Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 28th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 28 Jun 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,634 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 195 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Daripada 14 kes penularan di dalam negara, kesemua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia.

https://kpkesihatan.com/2020/06/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 dan Kesihatan Mental.

Bagaimana mengawal perubahan emosi dan psikologi?

🛌 Dapatkan tidur yang secukupnya
🧘‍♂️ Bertenang, kawal minda dan kawal emosi
😊 Fokuskan kepada kebaikan dan positiviti
🤾‍♂️ Melakukan senaman atau aktiviti fizikal

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Quitting smoking is not easy, Changing the mindset and habits too is not easy but its life saving.

- KPK, KKM -
Pengambilan makanan tinggi garam boleh mengakibatkan bebanan terhadap jantung meningkat.

#SedapTakSemestinyaMasin
Imunisasi Bayi & Kanak-kanak semasa PKP.

Dengarkan di aifm bersama Dr. Ho Bee Kiau dari Klinik Kesihatan Bandar Botanik esok pada pukul 1.30 petang.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Program Cegah Denggi di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Saksikan rancangan Selamat Pagi Malaysia esok pada pukul 8.10 pagi bersama Haji Mohd Noor Ahmad, Pengerusi COMBI Negeri Selangor di TV1.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/275032030397210/
Kes positif mengikut negeri (setakat 29/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 29/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 29th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 29 Jun 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,334 kes (96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 29 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,637 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 182 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

https://kpkesihatan.com/2020/06/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN KE ATAS INDIVIDU YANG MELANGGAR PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH BAGI COVID-19

1. Seperti yang KKM pernah maklumkan sebelum ini, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) telah mula dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sejak 10 Jun 2020. Ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

2. Bilangan Person Under Surveillance (PUS) yang didiscaj dari pusat kuarantin pada 10 Jun 2020 dan kemudiannya diletakkan di bawah HSO adalah seramai 5,909 orang, iaitu bagi melengkapkan tempoh kuarantin 14 hari. Namun demikian, daripada jumlah ini hanya 4,437 orang yang telah direkod menjalani ujian COVID-19 di Klinik Kesihatan / klinik swasta pada hari ke-13. Daripada jumlah tersebut, tiga (3) kes telah dikesan positif COVID-19. Seramai 1,472 orang masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13.

3. Ingin dimaklumkan bahawa semua individu yang pulang dari luar negara (iaitu termasuk rakyat Malaysia, pemastautin tetap dan mereka yang dibenarkan masuk atas urusan kerja) wajib menjalani kuarantin di tempat kediaman masing-masing selama 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Perintah Pengawasan & Pemerhatian Di Rumah Kediaman (Annex 14b).

4. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bersama agensi lain yang terlibat telah diberi kuasa untuk mencari dan mengambil tindakan ke atas individu yang didapati melanggar syarat di bawah perintah ini. Mereka boleh dikenakan denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.

5. KKM menyeru pengembara yang pulang ke Malaysia supaya terus memberi kerjasama kepada pihak KKM dan patuh kepada syarat di bawah perintah ini. Ahli keluarga kepada individu yang diletak di bawah HSO juga perlulah memainkan peranan dengan menasihati dan memastikan mereka akur serta tidak melanggar arahan sehingga boleh mengakibatkan mereka dikenakan hukuman. Kerjasama semua pihak adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3414203158603548&id=578835322140360

- KPK, KKM -
Imunisasi Bayi dan Kanak-kanak Semasa PKP

Dengarkan esok pada pukul 9.30 pagi bersama Dr. Kawselyah Juval dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM di minnalfm.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Ambil Peduli, Denggi Membunuh.

Dengarkan di ikimfm bersama Dr. Amir Suhaimi dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor esok pada pukul 8.30 pagi.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Imunisasi & Risiko Penyakit Cegahan Vaksin.

Saksikan perkongsian ini bersama Dr. Mohd Hanif Zailani dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM esok dalam rancangan Fikrah pada pukul 6.00 petang di TV1.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Depresi dalam Kalangan Kanak-kanak.

Saksikan rancangan Mingguan Wanita esok pada pukul 12.00 tengah hari bersama Dr. Anita Codati dari Hospital Tunku Azizah di Astro Prima.