Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kes positif mengikut negeri (setakat 06/01/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 06/01/2021, 12 pm)

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 6th. January 2021, 12 pm

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,129 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 100,578 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 6 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 2,593 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 24,347 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,589 kes.

Sehingga kini, terdapat 141 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2021/01/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-januari-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pecahan kes baharu (2,593)

Selangor
605 kluster sedia ada
124 kluster baharu (Dataran Utas, Casa Permai, Medan Jasa & Tasik Utama)
165 saringan kontak rapat
70 lain-lain saringan
1 import

Johor
388 kluster sedia ada
88 kluster baharu (Firma, Persiaran Teknologi, Bersepadu & Jalan Padu)
45 saringan kontak rapat
48 lain-lain saringan
2 import

Sabah
6 kluster sedia ada
65 kluster baharu (Kampung Pitas)
242 saringan kontak rapat
92 lain-lain saringan

KL
42 kluster sedia ada
59 kluster baharu (Ikan Emas, Kayuh dan Jalan Seputeh)
80 saringan kontak rapat
83 lain-lain saringan
1 import

N.Sembilan
78 kluster sedia ada
19 kluster baharu (Tasik Utama)
17 saringan kontak rapat
11 lain-lain saringan

P.Pinang
44 kluster sedia ada
8 saringan kontak rapat
25 lain-lain saringan

Kelantan
17 kluster sedia ada
9 saringan kontak rapat
17 lain-lain saringan

Kedah
19 kluster sedia ada
13 saringan kontak rapat
10 lain-lain saringan

Perak
18 kluster sedia ada
12 saringan kontak rapat
4 lain-lain saringan

Terengganu
1 kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
17 lain-lain saringan

Melaka
2 kluster baharu (Anak Air)
8 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Pahang
2 kluster sedia ada
6 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Labuan
9 saringan kontak rapat

Putrajaya
1 kluster sedia ada
5 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan

Sarawak
1 kluster sedia ada
4 lain-lain saringan
4 kes kematian warganegara dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian; 513.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 6 Januari 2021.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Awas! Ancaman Penyakit Musim Hujan.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 10.00 pagi di TV1.

Panel :
Dr. Anis Salwa Kamarudin
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#sihatmilikku
Siapakah Penerima Vaksin COVID-19.

Dengarkan di Gegarfm esok pada pukul 2.00 petang bersama Dr. Noorhaire Nordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
ANDA BERISIKO DIJANGKITI COVID? 🚨

Mohon BANTU JAWAB dan FORWARD ke semua group yang ada... Tak kira group keluarga, sekolah, pejabat, taman perumahan, kampung dan sewaktu dengannya..
Tekan link dibawah untuk Jawab. Terima kasih

https://tinyurl.com/MyRISK-COVID

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Tingkhlaku Kesihatan (IPTK), sedang jalankan kajian berkaitan persepsi risiko rakyat Malaysia terhadap penyakit COVID-19.
Seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾 dijemput sertai kajian ini yang hanya akan ambil masa sekitar 3-5 minit. Kajian ini akan bantu KKM untuk kenalpasti sejauhmana rakyat Malaysia anggap COVID-19 itu sebagai ancaman kepada mereka serta langkah pencegahan yang diambil untuk elak risiko dijangkiti⛱️.

Kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia 🇲🇾 amat DIPERLUKAN dalam menjayakan kajian ini.

🤝 AYUH RAKYAT MALAYSIA🇲🇾, BANTU KAMI UNTUK MEMBANTU ANDA🙏
Terima Kasih

#KitajagaKita
#KitaMestiMenang
#BersamaputuskanrantaianCOVID-19
#IPTKNIH
Bahayanya nyamuk Aedes ni kan...macam-macam penyakit yang dibawanya...marilah kita hapuskan Aedes ni...senang jer hanya 10 minit setiap minggu hapuskan tempat pembiakannya...

#CaridanMusnah
#10minit
#RumahkuTiadaAedes

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Management of Travellers Entering Malaysia from other countries starting 14 December 2020.

#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
SIRI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN 2021

[WEBICARA] HEART TRANSPLANTATION: A GIFT OF LIFE

Panelis :
Dato' Dr. Mohd Nazeri b Nordin
Pengarah Klinikal,
Transplantasi Jantung & Paru-paru
Program Jantung Mekanikal
INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

Tarikh : 07 Januari 2021 (Bersamaan Hari Khamis)
Masa : 02:30 - 03:30 petang
Bersiaran Lansung di FB page : Dermaorgan
Cara pencegahan dan kawalan lalat pada musim banjir.

Sepanjang musim banjir

☑️ Pastikan tong sampah sentiasa bertutup
☑️ Tutup makanan
☑️ Lap dan bersihkan meja selepas makan
☑️ Pasang jaring atau perangkap untuk menghalang kemasukan lalat
☑️ Jangan buang sisa makanan merata-rata

Selepas musim banjir

☑️ Kenal pasti kawasan hurungan lalat dan lupuskan punca tumpuan lalat.
☑️ Lupus bangkai haiwan yang menjadi tumpuan lalat.
☑️ Tanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih.
☑️ Hubungi anggota kesihatan untuk menggunakan bahan kimia yang sesuai untuk merawat punca pembiakan.

#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Stok Darah Pusat Darah Negara
7.1.2021

Dugaan pada awal tahun 2021.

Musibah banjir yang dihadapi oleh beberapa negeri dan ditambah lagi dengan situasi COVID-19, sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti kutipan darah dan seterusnya bekalan darah semasa.

Ayuh penderma darah sekalian, hadirlah menderma darah di Pusat Darah Negara dan tabung-tabung darah yang berhampiran.

Jalankan tanggungjawab sosial anda hari ini.

#kitajagadarah
#pendermakonsisten
#patuhiSOP

Sumber: Pusat Darah Negara
Seramai 145 orang menjadi korban Denggi sepanjang tahun 2020.

Johor merekodkan kematian tertinggi dengan 43 kematian, Selangor (37), Sabah (17).

Sebanyak 90,304 kes Denggi direkodkan sepanjang tahun lalu.

Tiada rawatan khusus untuk Denggi, pencegahan langkah terbaik.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
https://www.facebook.com/dermaorgan/videos/873022296806161/

*SIRI PROMOSI PENDERMAAN ORGAN 2021*

*[WEBICARA] HEART TRANSPLANTATION: A GIFT OF LIFE*

Panelis :
Dato' Dr. Mohd Nazeri b Nordin
Pengarah Klinikal,
Transplantasi Jantung & Paru-paru
Program Jantung Mekanikal
INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

Tarikh : 07 Januari 2021 (Bersamaan Hari Khamis)
Masa : 02:30 - 03:30 petang
Bersiaran Lansung di FB page : Dermaorgan