Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Hadkan Pergerakan Anda Sebelum Anda Berhari Raya.

Jadilah ahli keluarga yang bijak dengan tidak membawa COVID-19 berhari raya!

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sakit belakang boleh mengganggu sekiranya ingin bersenam. Puncanya mungkin dari gaya hidup sendiri. Walau bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan senaman regangan.

#kekalaktif
#sihatmilikku
Vaccines help protect mankind against the worst of a disease; its benefits far outweigh the risks. Let’s come together as a nation to achieve herd immunity.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Sehingga 7 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,498 kes (432,425 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,424 (140,270)
Sabah - 153 (58,733)
Johor - 327 (47,318)
WP KL - 436 (46,003)
Sarawak - 750 (34,227)
Pulau Pinang - 313 (21,258)
Negeri Sembilan - 188 (19,453)
Kelantan - 297 (16,474)
Perak - 148 (15,416)
Kedah - 209 (10,839)
Melaka - 74 (7,835)
Pahang - 78 (5,590)
Terengganu - 87 (4,728)
WP Labuan - 2 (2,477)
WP Putrajaya - 8 (1,428)
Perlis - 4 (376)

- KPK KKM -
Setakat 7 Mei 2021, negara merekodkan kemasukan sebanyak 506 kes ke ICU, iaitu jumlah yang tertinggi semenjak pandemik ini bermula (seperti dalam graf). Manakala 295 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kemasukan kes kritikal ke ICU meningkat sebanyak 44% berbanding tempoh dua minggu yang lepas di seluruh negara dan beberapa negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak menunjukkan kadar peningkatan yang lebih tinggi.

Sebanyak 22 hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil ICU COVID-19 melebihi 70% dan ada yang mencecah lebih 90%. Beberapa hospital bukan COVID-19 juga terpaksa merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan alat pernafasan kerana pesakit ini tidak dapat dipindahkan ke hospital COVID-19 akibat kesesakan ICU. Ada juga pesakit yang terpaksa diberi bantuan alat pernafasan di wad-wad biasa.

Musim perayaan, liputan vaksinasi yang belum lagi meluas serta kepadatan penduduk di sesetengah kawasan akan meningkatkan lagi kemungkinan hospital terus berdepan dengan peningkatan kes khususnya kes dengan gejala serius (kategori 3 – 5) melibatkan golongan rentan seperti warga emas dan mereka yang mempunyai lain-lain penyakit (co-morbidity).

Bilangan kes harian juga masih tinggi dan belum menunjukkan sebarang penurunan dalam jangka masa terdekat. Pada hari ini sahaja, negara mencatat 4,498 kes baharu.

Saya menyeru orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan daftar segera sebagai penerima vaksin.

- KPK KKM -
Kes positif mengikut negeri (setakat 07/05/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 07/05/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 07th. May 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 07 Mei 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 7 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 3,449 kes (396,004 kes kumulatif, 91.6%);
• Kes baharu : 4,498 kes (432,425 kes kumulatif);
• Kes import : 5 kes (1 warganegara dan 4 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,493 kes [4,179 warganegara (93.0%); 314 bukan warganegara (7.0%)];
• Kes aktif : 34,789 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 372 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 211 kes; dan
• Kes kematian : 22 kes (1,632 kes kumulatif, 0.38%; 20 warganegara, 2 bukan warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,424 kes (31.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,165 kes (81.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 750 kes (16.7 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 436 kes (9.7 peratus).

Sebanyak empat (4) kes (0.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang melibatkan Kluster DTI Lenggeng.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/05/07/kenyataan-akhbar-kpk-7-mei-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pecahan kes baharu mengikut negeri, 7 Mei 2021.

Selangor
69 kluster sedia ada
22 kluster baharu (Jalan Nouvelle, Persiaran Perpaduan USJ, Pulau Ketam)
1,074 kontak rapat
259 lain-lain saringan

Sarawak
62 kluster sedia ada
72 kluster baharu (Beladin, Blok D Jalan Pending, Jalan Limbang, Penurin)
544 kontak rapat
70 lain-lain saringan
2 import

K.Lumpur
8 kluster sedia ada
17 kluster baharu (Jalan Manjalara Idaman, Jalan Midah Besar, Jalan Udang Harimau)
246 kontak rapat
162 lain-lain saringan
3 import

Johor
33 kluster sedia ada
74 kluster baharu (Jalan Kempas Pagoh, Jalan Pahlawan Empat)
133 kontak rapat
87 lain-lain saringan

P.Pinang
60 kluster sedia ada
116 kontak rapat
137 lain-lain saringan

Kelantan
35 kluster sedia ada
13 kluster baharu (Jalan Besar Pasir Mas, Kampung Kochang)
168 kontak rapat
81 lain-lain saringan

Kedah
72 kluster sedia ada
16 kluster baharu (Dah Lengkuas, Dah Utama)
78 kontak rapat
43 lain-lain saringan

N.Sembilan
46 kluster sedia ada
90 kontak rapat
52 lain-lain saringan

Sabah
91 kluster sedia ada
10 kluster baharu (Ladang LSP)
34 kontak rapat
18 lain-lain saringan

Perak
45 kluster sedia ada
17 kluster baharu (Jalan Perusahaan Empat)
40 kontak rapat
46 lain-lain saringan

Terengganu
44 kluster sedia ada
31 kontak rapat
12 lain-lain saringan

Pahang
24 kluster sedia ada
40 kontak rapat
14 lain-lain saringan

Melaka
35 kluster sedia ada
7 kluster baharu (Jalan PKAK Ayer Keroh)
21 kontak rapat
11 lain-lain saringan

Putrajaya
5 kontak rapat
3 lain-lain saringan

Perlis
4 kontak rapat

Labuan
1 kluster sedia ada
1 lain-lain saringan
22 kes kematian termasuk 2 bukan warganegara akibat jangkitan #COVID19 dilaporkan dengan 3 kes tanpa komorbiditi dan 3 kes adalah kes 'brought in death (BID)'. Ini menjadikan kematian akibat jangkitan #COVID19 di Malaysia; 1,632.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

#jagadirijagakeluarga
Strok : Apa yang Kita Perlu Tahu

Dengarkan di sinarfm dalam slot Borak Medik esok pada pukul 3.00 petang bersama Dr. Masliyana Husin, Pegawai Perubatan dari Institut Kesihatan Negara.

#sihatmilikku