Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Anda boleh mendaftar dan mengurus tanggungan tambahan di aplikasi MySejahtera.

Pastikan tanggungan anda didaftarkan melalui 1 akaun.

Jawab soalan penilaian untuk pengesahan pendaftaran.

Pendaftaran berjaya! Tarikh janji temu tanggungan anda akan dimaklumkan melalui aplikasi ini.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
The National Immunisation Programme.

Click https://bit.ly/3gLcR87 to download.

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SELAMATKAN NYAWA BANTU MEREKA TERSENYUM SEMULA...... Bantuan anda amat diperlukan. Tampil ke hadapan menderma darah atau membawa individu yang layak menderma darah.

📌 One Utama Shopping Centre @Basement 2 (New Wing)

🗓 28 - 30 April 2021 (Rabu - Jumaat)
10.00 pagi - 9.00 malam

🗓 01 - 02 Mei 2021 (Sabtu - Ahad)
1.00 petang - 9.00 malam

Jom bantu kami capai sasaran beg darah sehari di lokasi ini dalam usaha meningkatkan bekalan DARAH secara berterusan.

Sumber: Pusat Darah Negara, KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pemilik restoran perlu tegas dalam menjadikan premis mereka bebas asap rokok.

#speakout
#PengalamanPeribadiBerhentiMerokok
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pembangunan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi atau MyUBAT telah berjaya dilaksanakan dan diperluaskan penggunaannya di seluruh fasiliti Kesihatan KKM bermula 15 April 2021.

Pembekalan ubat di fasiliti farmasi KKM adalah bergantung kepada kestabilan status pesakit dan ketersediaan bekalan stok ubat-ubatan di fasiliti-fasiliti KKM. Bagi pesakit berpenyakit kronik, pembekalan ubat adalah sama ada untuk tempoh sebulan atau dua bulan untuk menjamin kualiti ubat yang disimpan di rumah, memudahkan pemantauan kejadian kesan sampingan yang tidak diingini, memastikan kepatuhan pesakit terhadap pengambilan ubat, mengelakkan pembaziran serta mengurangkan risiko berlakunya kesilapan pengubatan akibat stok ubat berlebihan yang boleh disalahguna oleh bukan pesakit.

Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services, VAS) yang dijalankan oleh KKM melalui Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu (Drive-Through Pharmacy), sistem temujanji melalui kad temujanji, telefon dan aplikasi komunikasi telefon pintar bagi pengambilan ubat, Ubat Melalui Pos (UMP) dan perkhidmatan ‘Locker4U’ telah sedia ditawarkan secara berperingkat oleh fasiliti KKM sejak tahun 2003. Pelaksanaan VAS ini telah dipertingkatkan sepanjang tempoh pandemik berlaku dengan objektif utama adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 terutamanya golongan-golongan rentan disamping menjamin kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan, mengatasi kesesakan serta waktu menunggu lama di farmasi, beban kos pengangkutan serta kesuntukan masa bagi pesakit terlibat.

Baca kenyataan penuh di http://kpkesihatan.com/2021/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2021-perluasan-sistem-pengurusan-pembekalan-ubat-bagi-perkhidmatan-nilai-tambah-farmasi-myubat/
Sehingga 28 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 3,142 kes

Pecahan setiap negeri:
Selangor : 1,019 kes
Sabah : 87 kes
Johor : 194 kes
WP KL : 440 kes
Sarawak : 416 kes
Pulau Pinang : 98 kes
Negeri Sembilan : 61 kes
Perak : 69 kes
Kelantan : 523 kes
Kedah : 120 kes
Melaka : 42 kes
Pahang : 15 kes
Terengganu : 40 kes
WP Labuan : 4 kes
WP Putrajaya : 13 kes
Perlis : 1 kes

- KPK KKM -
Kes positif mengikut negeri (setakat 28/04/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 28/04/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 28th. April 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 28 April 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 1,822 kes (373,397 kes kumulatif, 93.0%);
Kes baharu : 3,142 kes (401,593 kes kumulatif);
Kes import : 13 kes (4 warganegara, 9 bukan warganegara);
Kes tempatan : 3,129 kes [2,950 warganegara (94.3%); 179 bukan warganegara (5.7%)];
Kes aktif : 26,719 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 306 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 151 kes;dan
Kes kematian : 15 kes (1,477 kes kumulatif, 0.37%; 15 warganegara).

Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes (32.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 819 kes (80.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes (14.0 peratus).

https://kpkesihatan.com/2021/04/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-april-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
15 kes kematian melibatkan warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia; 1,477.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
COVID-19 : Apa Reaksi Rakyat Malaysia

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Tarikh : 29 April 2021
Masa : 8.10 pagi

Panel :

Puan Chew Chii Chii
Pegawai Farmasi
Hospital Raja Permaisuri Bainun

En. Saiful Adli Suhaimi
Pegawai Pendidikan Kesihatan
Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
PENGENDALIAN DATA PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

Sehingga 27 April 2021, jumlah kes positif COVID-19 yang direkodkan di seluruh dunia melonjak kepada 149.31 juta kes, dengan angka kematian melebihi 3.15 juta orang menerusi data terbaru yang diterbitkan Pusat Sains Sistem dan Kejuruteraan (CSSE) Universiti Johns Hopkins.

Amerika Syarikat (AS) adalah negara paling teruk terjejas dan berada pada kedudukan tertinggi dari segi jumlah kes dan kematian, masing-masing sebanyak 32.92 juta dan 587,328 kes. Ini diikuti oleh India pada kedudukan kedua tertinggi dengan 17.99 juta kes, 201,165 kematian, dan pertambahan sebanyak 362,902 kes baharu. Pada awal tahun 2021, India hanya mencatatkan kurang dari 20,000 kes baharu, namun kes telah meningkat dengan tidak terkawal bermula awal April ini.

Tidak terkecuali, peningkatan kes COVID-19 dapat dilihat di negara-negara jiran seperti Indonesia (1.65 juta kes), Filipina (1.01 juta kes), dan Thailand (59,687 kes). Ketiga-tiga negara mencatatkan jumlah peningkatan kes yang begitu ketara sejak 14 hari lepas, dengan purata kes harian sebanyak 8,624 kes bagi Filipina, 4,900 kes bagi Indonesia, dan 1,698 kes bagi Thailand.

Tren peningkatan kes COVID-19 yang sama dapat dilihat di Malaysia di mana kes terkini sehingga 28 April 2021 yang direkodkan adalah berjumlah 398,451 kes.

Data-data COVID-19 di Malaysia dikendalikan mengikut prosedur-prosedur tertentu bagi memastikan data yang dilaporkan adalah tepat dan sahih.

Semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital, mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta adalah wajib dimuatnaik ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Sistem ini sentiasa dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

PKD bertanggungjawab untuk membuat siasatan, urusan kemasukan sama ada ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) atau dirawat di rumah berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan. Selain daripada itu, PKD juga menjalankan saringan ke atas kontak rapat dan mengeluarkan arahan kuarantin.

Semua data yang telah lengkap dari PKD dihantar ke Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC) Negeri sebelum disalurkan ke CPRC Kebangsaan setelah verifikasi dijalankan. Data dari semua negeri diterima selewat-lewatnya pada jam 12 tengah hari oleh pasukan pengurusan data di CPRC Kebangsaan. Seterusnya data ini dianalisa dan diverifikasi sebelum ianya didaftarkan.

Semakan terhadap semua data akan dilaksanakan oleh pegawai bertanggungjawab di Kementerian Kesihatan Malaysia. Data yang telah disahkan ini akan didaftarkan sebagai data harian COVID-19 Malaysia. Data ini digunapakai untuk penyediaan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan dan analisa situasi COVID-19 di Malaysia termasuk tren kes, kadar kebolehjangkitan, kapasiti hospital dan makmal serta keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan. Kesemua maklumat yang telah disemak ini kemudiannya dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk pengesahan terakhir sebelum dibentangkan.

Semua anggota kesihatan yang terlibat dalam pengurusan data di peringkat daerah sehingga ke peringkat kebangsaan diwajibkan untuk menjaga kerahsiaan data pesakit-pesakit COVID-19 yang dikumpulkan ini.

Justeru ingin ditekankan di sini bahawa semua data dan laporan analisa harian yang dikeluarkan oleh KKM adalah data yang sahih, tepat dan telah diverifikasikan di berbagai peringkat KKM.

YB DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

28 April 2021 @ 12.00 tengahari.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 28 hb April 2021 untuk seluruh negara adalah 1.13. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -