Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
10 Oktober setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2020.

Let’s Talk Minda Sihat.

T - Tell someone you trust about your problems
A - Ask for help
L - Listen without judgement
K - Know where to seek help

Kesihatan mental milik semua, bersama cegah bunuh diri !

#letstalkmindasihat
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Mana-mana organisasi tidak dapat mengelak dari menganjurkan mesyuarat bagi memastikan sesuatu perancangan dan keputusan dapat dicapai.

Walau bagaimanapun jangan abaikan amalan norma baharu semasa di dalam bilik mesyuarat. Sentiasa amalkan penjarakan fizikal dan pakai pelitup muka.

Jangan ambil mudah. Berubahlah..

Bersama hentikan wabak COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#JanganLekaDanAlpa
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Salah seorang penduduk di kejiranan anda telah disahkan positif COVID-19 dan anda risau anda turut dijangkiti.

Dalam hal ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengenal pasti siapa kontak rapat kepada pesakit tersebut berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan.

Kontak rapat merupakan individu yang berhubung secara langsung dengan dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan sama ada individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19.

Individu yang turut dikira sebagai kontak rapat termasuk

👉 Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes positif COVID-19 TANPA memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
👉 Individu yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19
👉 Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 misalnya di pejabat atau di dalam kelas
👉 Individu mengembara bersama dan duduk berdekatan (kurang 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengesan dan menghubungi kontak rapat untuk pengambilan ujian saringan COVID-19.

Home Surveillance Order (HSO) akan diberikan kepada

👨🏻👩🏻 Individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Patient Under Investigation (PUI)

atau

👨🏻👩🏻 Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti COVID-19 iaitu Person Under Surveillance (PUS)

Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO atau pemakaian gelang.

Walau bagaimanapun individu ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self quarantine) dan memantau status kesihatan masing-masing sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kes positif mengikut negeri (setakat 10/10/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 10/10/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 10th October 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kini, setiap kali hendak masuk ke mana-mana premis..anda perlu scan QR Code yang disediakan menggunakan aplikasi MySejahtera atau menulis nama dan nombor telefon di dalam buku.

Mungkin ramai yang merasakan perkara ini menyusahkan tetapi percayalah tindakan ini amat membantu sekiranya terdapat kes positif COVID-19 di premis berkenaan.

Jangan ambil mudah. Berubahlah..

Bersama hentikan wabak COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#JanganLekaDanAlpa
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
PECAHAN KES BAHARU (374)

SABAH-277
113 saringan kontak rapat
31 dari kluster-kluster sediaada
15 kluster Highway (kluster baharu)
118 lain-lain saringan COVID-19

SELANGOR-44
13 saringan kontak rapat
6 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
7 dari kluster sediaada
6 Kluster Bah Manggis (kluster baharu)
3 Kluster Utama (kluster baharu)
3 Kluster Tasik (kluster baharu)
1 Kluster Simera (kluster baharu)
5 dari lain-lain saringan COVID-19

KEDAH-27
27 Kluster Tembok

SARAWAK-9
4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
4 Kluster Putra (kluster baharu)
1 lain-lain saringan COVID-19

KL-6
3 dari kluster sediaada
1 saringan COVID-19
1 import WN pulang dari Filipina
1 import BWN tiba dari Filipina

P.PINANG-3
3 Kluster Penjara Reman

JOHOR-2
1 saringan pulang dari kawasn berisiko tinggi
1 lain-lain saringan COVID-19

PERAK-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

LABUAN-2
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

MELAKA-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PUTRAJAYA-1
1 daripada kluster sediada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 73 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,780 kes (71.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 10 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 374 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,096 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,161 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, ianya menunjukkan tren yang hampir sama dengan semalam. Negeri Sabah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 277 kes (74.1 peratus). Lebih banyak aktiviti saringan terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah PKPD dan PKPD secara pentadbiran, dan kapasiti ujian terus dipertingkatkan. Negeri Kedah pula mencatatkan 27 kes (7.2 peratus) yang kesemuanya adalah daripada Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara manakala kluster-kluster lain adalah terkawal hasil tindakan kesihatan awam yang telah dijalankan. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 13.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 44 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 374 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari Filipina dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara.

Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 343 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara. Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 17 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 341 kes.

Sehingga kini, terdapat 73 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 155 kes (1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/10/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-oktober-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 10 Oktober 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anak-anak pasti gemar memakan makanan yang manis dan snek tidak sihat.

Galakkan anak-anak anda makan snek yang sihat, kurang lemak, kurang gula dan kurang garam seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.

#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Speak out : Suarakan Hak Anda

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok pada pukul 8.00 pagi di TV3 bersama En. Mohamed Syakreen Razali, Pegawai Pendidikan Kesihatan dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hotspot MySejahtera berfungsi untuk

📍 Memetakan kawasan yang mempunyai kebarangkalian tinggi penularan dan mendapat jangkitan COVID-19
📍 Membolehkan pengguna merancang perjalanan bagi mengelakkan kawasan penularan wabak

Sesuatu kawasan akan ditentukan sebagai kawasan hotspot hanya setelah siasatan terperinci dijalankan oleh pihak KKM.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)