Peningkatan drastik kes COVID-19 di Malaysia jelas dilihat iaitu dari 67,169 kes pada 1 Disember 2020 kepada 565,533 kumulatif kes iaitu peningkatan sebanyak 88%. Jumlah kematian yang disebabkan COVID-19 turut meningkat sebanyak 2,729 berbanding 363 kematian pada 1 Disember 2020.

Jika dilihat perbandingan berdasarkan data antarabangsa misalnya melalui Worldometer.info, kematian COVID-19 bagi setiap 1 juta penduduk di dunia adalah 456.3, di Amerika Syarikat (1,832), United Kingdom (1,873), Indonesia (183) dan Filipina (188). Manakala, kematian di Malaysia pula adalah 83 kematian bagi setiap 1 juta penduduk berbanding kadar kematian pada November 2020 iaitu 9 bagi 1 juta penduduk.

Kebelakangan ini, data klinikal menunjukkan beberapa faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan kadar kematian di Malaysia iaitu:
• Lebih ramai pesakit kategori 3,4 atau 5 ketika mula mendapatkan rawatan di hospital dan telah mempunyai komplikasi akibat jangkitan COVID-19 berbanding pada awal pandemik.
• Jangkitan virus yang lebih agresif dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan berbanding pada awal pandemik.
• Keadaan ‘happy hypoxia’ di mana pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala dan tidak menyedari bahawa mereka mengalami masalah kekurangan oksigen. Pesakit hanya sedar apabila keadaan kesihatan mereka telah serius dan terjejas teruk dan menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan rawatan awal dan seterusnya meningkatkan kes kematian.
• Fenomena kelesuan pandemik (pandemic fatigue) menyebabkan masyarakat didapati mulai lalai dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
• Pembawa COVID-19 yang tidak bergejala dan membawa jangkitan kepada golongan berisiko dan rentan di kalangan ahli keluarga mereka.
• Individu yang bergejala, namun tidak hadir untuk menjalani ujian saringan COVID-19, dan pada masa yang sama tidak menjalani kuarantin kendiri.
• Pesakit yang tidak memaklumkan sejarah kontak rapat dengan pesakit COVID-19 serta sejarah penyakit sedia ada mereka seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Bagi mengelakkan kejadian yang menyukarkan pengawalan wabak dan rawatan kepada pesakit, masyarakat perlu tampil menjalani ujian saringan apabila bergejala atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19, berlaku jujur dalam memberi sejarah kontak rapat dan penyakit sedia ada.

Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran. Sila bawa bersama keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di negeri berkenaan untuk penilaian lanjut.

Masyarakat juga disarankan agar mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 bagi membantu negara mencapai imuniti kelompok (herd immunity).

KKM sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan kadar sembuh dan mengurangkan kadar kematian COVID-19 selain terus meningkatkan tahap penyampaian kesihatan kepada semua pesakit sama ada pesakit COVID-19 atau pesakit bukan COVID-19.
KKM akan terus memastikan kesiapsiagaan fasiliti hospital termasuk kelengkapan Unit Rawatan Rapi dan alat bantuan pernafasan (ventilator), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), kesiapsiagaan makmal, pengagihan PPE dan konsumabels serta mobilisasi anggota kesihatan turut berada pada tahap yang optimum.

CPRC Perkhidmatan Hospital
Program Perubatan KKM
31 Mei 2021
Kembali melihat ketepatan dan analisa unjuran kes harian Covid-19 dan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt ketika itu pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia. Dua unjuran ini dimaklumkan awal lagi pada 2hb Januari 2021

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 31 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.09.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Hasil survelan genomik yang dijalankan secara berterusan sehingga kini telah mengenalpasti sebanyak 119 kes COVID-19 yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI). Daripada jumlah ini, sebanyak 14 kes adalah jangkitan import daripada luar negara, manakala 105 kes lagi adalah jangkitan dalam negara. Daripada jumlah 119 kes yang dikesan tersebut, 104 kes adalah VOC dan 15 kes adalah VOI.

i. Variant of Concern (VOC) yang dilaporkan adalah seperti berikut, iaitu:
• 89 kes adalah varian B.1.351 (kesemua kes jangkitan dalam negara);
• Sembilan (9) kes adalah varian B.1.1.7 (5 kes jangkitan import dan 4 kes jangkitan dalam negara); dan
• Enam (6) kes varian B.1.617 (kesemuanya jangkitan import).

ii. Variant of Interest (VOI) yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu:
• 12 kes adalah varian P.3 (kesemua kes jangkitan dalam negara); dan
• Tiga (3) kes adalah varian B.1.525 (kesemua kes jangkitan import).

Bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI mengikut negeri sehingga 31 Mei 2021 adalah seperti di jadual dilampirkan.

Virus COVID-19 jenis VOC telah dikesan di setiap negeri dalam Malaysia terutamanya bagi varian B.1.351. Oleh itu, besar kemungkinan sudah pun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti bagi sekurang-kurangnya satu (1) jenis VOC di semua negeri di Malaysia. Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap individu. Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19.

Sehubungan itu, KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini di dalam komuniti.

Selain pelaksanaan total lockdown yang bermula pada 1 Jun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) juga akan terus dilaksanakan bagi kawasan-kawasan dengan pelaporan kes yang tinggi. Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular ke lokaliti-lokaliti lain. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dilaksanakan secara bersasar dalam kalangan komuniti yang terlibat.

Dengan pelaksanaan perintah ini:
• Semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar dari rumah sepanjang tempoh perintah PKPD dikuatkuasakan;
• Pelawat-pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah PKPD dikuatkuasakan; dan
• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup;

Bagi kawasan-kawasan lain, orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di rumah sepanjang masa. Sekiranya terpaksa keluar atas urusan penting, patuhilah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan dan lindungilah diri seperti yang sering dinasihatkan oleh KKM. Tempoh masa dua (2) minggu ini adalah amat kritikal bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia dan ianya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua lapisan masyarakat.

Semoga dengan segala usaha yang dijalankan dapat melandaikan keluk pandemik COVID-19 di negara kita dan memastikan kelestarian sistem penjagaan kesihatan yang baik di Malaysia.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

- KPK KKM -
Jangan biarkan LOCKDOWN mengehadkan aktiviti anda bersama keluarga.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Variant of Concern (VOC) adalah varian virus SARS-CoV-2.

Terdapat tiga VOC yang telah ditemui di Malaysia setakat ini.

VOC pantas merebak, lebih sukar dikesan melalui ujian makmal sedia ada dan menyebabkan simptom dan komplikasi penyakit yang lebih teruk.

Teruskan amalan 3W dan elakkan 3S.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Latest updates on the Covid-19 Variant of Concern (VOC) and Variant of Interest (VOI).
The VOC identified locally were mainly the South African variant, also known as the B.1351 & United Kingdom variant or the B.1.1.7.

- KPK KKM -
Sehingga 1 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,105 kes (579,462 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 2,068 (188,994)
Sabah - 318 (62,562)
WPKL - 817 (59,471)
Johor - 431 (58,814)
Sarawak - 703 (48,032)
Pulau Pinang - 400 (29,026)
Kelantan - 531 (28,319)
Negeri Sembilan - 397 (26,702)
Perak - 387 (21,021)
Kedah - 236 (19,145)
Melaka - 249 (12,335)
Pahang - 190 (9,767)
Terengganu - 198 (8,969)
WP Labuan - 162 (3,884)
WP Putrajaya - 18 (1,910)
Perlis - 0 (511)

- KPK KKM -
Sokongan tambahan dari sektor kesihatan swasta merupakan langkah penting kearah mencapai purata harian pemberian vaksinasi sebanyak 150,000 dos setiap hari.

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV