Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Perhatian kepada gejala-gejala COVID-19 yang mungkin berlaku. Pastikan anda mendapat pemeriksaan kesihatan.

1. Demam (fever)
2. Badan seram sejuk (Chills)
3. Kekejangan otot (Rigors)
4. Mialgia (Myalgia)
5. Sakit kepala
6. Sakit tekak (sore throat)
7. Mual atau muntah (Nausea or vomiting)
8. Cirit birit (Diarrhea)
9. Kelesuan (Fatigue)
10. Hidung tersumbat sehingga sukar bernafas atau hidung berair (Acute Onset Nasal Congestion or running nose)

ATAU
salah satu simptom ini.
1. Batuk (Cough)
2. Kesesakan nafas (shortness of breath)
3. Kesukaran bernafas (Difficulty in breathing)
4. Hilang deria bau (lost of smell)
5. Hilang deria rasa (lost of taste)

ATAU
Penyakit respiratori yang teruk dan mengalami salah satu simptom ini:
1. Radang paru-paru/Pneumonia
2. Sindrom Kesukaran Pernafasan (ARDS)

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera!

Kebanyakan kes kematian di negara kita kerana lambat mendapatkan rawatan.

- KPK KKM -
Hai gais 😍
Kaklong kembali lagi dengan challenge bulan Oktober 2020.

Memandangkan ramai kawan-kawan kita yg sesi persekolahannya terjejas,
Dan ramai kena stay kat rumah kan,
So kali ni Kaklong & team HEPILI nak korang share penulisan kreatif #IMSuperhero macam mana korang melindungi diri dan keluarga korang daripada jangkitan COVID-19.

Check out term & condition macam dalam gambar tu.

Penulisan paling kreatif dan menepati syarat-syarat akan dipilih sebagai pemenang.

Good luck!!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3331661460281274&id=134375926676526

#kitateguhkitamenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau iklan dan penjualan ubat secara online. Berikut merupakan statistik iklan ubat yang diturunkan daripada platform e-dagang. Iklan-iklan tersebut melanggar Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Kepada penjual ubat online!
Pastikan 2 perkara sebelum mengiklankan ubat:

1. Pastikan ubat yang dijual adalah BERDAFTAR dengan KKM (mempunyai no. MAL dan pelekat keselamatan hologram)

2. Iklan ubat mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (mempunyai no. KKLIU)
Ingat, jangan pula ada antara anda yang membuat tuntutan yang tidak munasabah seperti rawatan dan pencegahan Covid-19.

JADILAH PENJUAL YANG BERTANGGUNGJAWAB!
Untuk semakan No. MAL ubat berdaftar atau No. notifikasi kosmetik sila layari https://www.npra.gov.my/ atau download aplikasi NPRA Product Status dari Google Play, Apple AppStore atau Huawei AppGallery.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Selepas KKM memuatnaik maklumat mengenai pendermaan darah petang semalam, terdapat ramai antara anda yang ingin mengetahui lokasi dan beberapa lagi butiran lanjut untuk menderma darah ketika kita dalam tempoh PKPB.

Semoga infografik berikut membantu anda semua. Jangan lupa untuk tag dan kongsi supaya lebih ramai dapat mengetahui mengenai perkara ini. Terima kasih rakyat Malaysia! 😉

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157439570656237/
𝗞𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗯𝗮𝗿 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 - 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗮𝗶 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵 𝗞𝗲 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗶 𝗙𝗮𝗶𝘀𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮, 𝟭𝟲 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟬.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 23 Mac 2020 telah menubuhkan satu Akaun Amanah Pembelian Alat Kelengkapan, Keperluan Kelengkapan, Keperluan Perubatan, Kemudahan dan Perkhidmatan di Fasiliti Kesihatan KKM bagi membolehkan syarikat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang ramai yang prihatian untuk menyalurkan sumbangan bagi kegunaan Barisan Hadapan semasa berlakunya wabak COVID-19.

Sehubungan dengan itu, sumbangan tunai di bawah Akaun Amanah ini boleh disalurkan melalui butiran seperti berikut:

Nombor Akaun: 2-66016-0002347-5
Bank: RHB Bank
Atas Nama: Sumbangan Perubatan KKM

Rujuk kenyataan penuh di bahagian lampiran atas 👆

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157440194126237/
Sekiranya anda perlu pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang keperluan, sila patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

👉🏻 Pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka
👉🏻 Gunakan hand sanitizer selepas menyentuh tempat yang kerap disentuh seperti tempat pemegang eskalator
👉🏻 Jaga jarak fizikal anda (sekurang-kurangnya 1 meter)

Kawalan kendiri yang tinggi dapat menghentikan rantaian wabak COVID-19.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 16th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kes positif mengikut negeri (setakat 16/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 16/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (629)

SABAH-489
260 saringan kontak rapat
71 dari kluster-kluster sedia ada
158 dari lain-lain saringan

SELANGOR-50
25 saringan kontak rapat
8 kluster Merbok (baharu)
6 dari kluster-kluster sedia ada
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
5 dari lain-lain saringan

P.PINANG-33
32 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan tahanan lokap

LABUAN-19
9 Kluster Bah Bundle
6 saringan pulang pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 saringan kontak rapat
1 saringan 𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘰𝘧𝘧 kapal

KL-10
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
4 dari lain-lain saringan
1 import WN pulang dari New Zealand
1 import WN pulang dari Singapura

PERAK-9
5 kluster Buntar (baharu)
4 kluster Lekir (baharu)

KEDAH-7
6 kluster Tembok
1 kes SARI

JOHOR-5
2 kluster Simera
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat
1 saringan bergejala

MELAKA-3
2 kluster Utama
1 saringan kontak rapat

PUTRAJAYA-2
1 kluster Buntar (baharu)
1 kluster Selasih

N.Sembilan-1
1 saringan kontak rapat

PAHANG-1
1 𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘰𝘯 kapal
Dukacita dimaklumkan terdapat 6 kes kematian dilaporkan hari ini. Daripada jumlah tersebut, terdapat 1 kes kematian BWN iaitu kes ke-176.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 176 kes.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 16 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)