Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 06th. April 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 06 April 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 1,412 kes (337,868 kes kumulatif, 95.6%);
• Kes baharu : 1,300 kes (353,329 kes kumulatif);
• Kes import : 24 kes (12 warganegara, 12 bukan warganegara)
• Kes tempatan : 1,276 kes [918 warganegara (71.9%); 358 bukan warganegara (28.1%)];
• Kes aktif : 14,161 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 189 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 88 kes; dan
• Kes kematian : 5 kes (1,300 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 385 kes (29.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 352 kes (91.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 242 kes (18.6 peratus) dan Kelantan sebanyak 126 kes (9.7 peratus).

Sebanyak 144 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sri Aman (128 kes), Kluster Padang Hijau (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes), dan Kluster DTI Juru (1 kes).

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/04/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-april-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
5 kematian warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia adalah; 1,300.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
World Physical Activity Day 2021 telah disambut di seluruh dunia pada 6 April setiap tahun dan pada tahun ini bertemakan 'Every Step Counts'.

Diharap lebih ramai rakyat Malaysia memilih cara hidup yang sentiasa aktif dan lebih sihat.

#WorldPhysicalActivityDay2021
#EveryStepCounts
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Mitos Kesihatan.

Dengarkan di zayanfm esok pada pukul 7.30 pagi bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#sihatmilikku
Vaksin COVID-19 : Apa yang anda perlu tahu?

Dengarkan di aifm bersama Dr. Leong Chee Loon, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit dari Hospital Kuala Lumpur esok pada pukul 9.15 pagi.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Fakta @ Auta Kesihatan.

Dengarkan di Sinarfm esok bersama Dr. Vickneshwaran Muthu dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM pada pukul 11.00 pagi.

#sihatmilikku
Indoor Walking.

Sertai FB Live esok bersama Coach Gayatri pada pukul 11.00 pagi.

#worldphysicalactivityday
#everystepcounts
#kekalaktif
#sihatmilikku
Hari Aktiviti Fizikal Sedunia.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia bersama En. Wan Mohd Hakim Wan Ismail, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM pada pukul 8.25 pagi di TV1.

#worldphysicalactivityday2021
#everystepcounts
#kekalaktif
#sihatmilikku
Hari Aktiviti Fizikal Sedunia.

Dengarkan di minnalfm esok bersama Puan. Gunasundari Marimuthu, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM esok pada pukul 8.45 pagi.

#worldphysicalactivityday2021
#everystepcounts
#kekalaktif
#sihatmilikku
IMUNISASI COVID-19 | Kerajaan Muktamad Terus Guna Vaksin AstraZeneca

Kerajaan memutuskan untuk terus menggunakan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal United Kingdom, AstraZeneca, mengambil kira manfaat vaksin itu yang lebih menjurus kepada kebaikan.

https://www.facebook.com/watch/?v=1042344559503556

Sumber: Buletin TV3
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6hb April 2021 untuk seluruh negara adalah 1.03. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2021.

Ke Arah Dunia yang Lebih Sihat dan Saksama.

#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Generasi muda berhak untuk mengatakan TIDAK! kepada rokok dan asap rokok.

Hubungi quitline berhenti merokok di talian 03 8883 4400 untuk dapatkan bantuan berhenti merokok.

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)