Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.68K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,446 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 3 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,648 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 81 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lima (5) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/07/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-julai-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Hai uols 😍

Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan mewarna search & destroy kategori umur 7-9 tahun 🥳🥳

Tahniah Kak Min dan team ucapkan. Kepada pemenang sila pm Kak Min alamat rumah masing-masing utk team pos hadiah k 🎁🎁

E-sijil penyertaan akan diemailkan kepada SEMUA peserta bermula minggu hadapan.
Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD 🙅‍♀️

Ok masih ada satu kategori lagi..stay tuneee 😘

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3036248066489283&id=134375926676526

#KitaTeguhKitaMenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI
Hai uols😍😍

Ok tiba kita ke kategori terakhir. So berikut merupakan pemenang pertandingan mewarna search & destroy bagi kategori 10-12 tahun

Tahniah kepada para pemenang 🥳🥳🥳. Jangan lupa pm Kak Min alamat rumah untuk team HePiLI pos hadiah k🎁🎁

Kepada yang tidak menang jangan putus asa k..nantikan update di FB KelabDoktorMuda untuk aktiviti seterusnya..haa..excited ke tidakkk?

E-certificate bagi SEMUA peserta pertandingan mewarna akan diemail minggu hadapan dan keputusan juri adalah MUKTAMAD🙅‍♀️

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3036453143135442&id=134375926676526

#KitaTeguhKitaMenang
#kamidoktormuda
#gengprosis
#HePiLI