Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif #COVID19 dan kes kematian baharu (9-17 Mei 2021).

🔴Kes tertinggi pada 13/5/2021 (4,855)

🔴Kes kematian harian tertinggi sejak pandemik pada 17/5/2021 (45)

🔴Kes positif harian⬆️19.1% berbanding sebelum PKP 3.0

🔴Kes kematian harian⬆️73.1% berbanding sebelum PKP 3.0
Terkini melalui survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 10 sampel #COVID19 dari 10 Mei 2021 sehingga 14 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan 7 lagi kes Variant of Concern (VOC):

4 kes tempatan yang dijangkiti varian South African B.1.351 yang telah dikesan di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur; dan

3 kes bukan warganegara dijangkiti varian Indian B.1.617 (sublineage B.1.617.2).

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti oleh varian South African B.1.351 adalah sebanyak 66 kes dan varian Indian B.1.671 (termasuk sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2) adalah sebanyak lima (5) kes.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.06. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Pengambilan alkohol secara berlebihan adalah dikaitkan dengan penyakit hipertensi.

#HariHipertensiSedunia2021
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Smoke-Free Penang Virtual Run

🏃🏻‍♂️REGISTRATION IS NOW OPEN!🏃🏻‍♂️

The COVID-19 pandemic has brought devastating implications to public health. Smokers and vapers have an increased risk of developing severe symptoms and complications of COVID-19. The hand-to-mouth contact while smoking or vaping a possibly environmentally contaminated cigarette or device, making smokers more vulnerable to COVID-19 infection. An infected, asymptomatic person with COVID-19 release smoke through exhalation which can also increase viral transmission through aerosolization.

To raise the awareness on the effect of smoking and vaping on COVID-19, the Penang State Government in collaboration with the Southeast Asia Tobacco Control Alliance (SEATCA) and Penang State Health Department have collaborated for a project called Protect Your Lungs: Don’t Smoke, Don’t Vape, Beat COVID-19.

👉Event: SMOKE-FREE PENANG VIRTUAL RUN
👉Distance: 5KM | 10KM | 21KM | 42KM
👉Accumulated distance/steps (GPS/Treadmill) are accepted
👉Fee: FROM RM34

Registration period:
6th May 2021 - 31 May 2021

Running & Result submission period:
7th May 2021- 30 June 2021

More info & registration link:
https://howei.com/event_details/smokefreepenangvirtualrun

#jknpenang

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5433630376710044&id=591214790951651
Mengurus dan menangani stres dengan baik secara tidak langsung mengurangkan tekanan darah tinggi.

#HariHipertensiSedunia2021
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jangan keluar rumah sekiranya anda belum lagi menerima keputusan saringan COVID-19 anda.

Duduk di rumah sehingga anda disahkan tidak dijangkiti COVID-19.

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 18 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,865 kes (479,421 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 1,743 (157,056)
Sabah - 95 (59,504)
Johor - 407 (51,217)
WP KL - 477 (50,582)
Sarawak - 512 (39,328)
Pulau Pinang - 220 (24,157)
Negeri Sembilan - 149 (21,024)
Kelantan - 406 (19,973)
Perak - 160 (17,144)
Kedah - 244 (13,325)
Melaka - 127 (8,878)
Pahang - 152 (6,814)
Terengganu - 156 (5,941)
WP Labuan - 6 (2,523)
WP Putrajaya - 9 (1,562)
Perlis - 2 (393)

- KPK KKM -
Kes positif mengikut negeri (setakat 18/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 18/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 18th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 18 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 18 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,497 kes (432,600 kes kumulatif, 90.2%);
• Kes baharu : 4,865 kes (479,421 kes kumulatif);
• Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,860 kes [4,650 warganegara (95.7%); 210 bukan warganegara (4.3%)];
• Kes aktif : 44,827 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 531 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 277 kes;
• Kes kematian : 47 kes (1,994 kes kumulatif, 0.42%; 46 warganegara, 1 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 1,920 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,423 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 497 kluster.

Terdapat 47 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, masing-masing lima (5) kes di Sarawak dan Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kelantan, tiga (3) kes di Perak, dua (2) kes di Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Negeri Sembilan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/18/kenyataan-akhbar-kpk-18-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
KAWALAN PERGERAKAN KENDIRI DALAM TEMPOH PKP BAGI MEMBENDUNG SEGERA WABAK COVID-19

Penularan varian-varian baharu virus SARS-CoV-2 di dalam komuniti terutamanya beberapa Variant of Concern (VOC) di Malaysia kebelakangan ini adalah amat membimbangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang telah berlaku di luar negara. Ini adalah kerana varian-varian VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.

Selain daripada meningkatkan kapasiti sistem perkhidmatan kesihatan negara, KKM ingin menyarankan supaya orang ramai melakukan kawalan pergerakan kendiri terutama dalam tempoh PKP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara kita. Ianya bermula dengan diri kita sendiri. Kawalan pergerakan kendiri ini boleh dilakukan dengan duduk sahaja di rumah, tidak keluar dari rumah jika tiada keperluan penting dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama sekiranya perlu keluar rumah atas apa-apa urusan penting. Majikan juga digalakkan untuk memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa.

Orang ramai boleh melakukan kawalan pergerakan kendiri ini dengan mematuhi langkah-langkah seperti berikut;

1. Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
2. Sentiasa menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, dan kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer;
3. Elakkan daripada menyertai sebarang aktiviti yang berisiko untuk terdedah dengan orang ramai;
4. Elakkan daripada menerima tetamu di rumah;
5. Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
6. Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
7. Rancang pergerakan anda bagi mengelakkan kesesakan di tempat awam sekiranya perlu keluar dari rumah;
8. Masak makanan sendiri untuk khasiat yang lebih baik dan seterusnya mengelakkan daripada risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19;
9. Lakukan aktiviti senaman di dalam kawasan rumah sendiri;

10. Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya:
a. telah dikenal pasti di aplikasi MySejahtera sebagai kontak kasual, Person Under Surveillance (PUS), kes suspek, atau confirmed case;
b. setelah menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga keputusan ujian diketahui;
c. telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan masih menunggu panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD); dan
d. Sekiranya telah dikesan positif COVID-19 dan sedang menunggu panggilan PKD, sila kekal tinggal di rumah melainkan memerlukan rawatan perubatan kecemasan.

Negara masih kekal merekodkan kes harian COVID-19 melebihi empat digit dengan kes aktif ketika ini sudah melebihi 40 ribu kes. Kebanyakan hospital kerajaan mahupun swasta, serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara juga telah hampir mencecah kapasiti maksimum. Lebih membimbangkan, didapati terdapat semakin banyak kes positif yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sokongan alat bantuan pernafasan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Pada masa yang sama juga, jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan makin meningkat saban hari.

Peningkatan kes-kes secara mendadak ini telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Rakyat Malaysia adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!

Tan Sri Dato' Seri Noor Hisham Abdullah
18 Mei 2021
Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia, Minggu 19 (9 Mei-15 Mei 2021)

🔴 Kes baharu ⬆️ 15.9%

🔴 Kes kematian harian ⬆️ 53.7%

🔴 Kes ICU ⬆️ 30.4%

🔴 Penggunaan bantuan alat pernafasan ⬆️ 25.0%

🔴 Kadar positif ⬆️ 1.2 %

Sumber National Institutes of Health Malaysia

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
Laporan mingguan #COVID19 di Malaysia bagi kluster-kluster, Minggu 19 (9 Mei-15 Mei 2021)

Jumlah kluster baharu ⬇️ 4.7%

Jumlah kluster aktif ⬆️ 8.6%

Jumlah kes baharu berkaitan kluster ⬆️ 4.6%

Pertambahan kluster keagamaan dan berisiko.

Pengurangan kluster komuniti, pendidikan dan pusat tahanan.

Sumber National Institutes of Health Malaysia

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome