Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif mengikut negeri (setakat 14/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 14/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 14th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 14 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 14 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 4,190 kes (418,897 kes kumulatif, 90.6%);
• Kes baharu : 4,113 kes (462,190 kes kumulatif);
• Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,112 kes [3,791 warganegara (92.2%); 321 bukan warganegara (7.8%)];
• Kes aktif : 41,471 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 482 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 250 kes;
• Kes kematian : 34 kes (1,822 kes kumulatif, 0.39%; 34 warganegara);
• Jumlah kluster : 1,861 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,400 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 461 kluster.

Terdapat 34 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kes di Kelantan, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak, Perak, dan Terengganu.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
34 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan hari ini dan menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,822. Kes kematian tertinggi adalah dari Selangor (8), Johor (6), K.Lumpur (6) dan Kelantan (4) manakala terdapat 2 kes kematian ‘brought in death’ (BID) yang dilaporkan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome
PELANJUTAN TEMPOH KUARANTIN KEPADA 21 HARI BAGI PENGEMBARA YANG TIBA DARI INDIA DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA SERTA PENERBANGAN REPATRIASI

Negara India telah merekodkan bilangan jangkitan harian melebihi 300 ribu kes sejak April 2021 dan yang tertinggi di dunia pada masa ini. Mengambil kira situasi ini, Kerajaan Malaysia telah meluluskan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief - HADR) untuk membawa pulang dari India rakyat Malaysia dan pasangan/keluarga mereka. Misi HADR ini telah diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), BOMBA, Airport Fire & Rescue Service (AFRS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Aviation Security (AVSEC), syarikat Follow Me, syarikat UTW Electrical dan syarikat pengangkutan swasta. Misi ini telah melibatkan 219 orang petugas.

Pada 11 Mei 2021 jam 9.15 pagi, Syarikat Penerbangan Malindo telah berlepas ke India dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mei 2021 jam 12.53 pagi. Penerbangan ini membawa pulang 132 orang (64 lelaki dan 68 perempuan) iaitu 117 orang rakyat Malaysia, lapan (8) orang warga Brunei, empat (4) orang warga Denmark, dua (2) orang warga India dan seorang warga Indonesia. Mereka adalah terdiri dari 92 orang dewasa dan 40 orang kanak-kanak. Misi ini hanya membawa pulang penumpang dengan keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif sahaja. Seramai 20 orang petugas iaitu 14 anak kapal, empoat (4) orang anggota KKM dan masing-masing seorang anggota dari NADMA dan KLN telah menyertai penerbangan ini. Mereka telah mengenakan kelengkapan PPE (Personal Protection Equipment) penuh.

Sebaik sahaja mendarat di KLIA, penumpang-penumpang ini telah dibawa melalui laluan khas ke Air Disaster Unit (ADU) KLIA untuk menjalani saringan kesihatan. Didapati tiada penumpang yang mengalami gejala, namun mereka telah diambil swab untuk ujian pengesanan RT-PCR COVID-19. Keputusan ujian yang diperolehi pada 13 Mei 2021 menunjukkan tujuh (7) dari 132 penumpang telah dikesan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 5.3%. Mengambil kira keputusan di atas dan penilaian risiko yang dijalankan, maka KKM telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh kuarantin wajib bagi penumpang yang tiba dari India bagi misi HADR pada 12 Mei 2021 dan juga penumpang yang tiba melalui penerbangan repatriasi pada 13 Mei 2021, iaitu daripada 14 hari kepada 21 hari. Mereka dikehendaki menjalani kuarantin wajib ini di stesen kuarantin yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Mereka juga perlu menjalani ujian makmal RT-PCR bagi pengesanan COVID-19 mengikut SOP yang ditetapkan.

Selanjutnya, KKM akan memantau situasi ini, dan akan membuat penilaian risiko untuk segera melihat keperluan memanjangkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 21 hari bagi semua penumpang lain yang akan tiba dari negara India (misalnya rakyat Malaysia). Sekatan sedia ada bagi penumpang Bukan Warganegara ke Malaysia dari India masih berkuatkuasa seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk memberi kerjasama dalam mengekang kemasukan varian baharu dari India, iaitu varian B.1.617. Varian ini dilaporkan lebih cepat menular dan menyebabkan gejala yang lebih serius termasuk dalam kalangan yang berusia di bawah 50 tahun. Sentiasa patuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Bersama kita perangi COVID-19!

- KPK KKM -
Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia - Pelanjutan Tempoh Kuarantin Kepada 21 Hari Bagi Pengembara Yang Tiba Dari India Dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Serta Penerbangan Repatriasi

- India rekod bilangan jangkitan harian melebihi 300,000 kes sejak April 2021 dan tertinggi di dunia ketika ini.

- Kerajaan telah luluskan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relier - HADR) untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari India dan pasangan serta keluarga mereka.

- Pada 11 Mei 2021 jam 9.15 pagi, Syarikat Penerbangan Malindo telah berlepas ke India dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mei 2021 jam 12.53 pagi. Penerbangan ini membawa pulang 132 orang (64 lelaki dan 68 perempuan) iaitu 117 orang rakyat Malaysia, lapan (8) orang warga Brunei, empat (4) orang warga Denmark, dua (2)
orang warga India dan seorang warga Indonesia.

- Seramai 20 orang petugas iaitu 14 anak kapal, empat (4) orang anggota KKM dan masing-masing seorang anggota dari NADMA dan KLN telah menyertai penerbangan ini. Mereka telah mengenakan kelengkapan PPE (Personal Protection Equipment) penuh.

- Sebaik sahaja mendarat di KLIA, penumpang-penumpang ini telah dibawa melalui laluan khas ke Air Disaster Unit (ADU) KLIA untuk menjalani saringan kesihatan.

Rujuk lampiran bagi mendapatkan kenyataan penuh.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 hb Mei 2021 untuk seluruh negara adalah 1.08. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -