Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perutusan YB Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Sri Dr. Adham Baba

SAMBUTAN KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN 2020

Bersama Penuhi Ikrar-Malaysia Prihatin.

#BersamaPenuhiIkrar
#malaysiaprihatin🇲🇾
#dermaorgan
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
𝗖egah dari awal, 𝗔malkan norma baharu, 𝗣atuhi SOP dan 𝗣antau status kesihatan; 𝗖𝗔𝗣𝗣!

Adik-adik semua, hero adik-adik dah amalkan 𝗖𝗔𝗣𝗣 bersama Ketua Pengarah Kesihatan. Jadi adik-adik pun kena amalkan juga ya.

Mak dan ayah, jangan lupa sampaikan pesanan 𝗖𝗔𝗣𝗣 ni pada anak-anak kecil ya. Kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ni!


Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Salam semua.

Bekalan darah A kami sedang berkurangan. Jemput pemilik darah A hadir ke pusat-pusat kutipan darah kami untuk menderma darah.

Tak tahu kumpulan darah anda? Boleh juga hadir derma darah walau apa jua kumpulan darah anda. Mulakan langkah anda untuk menderma darah demi menyelamatkan nyawa.

Kami pasti menerima anda dengan hati terbuka.

Dermalah darah. Ianya juga adalah satu amalan yang baik.

Sumber: Pusat Darah Negara
Walaupun beberapa kawasan masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun gotong-royong kendiri perlu diteruskan bagi membanteras tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Luangkan 10 minit untuk cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti di dalam bekas jambangan bunga dan bekas takungan penapis air.

Musnahkan juga tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar rumah seperti bekas simpanan air, peralatan lama / terbiar dan alas pasu bunga.

#caridanmusnah
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sambutan Kesedaran Pendermaan Organ 2020.

Objektif sambutan ini adalah

Meningkatkan kesedaran masyarakat untuk ambil cakna tentang pendermaan organ
Menggalakkan masyarakat mendaftarkan diri sebagai pengikrar penderma organ
Memperingati serta menghargai sumbangan mereka yang menjayakan program pendermaan organ kepada keluarga penderma organ, anggota-anggota kesihatan, Majistrate, Polis Diraja Malaysia, BOMBA, Tentera Udara Diraja Malaysia dan lain-lain agensi yang terlibat.

#BersamaPenuhiIkrar
#malaysiaprihatin🇲🇾
#dermaorgan
Aktiviti Sambutan Kesedaran Pendermaan Organ Tahun 2020

🗓️ : Bermula 23 - 25 Okt 2020
Link : https://www.facebook.com/Khalifah.Media.Networks

Derma Organ Dalam COVID-19 (23 Okt 2020, 🕒 : 3 - 4 p.m)
Moderator : Akhi Fairuz Al Jengkawi
Sharing is Caring (24 Okt 2020, 🕒 : 12 - 1 p.m)
Moderator: Akhi Fairuz Al Jengkawi
Derma Organ Kacamata 4 Agama (25 Okt 2020, 🕒 : 2 - 3 p.m)
Moderator : Dj Rizz

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
Derma Organ : Menangani Cabaran dalam COVID-19

Saksikan dalam FB Live Khalifah Media Networks bermula pukul 3 hingga 4 petang bersama Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dari Hospital Kuala Lumpur dan Dr. Diana Mohd Shah, Pengurus (Klinikal) dan Penyelaras Perolehan Transplan Kebangsaan dari Pusat Sumber Transplan Nasional.

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
#sihatmilikku
Sambutan Kesedaran Pendermaan Organ.

Ikuti FB Live Derma Organ di Khalifah Media Networks.

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi dalam sesi kuiz yang akan diadakan dalam setiap slot FB Live bermula 23-25 Oktober 2020.

#Bersamapenuhiikrar
#Malaysiaprihatin
#Dermaorgan
#sihatmilikku
DERMA ORGAN DALAM COVID-19
-
MODERATOR: AKHI FAIRUZ AL JENGKAWI
-
PANEL 1: DR DIANA MOHD SHAH
PANEL 2: DATUK DR. ALZAMANI M. IDROSE
-
23 OKTOBER 2020, 3-4 PM
#Bersamapenuhiikrar
#malaysiaprihatin🇲🇾
#Dermaorgan

https://www.facebook.com/dermaorgan/videos/388037138903272/
Kes positif mengikut negeri (setakat 23/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 23/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 23rd October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (710)

SABAH-528
203 dari kluster-kluster sedia ada dan kluster Samudera (baharu)
169 dari saringan kontak rapat
156 lain-lain saringan

SELANGOR-62
29 dari kluster-kluster sedia ada serta kluster Palma dan kluster Jaya (baharu)
18 dari saringan kontak rapat
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
14 lain-lain saringan

P.PINANG-39
39 dari kluster sedia ada

N.SEMBILAN-37
28 dari kluster sedia ada dan kluster Jaya (baharu)
2 kes kontak rapat
7 lain-lain saringan

LABUAN-19
16 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
2 lain-lain saringan

KL-11
5 dari kluster-kluster sedia ada dan Kluster Palma (baharu)
2 saringan kontak rapat
3 lain-lain saringan
1 import dari Nepal

PERAK-4
1 dari kluster sedia ada
3 lain-lain saringan

JOHOR-4
1 kluster sedia ada
2 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

TERENGGANU-2
1 saringan kontak rapat
1 lain-lain saringan

SARAWAK-2
2 lain-lain saringan

KEDAH-1
1 kluster sedia ada

PAHANG-1
1 kluster sedia ada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 467 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 15, 884 kes (64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 kes (74.4 peratus). Ini adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah. Mobilisasi petugas kesihatan telah membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik dan telah membantu usaha menjalankan ujian RT-PCR dengan lebih cepat.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan pertambahan sebanyak 73 kes (10.3 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 73 kes baharu, 34 kes (46.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 180 kes (25.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (140 kes), Kluster Penjara Reman (39 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Sebanyak satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 466 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 23 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 710 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 24,514 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,416 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 710 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes tersebut melibatkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari negara Nepal.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 214 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/10/23/kenyataan-akhbar-kpk-23-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 23 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Dukacita dimaklumkan 10 kematian COVID-19 dilaporkan hari ini. 8 kes dilaporkan di Sabah, manakala Kedah dan Labuan masing-masing catat 1 kes kematian.

Setakat ini, 214 kes kematian dilaporkan.

KKM ucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.