Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, Selangor telah menerima notifikasi satu (1) kes Malaria pada 20 Mei 2020 daripada Hospital Ampang. Pesakit adalah seorang warganegara Bangladesh yang bekerja di tapak pembinaan Jajaran CB1, projek lebuhraya SUKE, Ampang, Hulu Langat, Selangor.

Susulan pelaporan kes tersebut, PKD Hulu Langat telah menjalankan aktiviti pengesanan kes aktif di tapak pembinaan dan taman perumahan berhampiran. Setakat ini seramai 3,017 orang telah disaring melalui ujian slaid darah. Hasil daripada aktiviti saringan ini, sepuluh (10) orang lagi telah dikesan dijangkiti malaria dan kesemua bukan warganegara. Pada masa yang sama, sebanyak tiga (3) kes dikesan di fasiliti kesihatan berdekatan iaitu dua (2) warganegara asing dan seorang warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan adalah 14 kes yang terdiri daripada warga Indonesia (9), Bangladesh (3), Nepal (1) dan Malaysia (1). Kesemua kes telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya dan disahkan sembuh.

Jangkitan malaria ini disyaki berpunca daripada salah seorang pekerja pembinaan warga Indonesia yang mendapat jangkitan dari Aceh, Indonesia dan jangkitan telah merebak kepada rakan sekerja serta penduduk berdekatan termasuk seorang warganegara Malaysia. Kes terakhir dilaporkan pada 12 Jun 2020 dan pada masa ini kejadian malaria ini adalah terkawal.

https://kpkesihatan.com/2020/06/26/kenyataan-akhbar-kpk-26-jun-2020-kejadian-penyakit-malaria-di-tapak-projek-lebuhraya-suke-ampang-hulu-langat-selangor/
Perokok berisiko mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya dijangkiti COVID-19.

Hubungi Quitline Berhenti Merokok di talian 03 8883 4400 atau layari http://jomquit.moh.gov.my untuk dapatkan bantuan berhenti merokok.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Antara komplikasi penyakit Hipertensi adalah

💥 Kegagalan jantung
💥 Kegagalan buah pinggang
💥 Penglihatan Terjejas

#SedapTakSemestinyaMasin
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 27 Jun 2020

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes positif mengikut negeri (setakat 27/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 27/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 27th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,308 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 27 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,616 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 187 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan seorang warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah di kalangan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

https://kpkesihatan.com/2020/06/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Imunisasi : Situasi dan Risiko Semasa Pandemik COVID-19.

Saksikan Bicara Pengguna di TV1 esok pada pukul 9.00 malam, bersama Dr. Rozita Ab Rahman dan Dr. Jamiatul Aida Md Sani.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
Muat turun dan daftar aplikasi MySejahtera.

Bantu kami untuk bantu anda.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Contoh Menu #SedapTakSemestinyaMasin

Sarapan Pagi : Tosei Oat
Makan Tengahari : Telur Bistik
Makan Malam : Sup Makaroni Udang
Kes positif mengikut negeri (setakat 28/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 28/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 28th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Taburan kes COVID-19 mengikut perkembangan 14 hari mengikut daerah di Malaysia setakat 28 Jun 2020.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 28 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,634 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 195 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Daripada 14 kes penularan di dalam negara, kesemua kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia.

https://kpkesihatan.com/2020/06/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
COVID-19 dan Kesihatan Mental.

Bagaimana mengawal perubahan emosi dan psikologi?

🛌 Dapatkan tidur yang secukupnya
🧘‍♂️ Bertenang, kawal minda dan kawal emosi
😊 Fokuskan kepada kebaikan dan positiviti
🤾‍♂️ Melakukan senaman atau aktiviti fizikal

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Quitting smoking is not easy, Changing the mindset and habits too is not easy but its life saving.

- KPK, KKM -
Pengambilan makanan tinggi garam boleh mengakibatkan bebanan terhadap jantung meningkat.

#SedapTakSemestinyaMasin