Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 23 Februari 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia 2021

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Kavitha Rethanavelu, Pakar Genetik Klinikal dari Hospital Kuala lumpur.

#RareDiseaseMalaysia
#sihatmilikku
14 kematian termasuk 1 bukan warganegara akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di Malaysia; 1,076.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23hb Februari 2021 untuk seluruh negara adalah 0.94. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
COVID-19 : Pelaksanaan Imunisasi Vaksin

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 9.00 pagi di TV1.

Panel :
Dr. Saidatul Norbaya Bujang
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
COVID-19 : Vaksin, Sudahkah Anda Bersedia?

Dengarkan di asyikfm pada pukul 11.30 pagi nanti bersama Dr. Vikneshwaran Muthu, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
HARI INI 24 FEBRUARI 2021 : MALAYSIA LAKSANA PROGRAM IMUNISASI COVID-19

Malaysia memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran hari ini untuk memastikan penduduk negara ini, baik rakyat tempatan atau warga asing, dilindungi #COVID19.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu akan diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bakal menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan satu daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech, di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11 pada jam 3 petang.

Turut dijadualkan menerima vaksin di klinik sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebelum proses vaksinasi dilakukan, Perdana Menteri dan mereka yang berkenaan akan diberikan taklimat khusus untuk penerima vaksin serta perlu menandatangani borang persetujuan.

Hari ini juga, PM akan melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bagi mempermudah pelaksanaan program imunisasi itu.

Pengguna telefon pintar Android dan iOS boleh mengemas kini aplikasi MySejahtera, menjawab beberapa soalan berhubung persetujuan dan mendapatkan borang untuk menerima vaksin.

Sumber : Bernama
Satu sinar harapan dan langkah permulaan penamatan penularan jangkitan Covid-29 dengan pelancaran Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hari ini. InshaAllah

Semoga segala perancangan dan perjalanan pelan imunisasi akan dipermudahkan.

Ini adalah antara ikhtiar kita bersama dan semoga kita semua dilindungi. ‎أمين

- KPK KKM -

https://fb.watch/3Rl0mZrIAO/
Saksikan siaran langsung Pelancaran Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yasin, akan menerima suntikan pertama Vaksin COVID-19 diikuti oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Bin Abdullah dan 4 petugas kesihatan barisan hadapan.

Anda boleh mengikuti siaran langsung ini di Facebook KKM.
Inilah vaksin #COVID19 keluaran Pfizer yang akan disuntik kepada Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan dan 4 petugas kesihatan.

Vaksin ini dibawa dalam cool box dari Pusat Penyimpanan Vaksin ke Pejabat Kesihatan Putrajaya, lokasi majlis pelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, petang ini.

#LindungDiriLindungSemua
#VaksinCovid19
Detik-detik bersejarah ketika Perdana Menteri menerima suntikan vaksin #COVID19 oleh vaksinator, Lina Ibrahim, Ketua Jururawat Kesihatan, PKD Putrajaya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157747282041237&id=373560576236
Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan vaksin COVID-19 daripada vaksinator yang juga Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar.

#LindungDiriLindungSemua

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157747302286237/
Empat petugas barisan hadapan KKM menjadi antara penerima awal vaksin COVID-19 bersama-sama dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mereka ialah:

1. Clement A/L Marai Francis, seorang pemandu di Pejabat kesihatan Putrajaya

2. Khairul Asraf Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya

3. Dr Tan Yee Ling, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9

4. Sheilla Mellisa Sikin, Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9.

Tahniah dan terima kasih!

#LindungDiriLindungSemua

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157747341016237/