Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/922010004878202/
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ujian Rapid Antigen digunakan untuk mengesan virus COVID-19 di dalam badan.

Semasa pengambilan sampel, petugas kesihatan perlu memakai pakaian perlindungan diri yang lengkap dan mengikuti prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan dirinya dilindungi supaya tidak dijangkiti virus COVID-19.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kes positif mengikut negeri (setakat 04/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 04/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 4th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Pergerakan 14 hari taburan kes positif COVID-19 mengikut daerah di Malaysia.

14 Days Moving Chart (22 May - 4 June 2020)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 28 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,559 kes (79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 4 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 277 kes baharu yang telah dilaporkan. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah hanya empat (4) kes. Kes penularan di kalangan bukan warganegara adalah 271 kes, manakala terdapat dua (2) kes import warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 8,247 kes, dan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 1,573 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

270 kes di kalangan bukan warganegara adalah daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, di mana ini merupakan sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan ini. Mereka telah terdedah kepada kes positif sebelum ini. Manakala satu (1) kes bukan warganegara adalah saringan tapak pembinaan di Pudu.

Sehingga kini, sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/06/04/kenyataan-akhbar-kpk-4-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
World Food Safety Day

Dengarkan sekarang di raaga fm bersama En. Shanmugam a/l Supramaniam.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020.

Dengarkan bual bicara ini di sinarfm , erafm, gegarfm dan zayanfm bersama En. Mohd Nurul Haryadie Marzuki dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Sidang Media Status perkembangan terkini COVID-19 hari ini akan ditunda ke jam 5.30 petang ini.

Harap Maklum.
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/698657040921568/
Kes positif mengikut negeri (setakat 05/06/2020, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 05/06/2020, 12 pm)

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 5th June 2020, 12 pm

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,610 kes (80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 5 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 19 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 19 kes baharu yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah bukan warganegara dan sembilan (9) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 116 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://kpkesihatan.com/2020/06/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-jun-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/