Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
PERHATIAN !!
PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN DI RUMAH

Gelang HSO adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.

Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut. Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat.

Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporkan ke pejabat polis atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Pemakai gelang HSO ini berpotensi menularkan jangkitan COVID-19.

Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang HSO untuk kekal berada di rumah sangat dihargai.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pembudayaan norma baharu menggunakan pendekatan CAPP dengan mensasarkan individu, keluarga dan komuniti dalam mencegah penularan COVID-19.

Jom ketahui apa itu CAPP

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
Quitline : Berhenti Merokok

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 8.00 pagi bersama Puan Shareza Mardan, Ketua Jururawat dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM di TV3.

#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM pinned «PERHATIAN !! PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN DI RUMAH Gelang HSO adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada…»
Waktu operasi Pusat Pendermaan Darah Statik semasa fasa PKPB (14-17 Oktober 2020)

Sumber: Pusat Darah Negara
Kesihatan Mental.

Dengarkan di minnalfm esok pada pukul 9.30 pagi bersama Puan Kasturi Bai Munusamy, Pegawai Psikologi dari Bahagian Pengurusan Latihan, KKM.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Hari Penglihatan Sedunia.

Dengarkan di asyikfm bersama Dr. Chieng Lee Ling dari Hospital Miri Sarawak esok pada pukul 11.30 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Esok bermula PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tolong jangan lakukan pembelian panik. Pasar awam masih beroperasi. Tiada halangan untuk anda keluar membeli barang basah untuk penyediaan makanan harian.

Jangan bersesak-sesak di pasar awam.

Sentiasa pakai pelitup muka
Jaga jarak fizikal
Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer

Bersama hentikan wabak COVID-19

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa, anda akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera sekiranya telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kes COVID-19. Anda dipohon untuk sentiasa menyemak notifikasi dan arahan melalui aplikasi MySejahtera.

Terima kasih.


Please be informed that you would be notified through MySejahtera app if you are a close contact to a COVID-19 case. Please check the MySejahtera app from time to time for notifications and instructions.

Thank you.

- MySejahtera
Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/633177664234894/
Kes positif mengikut negeri (setakat 13/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 13/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 13th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (660)

SABAH-443
162 saringan kontak rapat
38 dari kluster-kluster aktif sedia ada
13 kluster Semarak (baharu)
10 kluster Bina (baharu)
4 kluster Sabindo (baharu)
2 kluster Bestari (baharu)
214 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-76
45 dari kluster-kluster sedia ada
16 saringan kontak rapat
9 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
5 saringan bergejala
1 kluster Bah Kenangan (baharu)

KEDAH-60
60 dari kluster Tembok

P.Pinang-23
18 kluster Penjara Reman
3 kluster Penjara Jawi (baharu)
2 saringan kendiri

LABUAN-19
9 saringan petugas kesihatan
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 import BWN tiba dari India

PERAK-16
16 kluster Tembok

JOHOR-10
5 saringan kontak rapat
4 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

KL-10
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 dari kluster-kluster sedia ada
1 saringan kontak rapat
1 import BWN tiba dari Nepal

N.SEMBILAN-2
2 dari kluster-kluster sedia ada

PAHANG-1
1 kluster Jalan Meru
Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kes kematian dilaporkan pada hari ini melibatkan 3 WN dan 1 BWN (kes 162).

Dengan jumlah ini, kes kematian terkini adalah sebanyak 163.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 350 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini iaitu jumlah yang tertinggi sejak permulaan pandemik di Malaysia. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 11,372 kes (67.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 13 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 660 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,880 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 658 kes penularan di dalam negara, 618 kes adalah warganegara Malaysia dan 40 kes adalah bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 101 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 163 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/10/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 13 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)